21 September 2010, I'DA World Group Sdn Bhd. telah memberi replika cek bernilai RM4 bilion atas nama "Parti Islam Semalaysia" kepada adik Nik Aziz iaitu Nik Din Nik Mat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. "Oleh kerana tiada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika), bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi" ulas adik Nik Aziz (baca sini). Pihak I'DA World Group menafikan bahawa sumbangan RM4 bilion itu adalah sebagai habuan projek bernilai RM300 bilion untuk bangunkan beberapa projek di Kelantan.
Berikut adalah gambar perundingan antara Nik Aziz dengan syarikat I'DA World Group. Nik Aziz nafikan tidak tahu menahu berkaitan dengan replika cek RM4 bilion tersebut. Mustahil bagi seorang ketua kerajaan negeri Kelantan tidak tahu projek RM300 bilion dibangunkan oleh I'DA World Group. Siapa yang luluskan projek tersebut? Mengapa adik Nik Aziz perlu ambil replika cek yang ada nama parti PAS? Presiden PAS adalah Hadi Awang bukan Nik Aziz. PAS bukan milik adik atau menantu Nik Aziz sahaja. Sewajarnya kalau ada replika cek yang bertulis nama parti PAS, ianya perlu diberikan di pejabat PAS bukannya di sebuah hotel di Kota Bharu.
Ada sesuatu yang tidak kena bila Nik Din mengakui bahawa ada rakan baiknya dalam I'DA World Group. Nampaknya PAS di Kedah dan Terengganu tidak perlu lagi mengutip derma dalam ceramah ceramah selepas ini. Cukup meminta agar wang ehsan dari adik Nik Aziz untuk membantu mereka. Sedang PAS Kelantan sibuk menuntut royalti dan sebagainya, inilah masanya PAS negeri lain pula menuntut sesuatu dari Muryidul Am PAS. Harta PAS bukan untuk kroni Mursyidul Am sahaja. SPRM perlu menyiasat kes RM4 bilion ini. Sebelum ini Bazaar Tok Guru rugi RM20 juta, isu rasuah Kohilal dan pengakuan Kickdafella tentang pemberian wang RM4 juta perlu didedahkan kepada umum. Jangan tutup semua ini dengan cakap tidak tahu sahaja.





2 comments:
Kalau dah tak tahu, macam mana nak kata tahu. OOOO kau ingat nik aziz penipu macam UMNO??
Itu cek replika tipu saja, kalau mu bodo, aku nak bagitau. Nik Aziz tu belajar hari-hari tentang pengurusan. Berbelas tahun dah dia cerdik, tapi orang macam mu bodo dulu kini dan selama-lamanya.
Kes-kes macam ni kerja UMNO supaya orang UMNO macam mu boleh buat isu di kelantan. Boleh buat laporan polis, boleh lapor rasuah. Ada entry untuk buat blog, ada peluang baca kutukan geng-geng UMNO. Tapi jangan lupa ada pulak orang hantam kamu. 2 X 5. Tak dak sapa untung. Tapi inilah kerja orang UMNO. Betul tak?, he he.
Sekarang UMNO tengah laga PKR, laga DAP dan PAS. Tapi sebab bodo, ayam sendiri berlaga dalam reban, nak mampus dah sekor dua, semua pakat tengok. he he he.
u r 1 of stupid man from UMNO, esp UMNO kelate. Kalu cerdik dah lama dapat perintah kelantan.
Kalau dulu belajar sejarah Islam STPM upper 6. Takrif jahilliah bukan bermakna Abu Jahal, Abu Lahab tu jahil. tetapi kerana mereka menolak Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Tapi UMNO kata akupun Islam. Cuma aku tak mahu Islam PAS. he he. Aiks? Orang Pas solat tak serupa ka UMNO solat?. he he belebe panjang sikit, sebab ada masa free.
orang yg nama nya sorang muslim sejati...tk melatah macam ini,,marah2,,maki2 orang,,bila tak setuju,,ckp pandai...orang lain tk betul islamnya,,dia saja yg betul...penulis di sini menyampaikan berita saja,,,yg mamat ni mengamok tk tentu pasal ..apa hal..kalau tk tahu berpolitik,,,jgn campur,,,duduk diam2 je,,
Post a Comment