
Sinar Harian (Jumaat), 27 Ogos 2010 memaparkan laporan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberikan sumbangan (
baca Selangor Daily). Selepas Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral kini giliran ahli parlimen bukan Islam dari PKR pula mencemari rumah Allah SWT di Selangor. Ini bukan persoalan ianya dipolitikkan atau tidak. Ini soal mencemar kesucian rumah Allah SWT. Sewajarnya perkara yang berkaitan hukum tidak boleh dihalalkan semata-mata untuk tujuan politik.

Menurut blog
Medan Info, William Leong turut diberikan kesempatan untuk berucap dalam masjid tersebut. Sama seperti Teo Nie Ching, William Leong juga dijemput untuk berada di tempat solat utama. Mengapakah orang-orang PAS tidak menegur William Leong agar menyampaikan ucapan tersebut di luar masjid? Menggunakan kemudahan dewan orang ramai atau tempat lain adalah lebih sesuai daripada masuk ke bahagian utama solat.

Pihak yang bertanggungjawab menjemput William Leong ke dalam masjid ini perlu diberi amaran oleh JAIS. Mereka jelas tidak mempedulikan adab-adab masjid. Janganlah kerana William itu mahu memberi sumbangan maka soal hukum hakam diketepikan begitu sahaja. Masih ramai lagi wakil rakyat PKR yang beragama Islam yang boleh dijemput ke masjid untuk tujuan tersebut. Daripada kalangan PAS pun ramai, mengapa menjemput William untuk masuk hingga ke tempat solat utama?. Ini menunjukkan kelemahan PAS dalam menjaga kesucian masjid. Ini bukan soal untuk mempermain atau
niat pemberi itu ikhlas atau tidak. Perkara ini adalah berkaitan dengan adab masjid dan hukum. Salah tetap salah.

Menurut
blog William Leong, ada tiga lagi program yang bakal diadakan pada 1, 6 dan 7 September 2010 di surau dan masjid. JAIS perlu melakukan pemantauan di ketiga-tiga tempat ini. Lebih baik ketiga-tiga program ini dipindah ke tempat lain. Bagi mengelak masjid dan surau dicemari lagi, sebolehnya program ini dibatal terus. PAS sudah terbukti gagal untuk berdakwah secara berhikmah dan menjaga kesucian masjid. Berkawanlah lagi dengan DAP dan PKR, soal hukum pun ditolak ke tepi bila habuan dihulur. Sempena Ramadhan ini, peristiwa-peristiwa ini perlu diambil iktibar oleh ahli-ahli PAS untuk mengkaji semula hubungan dengan DAP. Moga kejadian sebegini tidak berulang lagi. Ambillah prinsip untuk mempertahankan hukum berbanding mempertahankan sesuatu yang
salah. Amat memalukan PAS mempertahankan kesalahan sendiri dan mengenepikan hukum. Apa komen Anwar Ibrahim tentang isu ini? Menegur kesalahan Bendahari yang dibawah tanggungjawabnya atau cakap perkara ini fitnah dan konspirasi daripada pihak lain?
26 comments:
HANG TANYA ANWAR , HUH.. DIA AKAN CAKAP INI FITNAH, KONSPIRASI. BENDA YG LEBIH HINA DIA BOLEH BUAT APA ADA DGN BENDA YG SETAKAT INI... HANG TANYA NIK AZIZ DIA JAWAP ..X PA BERKAWAN DENGAN SETAN.. ...
MORALNYA ISLAM KIAN TERGADAI...
Apa jadi Jika Yb Leong Baru santap babi and minum ara dan turus pergi ke ruang sembahyang di dalam Masjid bersalam dengan "orang orang yang beriman". Nampak benar ahli Ajk Masjid lapar .1)duit. 2) Publisity. 3) Tak Tau Hukum 4)Mendepankan politik mereka lebeh daripada Menjaga kesucian rumah Allah yang di Amanahkan.
Jangan cemari kesucian Islam - Harussani
IPOH 27 Ogos - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan kebimbangannya dengan kecenderungan pihak-pihak tertentu yang sanggup bertindak apa sahaja demi memperjuangkan ideologi politik masing-masing.
Katanya, perbuatan menjemput orang bukan Islam ke dalam surau atau masjid untuk tujuan memberi ceramah serta menyampaikan bantuan di dalam rumah Allah, jelas menunjukkan ketaksuban mereka terhadap perjuangan politik.
Harussani bimbang, tindakan yang dilakukan itu akhirnya hanya akan memudaratkan institusi agama Islam dan masyarakat keseluruhannya.
''Perbuatan yang sengaja mencemarkan Islam seperti ini sepatutnya dihentikan kerana orang kafir sentiasa mencari peluang untuk memburuk-burukkan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching yang memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.
Sambil menasihatkan pihak terbabit supaya tidak terus mencemarkan kesucian agama dan memalukan umat Islam, beliau berkata, kesucian agama Islam tidak seharusnya digadaikan semata-mata untuk kepentingan diri.
''Kalau nak panggil orang bukan Islam untuk sesuatu majlis, sepatutnya ia dibuat di luar surau dan bukannya dalam ruang solat.
''Tindakan ini merupakan satu perbuatan yang jelas mengaibkan imej Islam dan tidak seharusnya dibiarkan.
''Mereka (orang bukan Islam) boleh berada di dalam surau atau masjid tetapi mesti dengan syarat-syarat yang dibenarkan," katanya.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, sesiapa sahaja yang memasuki ruang surau atau masjid harus berpakaian ikut yang ditetapkan Islam.
Malah, katanya, sikap segelintir umat Islam yang sengaja mendoakan kesejahteraan orang kafir juga perlu dihentikan kerana hukumnya haram.
PAS dah mola beajar islam libral dan pluralisme yang jadi pojaaan hati kaum yahudi sedonia yang ditauliahkan kepada Anwar sebagai wakil tetap di Malaysia....
Inilah...betapa murah nyer value Islam apabila di politikkan oleh org yg tak bertanggungjawab..hanya kerana sumbangan tak seberapa, maruah Islam tak di pertahankan. bukan nak biadap, tetapi setahu saya seorang mukmin perlu berada didlm keadaan suci sebelum memasuki tmpt ibadah terutama ruang solat, jikalau mcm tu...adakah org yg beragama lain di anggap sesuci didlm konteks Islam bg mereka yg menyokong? sedih dan marah bila apabila agama kita diperlekehkan.
salahker orang bukan islam masuk masjid? nas mana cakap tak boleh?
SLM BRO..ANUWAR DAH MULA MELIBERLISASIKAN ISLAM APABILA KHALID BISHOP MEMBERI CERAMAH DI GEREJA. SBG BALASAN XAVIER DI BENARKAN TAZKIRAH DI SURAU. AGAMA ISLAM DH JADI AGAMA SAMA RATA SAMA RASA DGN AGAMA LAIN. JD DI MANA LETAK DUDUKNYA WALLY SLIPOR SBG MUDALILUL HAMPAS??
Org islam dinegara ini harus mengutuk parti pas kerana mereka semua tiada adap makin lama makin kurang ajar ada ulamak tutup mata ada tok guru tutup mata macam ni kita nak buat contoh habis semua masjid dan surau dikotori kesucian nya hilang seri nur masjid itu kerana membawa masuk org kafir ke saf depan solat nak bagitahu org pas faham ke tak faham org islam kah org pas ada iman ke org pas sanggup kotori rumah allah macam ni lah cara pas berpolitik aku doakan pas cepat cepat mampos dan pergi melingkup kalau beri bantuan dalam masjid satu hari nanti mereka akan guna masjid untuk buat maksiat ingat masjid abdul rahman di Acheh masa tsunami apa jadi pada wilayah Aceh kerana apa masjid dikotori dengan berdisko dan buat maksiat Allah turunkan bala banjir yang amat dahysat macam nak Khiamat jangan nanti apabila Allah turunkan bala yg maha dahysat kata itu ujian Allah itu bukan ujian itu balasan Allah kerana perbuatan puak puak pas selama ini kita tak pernah lihat org kafir masuk kedalam masjid tapi hari ini mereka berani masuk kedalam tempat solat dan memijak sejadah sejadah yg ada lambang ka'abah itu cara nya org kafir ni membuat pembunuhan cara halus terhadap islam kerana apa kerana ulamak ulamak pukima dalam pas diam.
ak x paham tol la politik nih,
malaysia la sangat,
apeke berdose ke bawak org bukan islam ke dlam masjid/surau.
pdahal masjid2 negare ke yg lain ade je pelawat bkan islam yg masok, bkan bebaru ni je non muslim masok masjid,
tp sbab hal politik nih nk kecok\h2 kn lagi.
x ke mcm nie lagi mencemarkan name islam lagi ke?
fikir2knlah
jgn kite yg kurang ilmu agame nih nak teros rase marah je tanpa tahu sebab yg logik
siapa pulak yang dok memasuki gereja lepas tu pulak menyertai ritual penjamuan suci?
yang kes ni, orang nak bagi duit pun kena maki. kalo tak nak, aku ambik ah.
piiiirah
Laman web pro umno. Ada saja salah PR dicarinya.
Cuba imbas kembali, Masjid Shah Alam pernah dikunjungi oleh Queen Elizabeth of England. Begitu juga Masjid Putrajaya yang pernah jadi kunjungan warga2 asing. Lagipun sumbangan dilakukan tiada kaitan dengan politik, untuk rakyat.
Kamalanathan pernah memasuki surau hulu selangor untuk beri sumbangan. Ada timbul isu ni di suratkhabar2?
Tiada masalah selagi ia tidak berkaitan politik. Saya respect Nik Aziz sebab beliau langsung tidak menyentuh politik apabila beliau menjadi khatib untuk solat jumaat.
Blog ini memang blog yang suka menyentuh isu-isu sensitif.. Sebelum menyiarkan apa-apa iklan ataupun maklumat, sila menggunakan kepala otak anda dan fikir bahawa maklumat yang disebarkan adalah betul-betul benar? Tuhan memberi manusia minda untuk memikirkan dan bukan macam blog ini menggunakan tidak tentu arah.. Menyebabkan rusuhan kaum dan sebagainya.. Ini bukan 1MALAYSIA!!!!
since when has it been 'mencemari rumah Allah' for a non-muslim to enter a muslim place of worship? why are you being so small-minded and creating hatred in this country?
MNO TERKANGKANG: Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)
Oleh: Pria Malaya
Umno desperedo!..itu rasanya ayat yang sesuai dilontarkan pada puak2 gerombolan yang jahil agama dan cuba memanipulasi kes/isu demi politik sempit mereka..demi menghalalkan matlamat perjuangan asobiyah mereka...
Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca dan analisa sendiri fatwa yang telah dikluarkan oleh JAKIM dan pendapat tokoh agama tentang isu non muslim memasuki rumah Allah..
Antara cerita/fitnah dlm isu ini yang berjaya dipatahkan ialah:
1. Orang Bukan islam tidak boleh masuk masjid/surau - sesetengah dr penyokong Umno telah menyalahguna maksud hadis nabi yang melarang bukan Islam memasuki rumah Allah..sedangkan hadis itu khusus kpd masjid haram sahaja...adapun bagi masjid lain menurut Islam, hukumnya adalah harus (Rujuk fatwa JAKIM)..
2. Wanita non muslim tidak boleh masuk masjid/surau dibimbangi kedatangan haid dan tidak mandi junub, dan mengotorkan kesucian masjid dll- hujah yg jahil lg dangkal..apakah lelaki non muslim yang dibolehkan memasuki masjid telah dan sah mandi junub mereka? Apakah garis panduan berkaitan 'Masjid sbg Destinasi Perlancongan' yg mereka sendiri gubal telah menyatakan kwajipan bagi pelancong utk mandi junub dahulu sebelum memasuki masjid?..
3. YB tersebut telah memberi ceramah atau tazkirah agama ketika/selepas solat sunat Terawih - fitnah yang mula2 disebarkan oleh penyokong tegar, namun akhirnya berjaya dipatahkan..bukannya ceramah/tazkirah, tetapi ucapan ringkas selepas Tarawih sempena program penyampaian peruntukan kewangan ADUN tersebut kpd surau berkenaan yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran rasis para penyokong Umno..
4. Non muslim tidak boleh memasuki ruang UTAMA solat - ini antara hujah2 terakhir mereka selepas beberapa hujah yg awal dahulu telah berjaya dipatahkan...utk menjawab isu ini, rujuk fatwa JAKIM dibagaimana dilampirkan dibawah..hukumnya harus..
5. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid, sultan marah - bagi meneruskan kempen buruk mereka, maka alasan ini terpaksa ditimbulkan..sedangkan jelas ia bukanlah program atau ceramah politik, tetapi hanya program ringkas penyampaian bantuan sempena bulan Ramadhan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan...kalau ini dikatakan poltitik, ini apa? (baca di sini)
6. Tak tutup aurat - Maka akhirnya, setelah kantoi satu-persatu, satu-satunya kesalahan yang tinggal dlm kes ini ialah YB non Muslim itu ialah kerana tidak menutup aurat @ tidak memakai tudung..habis sekalian penyokong gerombolan terloncat gembira menarik nafas lega kerana masiih mempunyai hujah/dalil mengharamkan ADUN itu memasuki rumah Allah..sekurang2nya mereka boleh membela tindakan yang diputuskan oleh JAIS dan pihak sultan...
So, bagi menjawab persoalan 'tidak tutup aurat' ini, penulis cuba tampilkan beberapa gambar sebagaimana disertakan dibawah...apakah cara tutup aurat sebegini yang dimahukan oleh penyokong Umno atau bagaimana....kalian fikir2kan sendiri..
Akhir kalam, korang rujuk sendiri fatwa yang telah diputuskn oleh JAKIM dlm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu...
**baca seterusnya di sini:
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html
MNO TERKANGKANG: Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/pendapat-ulamak-dan-fatwa-jakim.html
komunis DAPigs tu pelancong ke?? wakakakkaa..dia tu dah la kotor lagi pengotor ..pijak dan masuk kat saf utama solat pulak tu...
komunis DAP tu dilabel cam pelancong.? wakakaka..dah la tak tutup aurat..kot kot period..Sultan Selangor pun dah MURKA! Hassan ali dimanakah dikau?
Sebab utama kita tak mahu selepas ini orang bukan Islam bebas keluar masuk masjid dan incident YB bukan Islam tu masuk masjid menjadi sebagai'precedent' untuk pihak-pihak lain senang lenang masuk masjid, tidur, melepak dan lain-lain lagi. Dengan alasan ia dibolehkan dan ada fatwa membenarkan. Sedarlah hai orang Islam, jangan senang hati membenarkan tempat ibadat kita memberi kebebasan kepada bukan Islam. Kalau nak masuk juga, peluklah Islam.
saya kagum dan hormati pandangan-pandangan saudara dlm blog ini, terutamanya dalam isu-isu keagamaan dan hak kita sebagai orang melayu. pengetahuan saudara dalam politik dan isu isu semasa kebangsaan sangat sy kagumi. ditambh dengan imej saudara yang tampil bersih dan bersongkok, cukup untuk menggambarkan keikhlasan saudara sebagai melayu muslim dlm menzahirkan setiap patah perkataan dalam blog ini. dh lama sy mengikuti blog saudara, ingin melihat sejauh mana keghairahan saudara dalam memberikan pendapat akan membawa saudara. tanggal 18 ramadhan ini, izinkan saya mengutarakan pendapat saya berkenaan pendapat saudara. pertamanya, saudara begitu taksub dengan pendapat politik saudara, yang menjadikan umno tunjang perjuangan melayu khususny dan penegak syiar islam umumnya. logo gerakan saudara juga tampil dgn imej sedemikian: 2 pucuk keris, dan kalimah suci sebagai intipati. lantas, semua yg bukan umno, pada saudara, adalah musuh melayu, dan sekaligus, menjadikan mereka, musuh islam. pertanyaan saya, siapakah dan dari manakah asalny penentang penentang umno itu? ahli-ahli pkr? bukan kah mereka semua bekas umno? saya kira, kalau tragedi liwat 1998 tidak berlaku, anwar barangkali perdana menteri kita hari ini.dan, yg paling penting, PKR tidak akan wujud langsung. jadi, jika anwar benar insan hina seperti yg saudara gambarkan dlm setiap penulisan saudara, dia diasuh dan dididik dgn cara umno, makanya, umnolah yang paling hina dan keji kerana melahirkan pemimpin yang sehina dan sekeji anwar... kan?
untuk pengetahuan saudara, sy langsung tidak menyokong anwar, ataupn kroni2nya, kerana, perjuangan mereka cukup jelas, ingin menjatuhkan umno yang pernah menjatuhkan dia, dgn apa cara skalipn, bukanny memimpin negara ke arah negara islam yang moden. itu bukan pemimpin yang harus kita sokong. terima kasih kepada umno, kerana melahirkan pemimpin yang mementingkan diri seperti itu. namun, itu hanyalah pendapat berasaskan akal saya yang kurang pengetahuan tentang politik malaysia, tidak seperti saudara. saya juga, tidak menganggotai pertubuhan dengan kalimah suci sebagai bendera, dan tidak pernah tampil bergambar dengan songkok, kecuali semasa aidilfitri. makanya, saudara lebih arif dari ribuan insan bernama arif di luar sana. jangan lah kita terlalu taksub saudaraku, taksub kepada parti politik, taksub kepada pemimpin politik, yang jelas banyak kepincanganny. jangan hina kalimah suci dengan menghina pemimpin pemimpin agama. jangan hina jatidiri bangsa dengan menghina pandangan kaum lain. sebagai muslim, teras budaya berpolitik kita mudah. kita berada di akhir zaman, zaman yang tidak ada pemimpin islam yang adil seperti junjungan besar dan sahabat sahabt baginda. sekiranya pemimpin sekarang dari mana mana parti sekalipn memiliki ciri ciri sebegitu, kita wajib taat, dan wajib taksub sebaik mungkin. justeru, pilihlah parti yang kita sedar, memperjuangkan hak islam, dan menjadikan islam teras perjuangan politik. usahlah menghina ulamak ulamak walaupn mereka bukan dr umno.mungkin benar, mereka berpura pura demi kepentingan politik mereka. tetapi, bayangkan jika mereka benar benar ikhlas, dan keikhlasan mereka itu hanya dapat dibuktikan di akhirat kelak,masyaallah, besarnya dosa kita saudaraku, memfitnah dan mengeji ulamak waris nabi. insaflah saudaraku, janganlah engkau begitu taksub dengan pemimpin pemimpin yang jelas tidak jujur dan amanah dalam kepimpinan mereka, bukan sahaja umno, malah juga pkr, hatta pas sekalipn. ketaksuban yang membabi buta hanya akan membuatkan engkau merana, dan jika allah mengasihimu, kemurkaanNya akan dipaparkan di dunia. tetapi, jika murkaNya dibiarkan hingga hari kiamat, nauzubillah, kita tidak sempat bertaubat. perjuangkanlah islam dalam tiap kata2mu, jujur dalam setiap penulisanmu, bukan kerna dikaburi oleh kefanatikan mu terhadap parti politik yg membuta tuli... jangan biarkan pemikiran mu yang jelas sudah dibasuh dgn agenda nasionalis tanpa pendekatan islam total, terus mengaburi justifikasi mu dalam melontar setiap kata. saudaraku, engkau dikurniakn nikmat ilmu pengetahuan yg luas, gunakan sebaik2nya. ingatlah, ketaksuban akan menyebabkan kamu menyesal, percayalah...
semoga ramadhan kali ini akan membuka pintu hatimu untuk menerima islam, bukan sebagai satu agenda politik, bukan sebagai satu alasan untuk menghina umat muhammad yang lain. semoga kita semua diampunkan dosa dosa sebanyak buih di lautan... insyallah. salam sejahtera ke atas kamu...
salam...baca harakah daily (28/08/10)UMNO TENTANG MAJLIS FATWWA..baca kenyataan mahfuz omar mgenai saidina umar pernah bersembahyang dalam gereja.perkara ini sama skali tidak benar dan boleh merosakan akidah umat islam..saidina umar tidak pernah bersembahyang didalam gereja...
dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut .
Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian.
Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
salam...baca harakah daily (28/08/10)UMNO TENTANG MAJLIS FATWWA..baca kenyataan mahfuz omar mgenai saidina umar pernah bersembahyang dalam gereja.perkara ini sama skali tidak benar dan boleh merosakan akidah umat islam..saidina umar tidak pernah bersembahyang didalam gereja...
dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut .
Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian.
Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
Anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.
Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-
لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى
Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Saudara Azrinizam, kena banyak belajar agama
Jangan lah cepat kita menuding jari kearah orang2 yang sentiasa bersikap iri dengan keharmonian Islam...tapi dalam hal ini dan banyak perkara yang berlaku sikap kejahilan para ajk masjid itu yang seharusnya di persalahkan...dan orang2 yang sebegini seharusnya tidak layak atau dibenarkan mengelolakan tempat ibadah kita.
Mereka yang menjadi biang keladi semua kebiadapan yang terjadi.
Apakah berbuat yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar itu susah sangat untuk difahami oleh sijahil2 nie..
Get rid of them..semakin banyak balutan dikepala semakin sakit mereka jadinya..hehe..
asalamualaikum..saya akui ulama ulama pas mmg hebat dalam menjawab soal soal agama tetapi ape yg dikesalkan mereka kurang beradab. semakin tinggi ilmu semakin kurang adabnya.bukankah mereka ni semua cuba mencontohi nabi muhammad saw..tp mereka lupa, mereka mgata pihak lain mgambil sbahagian dr al-quran n meninggalkn sebhgn yg lain sbenarnya mereka turut mlakukan perkara yg sama..islam menuntut perpaduan antara umat islam tp mereka x pernah menyebut tentang perpaduan dlm islam..ape yg dilakukan hanyalah mengumpat n menyindir didalam rumah Allah. itulah kekuatan ulamak ulamak pas dihadapan pak angguk didalam masjid..sedih n memalukan...
assalamualaikum..sekadar peringatan..
jgn kita tlampau lebihkan atau bangga dengan mereka.sebelum menang dan berkuasa mereka sanggup berlakon ke masjid menurut kehendak pak lebai pas..jgn mudah terpedaya dgn mereka. sedangkan sblm ni isu halal ramai org islam terjebak dalam penipuan sijil halal mereka.tu blum masuk kena jual time pg servis kereta, beli handphone,mcm mcm lg...sekadar renungan bersama untuk mengukuhkan tali persaudaraan islam
Post a Comment