Biarpun Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam sebagai yang termaktub dalam Perkara 3 (2) sudah bertitah bahawa rumah ibadat tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Namun masih ada pihak yang melanggar titah Ketua Agama Islam di Selangor hingga mengundang kemurkaan sultan. Ada yang melihat isu agama sebagai isu politik. Mereka gagal membezakan antara isu agama dan isu politik. Bila dibantah dan dipertikai, mereka mengatakan perkara itu telah dipolitikkan. Umat Islam seterusnya dikelirukan dengan pelbagai pandangan dan polemik yang dibuat oleh pihak tertentu. Bagi menyelesaikan kekusutun dan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berkaitan dengan agama berulang, dengan rendah dirinya patik mencadangkan Majlis Raja-Raja perlu bersidang untuk menghalang keadaan menjadi lebih kusut dalam masyarakat. Daulat tuanku.
Sunday, August 29, 2010
Persidangan Majlis Raja Raja

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Hamba pula mempunyai pandangan yang ada sedikit veriasi bagi menghadapi situasi sosio budaya (politiking) semasa.
Hamba berpendapat sudah sampai peringkat dan masanya dengan cabaran dan ancaman menyeluruh yang ada kini; Majlis Mufti sudah kena muncul untuk lebih vokal dan aktif menyatakan tegasan mereka dengan batas sempadan kesyumulan yang jelas. Harapannya semuga kekeliruan mengenai sifat dan kedudukan authoriti ULAMAK tidak lagi mudah dipermudahkan. Barangkali juga ketokohan dan keutuhan authoriti para ahli ahli majlis itu perlu dibentang kepada umum supaya kelebihan kelebihan mereka sebagai tunggak tempat bergantung pegangan kita semua tidak mudah mudah dipermudah untuk mudah dikalih dengan motif motif tersendiri yang kita semua fahami.
Kesimpulan dari Majlis Mufti itu barangkali juga boleh diperkasakan lagi oleh sidang sidang ilmuan tersohor (kalau perlu) untuk dimuktamadkan diperingkat ilmu. Selepas itu barulah ia dikanunkan dengan titah DYMM SPB YDPA atas sifatnya mewakili Majlis Raja Raja.
Pandangan ini nampak seperti sengaja dirumitkan. Namun pandangan ini sebenarnya mengambil kira suasana dan kesedaran tentang kerja kerja anti nasional yang memang sudah songsangan rumitnya. Maafkan hamba kerana ralat dari menyebut unsur unsur anti nasional yang songsangan itu dengan jelas; tetapi hamba berpendapat kita semua sudah sama sama faham akan rahsianya.
Hamba barangkali sudah dihujung usia dan tidak mahu melihat perubahan sistem berlaku selagi hamba masih lagi bernyawa.
Post a Comment