Satu dokumentari dibuat oleh Pusat Komas melalui blognya (10tahun.blogspot.com) untuk membandingkan perlembagaan Malaysia dengan perlembagaan "rakyat". Bukan sekadar perbandingan, tetapi ada beberapa perkara yang terpesong terus dari fakta. Mungkinkah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Mufti Perak?. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Jika benar dokumentari ini ada persamaan dengan perlembagaaan baru, ianya perlu disiasat segera.
Bukan setakat itu sahaja, Yang Dipertuan Agong yang pertama telah dihina dengan mulut dan mata ditutup oleh blog dokumentari tersebut. Gambar ini telah dijadikan sebagai gambar utama blog kendalian Pusat Komas berkenaan. Siapakah yang mendalangi Pusat Komas ini? Pusat Komas ini dipercayai mendapat pembiayaan daripada Kondrad Adenaeur Stiftung (KAS), sebuah yayasan dari Jerman. Mereka ini mengajak rakyat turun ke jalanan untuk memusnahkan seluruh institusi dan sistem yang sedia ada bagai memberikan kebebasan mutlak kepada rakyat. Nampaknya, masih ada warganegara Malaysia yang tidak bersyukuri nikmat kemerdekaan dan mahukan kebebasan sendiri.Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos nanti. Sudah ada pihak yang berusaha untuk memadamkan sejarah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak sepatutnya. Mereka juga dilihat cuba membawa kembali ideologi komunis kepada rakyat. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa. Jangan biarkan fikiran rakyat diseleweng, sejarah negara ini ditukar dan perlembagaan negara ini dimusnahkan. Ini perkara yang amat merbahaya kepada keselamatan negara. Amaran sahaja tidak cukup, tindakan yang tegas diperlukan untuk bendung perkara ini.





8 comments:
saya nak tanya saudara dah tgk blum dokumentari ni?? apa yg sy baca ttg komen saudara sgtlah tak btol. ini adlah perbandingan antara perlembagaan rakyat dan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948 dan ada sedikit sbnyk perubahan dlm perlembagaan 1957. Kedua, sy lihat ini adalah bentuk kebebasan utk berekspresi melalui kebenaran. sy rasa ia tak menghina YDPA kerana gmbr itu mmg ada dlm duit ringgt malaysia. kalau LTAK DUIT RINGGIT kt bwh bontot pun, dikira menghina muka sultan jugakkan?? huhu..
ketiga, doku ni dibuat bukn atas support dr KAS, ia dibuat oleh individu yang berminat dgn sjarah..dan sy rasa dlm buku sejarah ada termaktub ttt perlembagaan rakyat, hartal pada 1947 yg cuba disorokkn dlm buku teks sejarah..
p/s: laen kali tgk dulu baru komen..tq..
blogger ni haram jadah...blog upahan UMeno..setan punya blogger..haram jadah
Kami guna artikel tuan.
Harap tiada masaalah. Kredit diberi.
Ajak kita link sesama kita.
pasal perlembagaan ini la yang saya mahu beratanya kepada saudara di Kem Kepimpinan Terarah baru-baru ini. Tetapi tidak bekersempatan bertemu dengan saudara secara pribadi..
benda yang dibentangkan dlm perlembagaan rakyat itu separuh daripadanya menipu
aduhhh..belajar sejarah bang.
perlembagaan federation 1948, perlembagaan 1957 merdeka dan pindaannya 1963 persekutuan malaysia semuanya berbeda.
jangan jadikan isu benda yang tak benar.fitnah ni.kalau sampai ada orang jadi sakit hati, timbul benci,perkauman kerana ini..dosanya dah lebih besar dari membunuh!!
org ni dah menghina agong...patut dikenakan tindakan. kau tak boleh bagi logik letak duit syiling bawah punggung. ni budak yang hina Agong ni aku tengok begitu anti sangat dengan sistem raja..apa hal????
nak buat negara ni komunis ke?
definisikan aku makna komunisme :D
itu assigment ko untuk minggu ini.
yg anonymous tue: buto tak de telur ke apa?
Post a Comment