Sunday, August 22, 2010

Doa Khutbah Nama Guan Eng : Tutup Isu Dengan Duit Raya

Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) menuduh UMNO membuat fitnah dan pembohongan mengenai nama Guan Eng digunakan dalam khutbah Jumaat pada 22 Ogos 2010 dalam Malaysiakini, PAS mudah menuduh perkara itu sebagai fitnah dan bohong. Kalau Guan Eng berbohong PAS tidak pula berani menyanggah pembohongan Guan Eng. Sewajarnya kepimpinan PAS daripada Nik Aziz hinggalah kepada PAS di peringkat negeri menyiasat perkara ini dengan telus demi untuk menjaga kesucian agama Islam bukan membela pula Guan Eng. Kalau fitnah, sila saman saksi-saksi yang mendengar khutbah tersebut. Mereka dengar dengan telinga mereka sendiri. Ini bukan fitnah, kejadian ini memang berlaku. Beginikah cara Mujahid menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang?



Berikut adalah 10 usul yang telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar pakatan pembangkang di Komtar, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2010. Kenyataan ini dikeluarkan dalam blog Guan Eng. Orang yang memberikan kenyataan ialah Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang). Kenyataan ini juga lebih menjurus untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang PAS dengan menuduh ianya sebagai fitnah.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Mansor Othman dan Yusof Rawa perlu akui perkara sebenar. Usah berbohong untuk melindungi DAP di Pulau Pinang. Akuilah mana yang salah, bukan berpolitik taat setia secara membuta tuli kepada Guan Eng. Mudah sahaja DAP hendak tutup isu ini, mereka ungkit habuan duit raya RM400 kepada staff negeri dan RM100 setahun kepada warga emas. Harus diingat, sampai bila orang Melayu Pulau Pinang perlu dirasuah dengan habuan untuk melindungi Guan Eng. Sedarlah, DAP ada agendanya yang tersendiri di Pulau Pinang. Sanggup orang Melayu dalam PAS dan PKR jadi talibarut dan pengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. DAP sudah melampau. Malangnya mulut pemimpin Melayu PAS dan PKR ditutup dengan habuan untuk halalkan kebiadapan DAP.

6 comments:

C L J said...

Kita ambil kira Perkara 8 seperti tertera dalam peristiharan YB Mujahid itu yang "mendesak UMNO supaya mengambil tindakan terhadap mana mana khatib yang terbukti"

Eloklah tu kalau dah sebenar ikhlas begitu. Cuma bukan UMNO kerana isu itu pun bukanlah dari ciptaan UMNO. Ia menjadi rioh dari rungutan orang ramai dan ahli ahli jumaah. Hal itu sudah ada lapuran polis. Biarlah polis menjalankan kerja mereka dan tolonglah beri kerjasama dengan polis yang menjalankan tugas. Jangan pula kata polis begitu begini. Berilah kelapangan kepada mereka untuk mengumpulkan saksi saksi dan janganlah pula mencari helah seperti mempersoalkan saksi saksi begitu begini pula. Bukti lain memang tiada melainkan ahli jumaah yang boleh jadi saksi. Yang berlaku bukan seperti yang selalu berlaku dalam perancangan orang berstrategi yang sudah siap dengan kamera dan vediocam mereka. Ini adalah orang pergi menunaikan solat Jumaat; mana ada alat alat perakam.

Sesudah itu biarlah mahkamah pula membuat keputusan berdasar kepada bukti bukti yang dapat diperkukuhkan atau tidak. Pandanglah kes ini sebagai kes salah laku individu. Bukan sebagai isu politik seperti yang sudah berlaku itu.

Walau apa pun sepatutnya JHEAIPP telah menjalankan siasatan dilapangan. Bukan sekadar menyemak teks resmi dan terus membuat kesimpulan serta melontarkan pertuduhan serta menghukum pihak lain. (Maaf yang menghukum itu ialah ketua parti bukan JHEAIPP)
Namun biarlah pengurusan pentadbiran membuat kerja mereka. Janganlah potong dan merebut/merampas hak bersuara itu.

Wallahuaklam.

Anonymous said...

Macamlah orang Cina mengharapkan sangat doa orang melayu.

Apa doa orang melayu hebat sangat ke???

Isu-isu kalut macam ini tak perlulah nak perbesar-besar kan. Buat malu jer menteri pertahanan mempunyai mentaliti kekampungan dan menjadikan isu-isu begini sebagai "Polical Mileage"

Sebagai menteri dia patut memfokus kepada isu-isu yang lebih penting seperti Pertahanan negara atau isu-isu politik yang lebih matang yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagi menteri yang berpengalaman.

Selesaikan isu-isu pertahanan bersama Indonesia yang mana dilihat
amat rapuh sejak kebelakangan ini.
Memang ini yang mahu dilihat oleh Spura, perbalahan anatara 2 negara jiran yang akarab.

Dalam dunia sedang memandang SERONG terhadap Islam akibat dari angkara orang-orang sendiri, Pemimpin-pemimpin Umno macam sudah ketandusan idea dan masih mainkan isu-isu Ugama dan Islam demi untuk memastikan mereka terus memerintah walaupun rakyat dah muak dengan tingkah laku mereka

Anonymous said...

Memang betul pun orang-orang cina bukan mengharapkan sangat doa orang melayu tetapi orang melayu yang bodoh . Hidung tak mancung pipi disorong-sorong.
Untuk mengharapkan derma 1 sen di dalam masjid ????

udah la..

Anonymous said...

Macam ni lama-lama kecut otak orang Melayu Penang. Selepas kecut otak, kecut pula b**h masing-masing.

Anonymous said...

Apa yang Mujahid nak buktikan lagi ni? Masyaalah!!! Katib bingai dah mengaku dah!! Lantak kaulah Mujahid!! Orang tua kau dulu tak seteruk kau....

Anonymous said...

Ish.. Mujahid tak larat memantau kot. Sibuk dalam peti sejuk agaknya..