Monday, July 19, 2010

Perkara Baik Tidak Perlu Ditolak

“Perkara ini tidak akan berlaku sama sekali. Pas tetap dengan pendirian ini (menolak kerjasama dengan UMNO) biarpun sesiapa sahaja menjadi perantara, ” kata Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam Sinar Harian pada 19 Julai 2010. Perkara yang baik berbincang untuk kebaikan telah ditolak biarpun Mufti Perak menawarkan diri menjadi orang pengantara. Mufti pulak dikecam agar jangan campuri urusan politik.

“Pas tidak berminat dalam isu ini. Biarlah ada pihak lain mahu Pas berbaik dengan UMNO. Namun, keputusan tersebut adalah muktamad,” kata Tuan Ibrahim lagi. Semalam (18 Julai), Datuk Seri Najib telah menyatakan “Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan Pas mengenai perpaduan) tetapi jangan ada pra syarat dan terus menghina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka".

Pelawaan baik ini telah disambut oleh Naib Presiden PAS dengan keputusan yang muktamad katanya. Untuk berbincang tentang perkara kebaikan ianya tidak perlu ditolak. Pandangan peribadi seorang Naib Presiden PAS tidak boleh dijadikan keputusan muktamad untuk menolak perkara kebaik untuk perpaduan bersama. Tindakan Naib Presiden PAS perlu ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama.

2 comments:

Anonymous said...

calon terbaik pengganti wali terompah....agen terbaik DAP yg mahu melihat melayu & Islam terhapus di bumi ini...

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai