Malaysia adalah negara yang paling aman di Asia Tenggara mengatasi Singapura (30), Laos (34), Thailand (124), Indonesia (67), Filifina (130), Vietnam (38), Kemboja (111) dan Myanmnar (132). Keamanan negara ini boleh jadi tercemar di mata dunia sekiranya ada rakyat di negara ini yang suka menggadaikan kestabilan dan keharmonian yang sedia ada untuk mencapai tujuan politik semata-mata. Bersyukurlah negara ini aman dan damai tidak seperti Rwanda yang berkonflik teruk pada 1994 yang mengorbankan 800,000 orang dalam masa 100 hari. Di Kyrgyztan berlaku krisis yang teruk pada April 2010, menyebabkan 2,000 orang menjadi korban dan 400,000 mengalami kesan konflik tersebut. Konflik tidak menguntungkan sesiapa. Keamanan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit, sekali keamanan itu tergugat, mengembalikan keadaan asal bukanlah suatu perkara yang senang. Hargailah ia.
Monday, July 5, 2010
Global Peace Index: Malaysia Di Ranking 22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 comments:
malaysia negara polis
zalim terhadap rakyat
Memang betoi ......Global Peace Index bagi tahun 2010 telah dibayar RM 2 JUTA untuk naikkan Malaysia ketangga No.22 dari tangga 26 tacaya ke? Tanyalah Anwar Ibrahim yang takut sumpah atau tanya sotong kurita sipaul tu??????
Post a Comment