Thursday, July 1, 2010

Anwar Ibrahim Menyesal Berdemo Bantah Yahudi?

Anwar Ibrahim terbang ke Washington untuk beberapa hari pada minggu lepas untuk bertemu dengan Howard Berman (House Foreign Affairs Committee Chairman) dan beberapa orang pemimpin Yahudi bagi memohon maaf atas ketelanjurannya mengecam Yahudi di Malaysia.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti, Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal." kata Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK) membela Anwar dalam Malaysiakini. Siapa yang tidak baca dengan teliti? Nampaknya yang membela pun tidak membaca langsung artikel tersebut.

Sila baca dengan teliti tulisan Jackson Diehl (Deputy Editorial Page Editor, Washinton Post), "He (Anwar) said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad" tulis Jackson. Anwar berkata "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful." Apakah Anwar menyesal menggunakan ayat-ayat kasar yang mengguris hati pemimpin Yahudi hingga perlu turun ke Washington untuk meminta maaf? Atau Anwar Ibrahim menyesal kerana mengetuai demonstrasi membakar bendera Israel, hingga diberi perhatian oleh media barat?


"Walaupun apa yang dilakukan Anwar itu salah, dia patut dimaafkan memandangkan tekanan yang dihadapi daripada segi peribadi dan politik...berikan dia (Anwar) ruang untuk bernafas" demikian ulas Paul Wolfowitz bila ditanya mengenai permohonan maaf Anwar di Washington. Baik benar Wolfowitz dengan Anwar. Dulu masa Wolfowitz tidak boleh bernafas dengan isu skandal Shaha Ali Ridha di World Bank, Anwar yang membantunya ketika berada di kerusi Pengerusi Foundation For Future, kini Wolfowitz pula akan melobi Yahudi lain untuk memaafi Anwar.

“I find the opening of the naval blockade to be a very dangerous development,” kata Shin Bet Chief Yuval Diskin pada 16 Jun 2010. Kenyataan ini dikeluarkan dalam blog Anwar Ibrahim. Tentunya ramai yang tertanya mengapa Anwar perlu keluarkan kenyataan daripada Israel ini dalam blognya pada pertengahan bulan lepas. Rupa-rupanya untuk memujuk dan sebagai umpan sebelum berangkat meminta maaf di Washington pada penghujung bulan Jun.

Harakahdaily turut menyiarkan cerita Anwar memohon maaf dari Yahudi. Anwar kata UMNO guna APCO untuk serangnya di luar negara dalam Harakah. Tun Mahathir yang dituduh bersekongkol dengan Yahudi kerana kapal Rachel Corrie tidak diserang, tidak pun turun ke Washington untuk meminta maaf. Mengapa Anwar perlu turun ke Washington dan melobi melalui George Soros untuk meminta satu slot khas ucapan di Woodrow Wilson untuk mencuci semula namanya di mata Yahudi? Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Untuk lari dari masalah, Anwar akan tuduh Utusan putar belit. Siapa yang pakar putar belit sebenarnya?

25 Mei 2010, B'nai B'rith International (sebuah pertubuhan Yahudi tertua) telah menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai musuh kepada Yahudi. "In light of the role that Ibrahim has played in the resurgence of anti-Semitic polemics in Malaysian politics, we ask that U.S. officials suspend their ties with Anwar Ibrahim" dakwa B'nai B'rith International. Gelisah Anwar bila Yahudi menggelarnya sebagai musuh utama.



Nampaknya Anwar takut dilabel sebagai musuh Yahudi, bertungkus lumus Anwar cuba mencuci imejnya itu dengan meminta maaf dan melutut dengan pemimpin Yahudi di Washington. "It's completely insane and ridiculous to suggest that you can impose on others, non-Muslims, a law denying them a right to call their God whatever name," kata Anwar dalam ucapan bertajuk "Islam and Democracy in Southest Asia" di Woodrow Wilson International Center, pada 26 Jun 2010 di Washington. Anwar sudah amat terdesak hinggakan sanggup menggunakan apa sahaja untuk mengembalikan semula kepercayaan Yahudi kepadanya. Inilah perangai Anwar, pakar putar belit, akhirnya dirinya terbelit kerana kenyataan sendiri.


1 comments:

Anonymous said...

xde pembangkang nmpk nk comment ntuk isu ni..hahahah..kelu lidah..hahah