Anwar Ibrahim sering berjumpa dengan NED pada 1 Disember 2005 di New York, pada 2-5 April 2006 di Turki dan Geshman pernah hadir sendiri ke Kuala Lumpur pada 16 Mac 2008 untuk memuji sistem pilihan raya di Malaysia selepas pembangkang berjaya menang di beberapa buah negeri. Apakah Geshman datang dengan tangan kosong sahaja? Geshman tidak jadi datang pada 16 September 2008, semuanya kerana Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada tarikh tersebut.
Anwar bukan sekadar baik dengan Presiden NED, malah pernah berjumpa secara sulit bersama dengan United States Agency for International Development (USAID) pada Julai 2005. Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengadu kepada USAID bahawa proses demokrasi kurang diamalkan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Buat apa Anwar berjumpa dengan USAID? USAID adalah agensi yang menguruskan CIA dan NED. Dalam operasi covert di Vietnam dan Fallujah, USAID digunakan sebahagian daripada operasi "military intelligent". Tentu tidak silap jika Meinel menyatakan bahawa Anwar adalah perkakas kepada CIA.
Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat. Meinel menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi. "Saya harap dia (Anwar) tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan," tulis Meinel. Apakah nasib Anwar selepas ini? Semuanya berlaku kerana Anwar terlalu tamak pada kuasa politik untuk tujuan peribadi semata-mata.





0 comments:
Post a Comment