Thursday, June 10, 2010

RMK10 Memacu Wawasan 2020

Malaysia pada tahun 2010 diletakan pada kedudukan 23 dunia "Ease of Doing Business" oleh World Bank daripada 183 buah negara. Malaysia berkedudukan yang lebih baik berbanding beberapa buah negara lain seperti Jerman (25), Italy (78), Spain (62), Netherlands (30), Argentina (118), Brazil (129), Portugal (48) dan negara tuan rumah Piala Dunia, South Africa yang berkedudukan ke-34. Negara-negara yang dibandingkan tersebut adalah negara yang berjaya layak ke Piala Dunia namun kedudukan Malaysia (yang tidak pernah layak ke World Cup) adalah lebih baik dari negara-negara tersebut.

Kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad ini tidak melambangkan semangat berpasukan untuk mencapai RMK10. Mengkritik amat senang, tetapi bila sudah diberi negeri untuk ditadbir apa yang sudah mereka buat? Di Kedah, masalah asas seperti bekalan air dan sampah pun gagal diuruskan dengan baik oleh mereka.

“Jika sekalipun setiap pemain adalah sebaik Rooney, Messi atau Ronaldo yang umum mengetahui sebagai antara penyerang terulung dunia, akan tetapi jika pemain pertahanan dan penjaga golnya lemah maka pasukan tersebut berkemungkinan kalah kerana jumlah gol yang dijaringkan mungkin tidak akan dapat mengatasi jumlah gol yang dibolos lawan".

"Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,”
pinta Perdana Menteri ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010.


Pencapaian gemilang negara ini perlu dijayakan secara sepakat. Sama seperti bermain bolasepak kehandalan seseorang individu belum tentu menjamin kejayaan pasukan jika tidak berkerjasama. Mengkritik orang yang bermain atas padang memanglah mudah. Jika penonton itu diberi kasut, jersi dan bola belum tentu dia boleh bermain sebaik orang yang dikritiknya.

0 comments: