Saturday, June 26, 2010

Lesen Judi Sudah Batal, Mahukah PAS Tubuh Gerakan Mansuhkan Arak?

"Selepas mengambil kira semua pandangan ini, jelas pada kerajaan sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen itu diberikan kepada Ascot. Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan yang lesen itu tidak akan dikeluarkan," kata Perdana Menteri pada 26 June 2010. Keputusan ini menamatkan kemelut judi bola sejak ianya mula diumumkan oleh Datuk Dr. Awang Adek pada 6 Mei 2010 di Dewan Rakyat.

Langkah kerajaan membatalkan lesen judi adalah satu langkah yang baik namun dalam masa yang sama satu kaedah yang lebih terancang dan berbentuk jangka panjang perlu dilakukan untuk menumpaskan sindiket judi haram secara berterusan. Bukan sekadar dalam musim demam bola sahaja. Hasil judi haram ini kebanyakannya digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dalam masyarakat dan kadang-kala cenderung ke arah kegiatan subversif. Perkara ini perlu dibendung agar wang untung judi haram yang mengalir dalam pasaran ekonomi dapat disekat daripada digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994, Nik Aziz telah menyatakan "PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya". Gambar atas adalah salah sebuah kedai arak yang terdapat di Jalan Tengku Petra, Semerak, Kota Bharu Bandaraya Islam. Apakah mekanisme yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan untuk membendung masyarakat Islam daripada tidak terlibat dengan kegiatan minum arak?


Keratan akhbar Sinar Harian pada 4 Jun 2007 yang memaparkan tajuk "Tiga lelaki Melayu ditangkap ketika leka minum arak" di Tumpat, Kelantan. Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) perlu dimansuhkan dan digantikan dengan Gerakan Mansuhkan Arak (GMA) yang mungkin lebih efesien untuk membasmi arak di Kelantan dan Selangor. Daripada membawa unit amal PAS untuk berdemo di atas jalan raya, alangkah baik jika diajak bersama mereka untuk membasmi kegiatan minum arak di Kelantan dan Selangor. Mahukah pembangkang tubuhkan GMA ini? Kuman di lautan mereka nampak, apakah mereka sengaja buat tidak nampak pada gajah yang berada di depan mata mereka.

0 comments: