Saturday, June 12, 2010

Haji Hadi Gadai Prinsip Parti Islam

11 Jun 2010, tercatat sejarah baru dalam parti PAS bila Presiden PAS sudah menggadai prinsipnya demi mendapatkan kuasa. "Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang" kata Haji Hadi. Mungkin Haji Hadi sudah lupa dengan apa yang disebutkannya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Waktu itu UMNO dituduh kafir kerana kerjasama dengan MIC, MCA dan Gerakan, hari ini orang yang menuduh itu menghalalkan perkara yang pernah diharamkannya.


"Kalau dapat bini muda, janganlah dilupa bini tua. Buruk buruk pun, biarlah bini pertama" kata Nik Amar yang disambut gelak ketawa oleh 1,000 orang perwakilan dalam muktamar. Apa maksudnya? Gelak pun ada mesej yang tersirat. Maknanya kalau hendak mengorat dengan pengundi bukan Islam sekalipun, janganlah lupa terus pada pengundi Islam. Masih ada dua tahun lagi mandat untuk memerintah kerajaan negeri di Kedah dan Kelantan, apa yang PAS telah buat sejak menang pada 8 Mac 2008? Adakah keadaan berlaku lebih baik? Belum apa-apa lagi sudah bicara soal mahu berkuasa lagi sedangkan mandat yang diberikan tidak dibuat dengan sebaik mungkin.


Haji Hadi berkata calon yang dipilih dari Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah daripada latar belakang baik dan bermoral tinggi. Gobalakrishan adalah Ketua Kelab Penyokong PAS Kaum India yang juga Ahli Parlimen Padang Serai. Apakah moral tinggi kalau menyerbu Speaker Dewan Rakyat? Apakah bermoral tinggi kalau tampar polis sampai tercabut topeng muka? Apakah bermoral tinggi kalau mempergunakan ayat-ayat suci Al Quran untuk kempen politik? Sekadar mempermainkan Islam bukan memeluk agama Islam pun. Berkerjasama dengan kafir harbi akan merugikan orang Islam. Orang-orang PAS yang bercita-cita jadi YB boleh simpan sahaja cita-cita tersebut kerana Haji Hadi sudah tidak hargai lagi perjuangan orang Islam dalam PAS. Melepaslah nanti.

4 comments:

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum Saudara Azrinizam dan rakan-rakan yang lain.

Sama-sama kita tunggu apa akan jadi kepada PAS?

Anda semua boleh menjadi pengikut di blog saya dan memberi komen di samping membaca dua blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/ dan http://my.opera.com/muiz5339/blog/

Anonymous said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Anonymous said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Anonymous said...

Haji Hadi Gadai Prinsip Parti Islam???? azri...ko ni kadang2 bodoh jgak ek...? da xde isu sgt k nk spin? ...ape..yg umno buat selama xde plak nk gadai prinsip islam? umno=apco