Sunday, May 9, 2010

Zaid Ibrahim Penderhaka Raja Melayu

"Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik? Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik? Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau “decree”. kata Zaid Ibrahim dalam blognya pada 5 Mei 2010. Zaid mempertikaikan doa yang dibacakan oleh imam masjid untuk kesejahteraan umat Islam. Mengapakah Zaid tidak pertikai doa bala dan doa perang Ahzab yang sering dibacakan oleh puak-puak ektrems dalam PAS?

Zaid tidak pernah serik. Pada 8 Mei 2010, Zaid masih lagi mempertahankan kenyataannya biarpun sudah dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor, MAIS (baca sini). Zaid seolah-olah sengaja berkelakuan keras kepala, degil dan menderhaka untuk mengajak ramai lagi rakyat agar meniru tindakannya. Kalau tindakan tidak diambil dengan segera oleh MAIS, maka jangan pelik kalau ramai lagi selepas ini berfikiran liberal seperti Zaid. Belum lagi perintah kerajaan pusat, mereka sudah berani cabar institusi raja, memang jelas niat Pakatan Rakyat untuk mengugat kedaulatan raja-raja Melayu. Ketuanya, pernah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Sampai sekarang, Anwar penderhaka itu masih belum memohon maaf secara terbuka. Anwar dan Zaid adalah contoh penderhaka raja-raja Melayu. Sanggup menderhaka untuk tujuan mencapai niat politik.

2 comments:

Anonymous said...

tarik balik gelaran datuk dari zaid

Anonymous said...

tarik balik gelaran datuk dari zaid