Dengan keadaan kereta sebegini, Tian Chua masih lagi meneruskan perjalanan untuk berceramah dan tidak mempedulikan mangsa. Selepas ceramah selama dua jam baru buat laporan polis? Patutkah begitu?
Pada jam 9 malam, 13 Mac 2010, kereta yang dinaiki oleh Tian Chua (Ahli Parlimen Batu PKR) telah melanggar seorang anggota tentera, Mohd Salleh Hamdan (22 tahun) sehingga meninggal dunia di KM 49, Jalan Kota Tinggi, Johor. Dalam kejadian tersebut Mohd Salleh Hamdan telah koma dan cedera parah sebelum meninggal dunia dua jam selepas kemalangan tersebut.
Tian Chua ketika itu dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah di Mersing. Kereta Tian Chua dipercayai masuk ke laluan bertentangan hingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Anwar Ibrahim dan Tian Chua hanya berhenti sekejap sahaja di tempat kejadian. Mereka bergegas ke tempat ceramah tanpa memperdulikan nasib mangsa yang dilanggar oleh kereta Tian Chua. Hanya selepas ceramah barulah Tian Chua membuat laporan polis. Mendahulukan ceramah berbanding mangsa yang dilanggar oleh keretanya sendiri. Beginikah sikap pemimpin yang menggelarkan mereka pakatan untuk rakyat?
Bagi Anwar dan Tian Chua, kematian Mohd Salleh Hamdan seolah-olah tiada apa-apa bagi mereka. Biarpun itu adalah kesalahan individu yang jelas dilakukan oleh Tian Chua, seorang ahli parlimen PKR. Namun jika orang lain melakukan kesalahan peribadi dan biarpun sudah dikesali, ianya akan diulang-ulang agar masyarakat menghukum kesalahan peribadi orang lain tersebut dengan seribu macam persepsi. Satu organisasi akan dipalu bertalu-talu akibat kesalahan seorang individu. Sebaliknya, jika pihak mereka yang melakukan kesalahan, ianya tidak dipedulikan dan diadili dengan sewajarnya oleh publik. Di manakah pembelaan bagi keluarga mangsa yang dilanggar oleh Tian Chua? Sudahlah gigit anggota polis, langgar orang sampai mati pun mereka buat tidak ambil peduli. Di mana keadilan bagi keluarga mangsa?

2 comments:
Eh tuntutan insuran dia jadi macam mana agaknya. Boleh tuntut dari insuran kereta Thian Chua kan ? Tapi macam mana syarikat insuran itu nak bayar sedangkan kereta itu sudah sengaja masuk jalan yang salah. Tuan kereta itulah kena bayar kot. Kawan kawan yang faham patut beri ulasan ni ....
suruhanjaya diraja!!!
Post a Comment