14 Mei 2010, akhirnya Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) menjadi calon bebas yang ke-8 dalam Dewan Rakyat apabila keluar daripada PKR. Wee Choo Keong menyertai Ibrahim Ali, Tan Tee Beng, Zulkifli Nordin, Mohsin Fadzil Shamsuri, Zahrain Mohamed Hashim, Eric Enchin Majimbum dan Dr Chua Soon Bui untuk menjadi ahli parlimen bebas. Kedudukan dalam parlimen sudah menjadi Barisan Nasinol 137 kerusi, Pakatan Pembangkang 76 kerusi dan Bebas 8 kerusi. Dominasi PKR dalam pakatan pembangkang hanya tinggal 24 kerusi sahaja, lebih satu berbanding PAS dan DAP kekal dengan 28 kerusi dan PSM satu kerusi.Wee Choo Keong menyatakan skandal pasir di Selangor merupakan punca utama beliau keluar dari Pakatan Pembangkang. Anuar Mohd Noor, kroni Khalid Ibrahim dikatakan dilantik untuk menguruskan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang memonopoli kegiatan penjualan pasir di Selangor. Malah apabila lori milik Tetuan Tulen Ehsan Holding Sdn Bhd ditahan kerana mengeluar dan mengangkut bahan binaan tanpa wibawa yang sah dan melanggar Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965), Kumpulan Semesta telah bertindak menuntut agar kompaun terhadap lori Tetuan Tulen tersebut dikurangkan. Ada sesuatu yang tidak kena, apakah ada perjanjian kroni antara mereka? (baca sini).





1 comments:
Impian untuk menjadi PM Anwar Ibrahim semakin terkubur.
Chauvinist party
Post a Comment