Pada 16 Mei 2010, dua buah kereta milik S. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar) telah disimbah dengan cat merah. Bukan setakat itu sahaja, Mike turut menerima satu kertas bersaiz A4 yang bertulis 'Jangan campur issue pasir. You mati'. Ugutan tersebut diterima berikutan tindakan Manikavasagam mempersoalkan kehilangan hasil pendapatan kerajaan negeri berikutan pembabitan tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dalam kegiatan melombong pasir secara haram. Sampai begitu sekali ugutan yang diterima kalau mahu mendedahkan kebenaran.Mengulas tentang kejadian ugutan yang menimpa Mike, Khalid Ibrahim menyatakan ''saya juga memberitahu Manikavasagam bahawa sebaik sahaja beliau membuat dakwaan kepada orang, maka perlu berhadapan dengan tindak balas dan dia perlu bersedia untuk berhadapan dengannya,". Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid ini menimbulkan seribu satu andaian dan persoalan. Seolah ada sesuatu yang tidak kena, apa yang hendak disembunyikan oleh Khalid sebenarnya? Mike perlu berkerjasama dengan SPRM untuk mendedahkan perkara sebenar. Mike tidak perlu tunggu Khalid Ibrahim lagi. Khalid tidak kisah pun apa yang berlaku pada Mike. Dedahlah Mike.





2 comments:
Kalau tuduhan tak benar, kenapa marah sangat sampai nak bunuh orang?
Don't be insane
”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.
Post a Comment