Saturday, May 15, 2010

DAP : Donation Action Party



Sejak berkawan dengan PAS, DAP sudah pandai untuk minta duit rakyat bagi tujuan politik mereka. PAS minta duit dalam ceramah-ceramah di kampung, DAP lebih advance, mereka menyeru dan merayu kutipan derma itu secara terbuka daripada rakyat. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh & ADUN Bandar Kinrara) berjawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor masih lagi memohon derma daripada rakyat menerusi laman blognya untuk kempen di Sibu.

Sepatutnya Teresa yang memberi sumbangan kepada rakyat, gaji Ahli Parlimen, ADUN dan Exco, tetapi masih lagi minta duit dari rakyat. Blog rasmi DAP untuk kempen di Sibu pun secara terbuka meminta derma dari pengundi. DAP ingat pengundi sudah lupa bahawa DAP juga menjadi kerajaan di Pulau Pinang dan menguasai sebahagian kerajaan negeri Selangor, dua negeri yang terkaya di Malaysia. Mana pergi hasil dua negeri ini, jika tidak dipulangkan kepada rakyat? Ronnie Liu (ADUN DAP) yang dikatakan terlibat dalam skandal pasir mesti mempunyai dana yang besar. Duit pasir hanya untuk kayakan kroni sendiri. DAP masih lagi mengaku mereka miskin dan kurang dana, sedangkan hakikatnya mereka sudah sapu keliling. Rakyat yang ditipu, inikah parti yang demokratik untuk rakyat? Tentunya tidak. DAP sudah jadi parti kutip derma sejak berkawan baik dengan PAS.

3 comments:

Cik Pudina said...

DAP memang mendapat sumber kewangan dan nasihat serta strategi menjahanamkan melayu dari Lee Kuan Yew. Minta donation adalahj untuk mengkaburi mata rakyat sahaja.

life is not a fairy tale dude said...

Easy money. Easy money can be collected from donations from their fanatic followers as proven by PAS.

Uniting the Malays scares DAP

life is not a fairy tale dude said...

Sepatutnya pemimpin membantu rakyat, ini tidak dia pulak minta tolong dari rakyat.

Uniting the Malays scares DAP