Saturday, May 1, 2010

DAP : Nama Jalan & Runtuh Kedai


Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan PKR memang mengikut cakap DAP. Esok, satu jalan di Selangor akan ditukar nama kepada nama seorang tokoh DAP. Jalan Barat akan ditukar menjadi Jalan Dr V David, kononnya sempena hari pekerja. Rasional sebenar adalah untuk mengagungkan DAP bukan untuk memperingati pekerja. Ini kerana di Perak, satu nama jalan sudah ditukar nama kepada seorang lagi pemimpin DAP iaitu P. Patto. Jadi, jangan terkejut kalau Ketua Menteri Pulau Pinang selepas ini mengubah satu nama jalan, bangunan atau jambatan untuk memperingati bapanya di Pulau Pinang.

DAP memang berminat dengan nama sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lagi. Dulu Teresa Kok memperjuang nama jalan dalam bahasa Jawi ditiadakan, kini nama jalan khusus untuk memperingati pemimpin DAP sudah diadakan.

Sementara itu, di Pulau Pinang kejadian siling runtuh di Dewan Undangan Negeri berulang lagi pada 30 April 2010 setelah runtuh pada 23 Julai 2008. Apa sebabnya sebenar siling tersebut runtuh? Perkara ini perlu disiasat dengan rapi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Esok hari pula iaitu pada 2 Mei 2010, kerajaan DAP Pulau Pinang berhasrat untuk merobohkan dua buah kedai peniaga Melayu iaitu Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dan Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar. (baca sini) DAP meraikan hari pekerja dengan mengabadikan nama jalan untuk pemimpin mereka tetapi dalam masa yang sama bertegas untuk merobohkan kedai orang Melayu di Pulau Pinang. Inilah kaedah pemerintahan Malaysian Malaysia cara DAP.

5 comments:

Anonymous said...

Askum Melayu Penang @ Melayu Malaysia,

Orang Melayu dulu-dulu dah pesan "Kalau dengar guruh dilangit air ditempayan jgn dicurahkan" "Yg dikejar tak dapat yg dikendung berciciran" dan kata Tun Dr. Mahathir "Melayu mudah lupa" Inilah harga yg perlu dibayar oleh Melayu Penang @ Melayu Malaysia mendengar janji-janji kosong DAP, Melayu PKR dan Melayu PAS.
Masih belum terlambat Melayu Penang @ Melayu Malaysia gunakan kuasa rakyat pd PRU 13 tapi "JGN ULANGI KESILAPAN KITA PD PRU 12"

Anonymous said...

Baru dapat Selangor dah nak tukar nama jalan ke Nama DAP. Kalau dapat Malaysia??????

Waliyazubillahminzalik!!!!!!!

tamingsari said...

Melayu dalam Pas dan Pkr beri persetujuan untuk tukar nama jalan2 nama pemimpin bos mereka iaitu DAP. Kejayaan melayu PR. Dapat duduk jadi MB dan PM penting. Dasar biar serah pada abang sulong DAP.

Lenggong Valley said...

Kita nak biarkan duri dalam daging ini?

Kini ramai yang maklum bekas Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Sheryll Stothard dilantik menjadi Pengurus Besar Komunikasi Korporat Petronas, di mana dia menjawab terus kepada Ketua Eksekutif syarikat petroliam nasional itu.

Apakah pihak yang bertanggung-jawab telah menyelidik latar belakangnya dengan cukup dan yakin 100% dia layak memegang jawatan tersebut? Apakah tiada sesiapa yang berasa terpanggil untuk melihat pelantikan itu sebagai menusuk duri dalam daging dengan sengaja? Bukankah ini satu "politico-corporate suicide?' (kalaulah ada istilah sebegitu...)

Jika pihak yang bertanggung-jawab, terutama individu-individu tertentu dalam Keraajaan yakin si Sheryll ni dah bertaubat, apakata diimbas kembali rekodnya seawal Januari lalu apabila dia mengepos dalam blog peguam aktivis apa jua, Haris Ibrahim (di sini) supaya rakyat "...mengundi menjatuhkan BN sekiranya mereka berasa ia telah menafikan rakyat hak sebagai rakyat Malaysia..."

Anonymous said...

Isu nama jalan pun mau diangkat ka jo??