Wednesday, May 19, 2010

Ahli PAS Ugut Saiful Terima Hukuman

Seorang lelaki yang mengaku ahli PAS telah menerima hukuman akibat ugutan terhadap Saiful Bukhari Azlan. "Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok. Ia bukan satu ancaman,” kata Badrul Hisham. Tindakan agresif dan provokatif sebegini boleh merosakan imej parti PAS. Malah setelah melakukan kesilapan, orang yang bersalah tidak mengaku pula kesalahan.

Mempertahankan kesalahan dan tetap menyalahkan orang lain. Orang-orang PAS tidak perlu terlalu ekstrems dan taksub, manusia tidak lari dari melakukan kesalahan. Bila kesalahan mahu dibicarakan secara hujah dan rasional di mahkamah, mengapa orang yang bersalah masih mahu menangguhkan kes. Ini yang sewajarnya dipersoalkan. Adalah sesuatu yang janggal, tertuduh enggan menyucikan kesalahan dengan secepat mungkin.

11 comments:

Anonymous said...

Biasa le ajaran tok guru wali selipar bila tok guru cium selipar murid minum air selipar....hisss pengotor budak nih

life is not a fairy tale dude said...

Itu kerana dia bukan mangsanya. Jika dia yang menjadi mangsa, adakah dia akan berkata begitu?

DAP will relinquish the Malay special rights

ISAC said...

Polis dan KDN sepatutnya lebih tegas dengan penyokong2 Pakatan......

Anonymous said...

hahaha...alangkah menyesalnya dia kalau dia tahu hakikat sebenarnya anwar memang sorg peliwat tegar.

hanya masa yg akan menentukan bro.

braHIM

fauzi said...

Salam,
dulu nik aziz ada berkata bahawa Anwar kena sumpah muhabalah atas isu ini.Tapi semenjak kamcing semacam,nik aziz dah lupa pulak kata2 dia(atau buat2 lupa termasukla pengikutnya yg angguk2 geleng2 ikut rentak nik aziz)
Jadi persoalannya adakah ilmu sesumpah yg diwarisi oleh anwar ini adalah ilmu yg diamalkan oleh nik aziz?
hmmm,misterius ni..
-wassalam-

Anonymous said...

kasihan oooo...tak pasal2 dapat menginap dalam penjara 5 hari..hahaha

Anonymous said...

Aku baca ayat dia tak la nampak unsur ugutan pulak.. Tiada unsur yg menunjukkan dengan jelas bahawa dia nak bunuh seseorang.. Peringatan tu ada la sebab diakhiri dengan nasihat.. Dan betul juga dia kata kita tak pasti lagi akan hidup esok.. Siapa yg boleh kata dia pasti akan hidup lagi esok..

Anonymous said...

woi...betul la ape dia cakap,kita semua boleh yakin sangat ke esok kita hidup,kalo Allah tetapkan kita mati esok,mati jugak...kun fayakun!!!

lain la macam mohd safuan hilmi tuh yang secara jelas kata,nak bunuh nik aziz...

suara kuantan said...

PADAN MUKA

Anonymous said...

Sape2 pun bleh mengaku...

Anonymous said...

Tengok gaya pakai kopiah pun da tau org upahan. Penyamaran terbaik... syabas