Monday, April 19, 2010

Zaid Mengaku, Halili Keluar.

Khalid Ibrahim kata Zaid sudah berubah, gambar ini masa muda kah atau zaman mana?

Akhirnya Zaid Ibrahim sendiri membuktikan cabaran Azmin Ali. Pada 18 April 2010, di perkampungan estet, Kerling, Hulu Selangor, Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa (baca sini). Menurut Zaid, itu kisah lama waktu zaman muda-muda dulu. Cuba perhatikan gambar di atas, waktu zaman muda ke waktu zaman mana?.Selepas pengakuan Zaid ini, pada hari berikutnya Dr Halili telah mengumumkan untuk meninggalkan PKR mengikut haluan AMK Shah Alam yang turut membubarkan PKR.

Kini yang tinggal hanyalah tiga anak Ibrahim iaitu Zaid, Anwar dan Khalid yang berkempen untuk PKR di Hulu Selangor. Clash of titan dalam PKR semakin memuncak, pertembungan antara kumpulan Azmin dan kumpulan yang dipimpin Zaid, Khalid Samad dan Chua Jui Meng tidak dapat dielakkan lagi. Anak di Hulu Selangor tidak dipilih, orang Kota Bharu yang ditunjuk untuk jadi wakil orang Hulu Selangor. PKR dilanda krisis parti yang kritikal. Inilah masa terbaik buat BN meneruskan momentum kemenangan di Bagan Pinang dibawa ke Hulu Selangor. Pilihan terbaik untuk Hulu Selangor ialah calon 1Malaysia iaitu Kamalanathan. Fasih berbahasa Melayu dan anak tempatan.

2 comments:

Anonymous said...

hik hik hik

Anonymous said...

eh..ko da tahu lum gambar ni super impose?? orang da jumpe da gambar sebenar..baik ko buang je post ni sbelum dak PKR nampak..abis ko kena bahan nanti..buat malu je..haha..