Pada 17 April 2010, Azmin Ali mencabar UMNO untuk buktikan Zaid seorang kaki botol. Sepatutnya Azmin yang bertanya kepada Khalid berhubung perkara tersebut. “Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” kata Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian (baca sini). Khalid seolah tahu bagaimana perangai sebenar Zaid sebelum ini.
Rasanya Azmin juga tahu siapa Zaid sebelum ini. Sebab itulah Azmin tidak berapa menyukai Zaid untuk bertanding di Hulu Selangor. Semalam jika ada sesiapa melihat Buletin Utama, TV3 jelas ketara sekali reaksi muka Azmin Ali yang kurang senang dengan Zaid. Azmin seolah terpaksa untuk bersama-sama menyertai perarakan calon mengiringi Zaid. Apabila Azmin mengeluarkan kenyataan dan cabaran menggesa UMNO membuktikan perangai Zaid, ini bermaksud Azmin seolah mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khalid tentang Zaid. Lagipun, gambar-gambar Zaid dengan botol yang bertebaran sebelum ini di alam maya semuanya dibuat oleh blogger-blogger pembangkang sendiri. Mereka juga tahu karakter sebenar Zaid. Sekarang bila Zaid lompat masuk PKR, semuanya sudah jadi suci.

1 comments:
teringat pepatah Melay berbunyi:
tak tumbuh tak melata
tak sungguh orang tak kata
bagaimana pun blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia yang baru dilancarkan. Anda dijemput menggunakan logo e-Direktori untuk diletakkan di blog anda (sekiranya sudi)
hehehe
Post a Comment