Berikut adalah laporan dalam Harakahdaily yang ditulis oleh seorang pengarang bernama Azimin Amin berhubung kenyataan Zaid Ibrahim pada 9 September 2006. (baca sini) Antara yang disebut oleh Zaid pada waktu itu adalah seperti berikut:
"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam," kata Zaid Ibrahim.
"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu? Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam," kata Zaid Ibrahim.
Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, Zaid dikecam teruk dalam Traunungkite dan beberapa laman yang pro kepada PAS. Kini Zaid ditatang bagaikan orang yang tidak berdosa bila berada bersama dengan PAS. Diarak dan disanjung sebagai calon mereka di Hulu Selangor. Pendirian orang-orang PAS boleh berubah dengan serta merta dan mengampunkan Zaid yang pernah menentang hudud. Betapa goyahnya pendirian orang PAS. Mengapa sokong calon yang pro kepada tuntutan Lina Joy ini? PAS sudah menjadi semakin liberal dan sanggup korbankan prinsip setelah ditipu dan digula-gulakan oleh Anwar Ibrahim. Sedarlah, kalau undi Zaid, anda semua akan dipermainkan nanti. Berapa kerap orang Kota Bharu ini boleh turun ke Hulu Selangor?





8 comments:
Salam Perjuangan..
Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.
Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.
Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.
Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.
Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.
Sekian dari,
AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju.
aku mmg xsuke zaid ibrahim
hipokrit
aku mmg xsuke zaid ibrahim
hipokrit
betul apa yang zaid cakap tu,kalau dah islam pi lah dia dengan cara dia jgn rosakakn imej islam biar tuhan menghkumnnya bukan umno apco
haha..bodoh..mmgla umno kne halang..sblm org lain pn ikut sme..at least,nmpkla ade org yg ambil brat hal murtad ni..pelikla org pembangkang ni..ape je yg kuar dr mulut pmimping diorg..sumenyela btol..xpk ke ape..brader..cbe brader2 pk btol2..bru wat ksimpulan..
“Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance..”
Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkanya kepada seluruh manusia, namun dilarang melakukan paksaan terhadap sesiapa pun manusia, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas. Memaksa orang menganut Islam hanya melahirkan penganut Islam munafik.
Mari kita menyelami rasional mengapa hukum murtad perlu diperkanunkan dan apakah wajar ia ditakuti. Rasional yang pertama ialah kerana ia adalah hukum dan perintah Allah melalui hadis sahih sabit daripada Nabi-nya s.a.w. Ianya diriwayatkan tidak kurang daripada sepuluh orang Sahabat yang ada kemungkinan sampai ke darjat hadis mutawatir. Arahan Nabi adalah sama taraf dengan arahan Allah kerana Allah telah menjadikan ketaatan kepada Nabi itu sebagai ketaatan kepada-Nya. Dengan erti kata lain, tidak taat kepada Nabi samalah dengan tidak taat kepada Allah.
Maka arahan Allah yang pertama mesti dilaksanakan ialah dengan membuka jalan ke arah itu, iaitu dengan memperkanunkannya sebagai undang-undang negara. Ini perlu dilakukan supaya apabila ada kesalahan yang disabitkan maka tiada lagi halangan dari segi perundangan untuk melaksanakannya ke atas pesalah. Tetapi ini tidak bermakna bila ada undang-undang maka semua orang yang tertuduh akan dikenakan hukuman. Adakah semua orang yang tertuduh sebagai pengedar dadah dihukum gantung oleh kerana ada akta dadah yang membawa hukuman gantung?. Jawabnya tidak, hanya yang disabitkan salahnya sahaja yang kena. Itu pun masih banyak lagi peluang untuk yang sabit salahnya itu melepaskan diri dari hukuman keras itu.
Rasional kedua ialah hukuman murtad tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama. Setiap orang bebas untuk memilih apa sahaja anutan yang diingininya, dan setiap orang tidak harus menyakiti agama dan penganut agama lain. Hal ini amat ditekankan oleh Islam, umpamanya ada ayat al-Quran yang bermaksud:
"Janganlah kamu mencaci-cela orang-orang yang menyeru (menyembah) selain Allah kerana mungkin mereka pula akan mencela Allah tanpa mereka mengetahui." -
(al-An`am: 108)
Jika demikian penghormatan Islam kepada (penganut) agama lain yang belum memahami Islam, maka amat wajarlah penganut agama lain (termasuk si murtad) mematuhi prinsip ini. Seseorang itu boleh keluar daripada Islam dengan syarat tidak menghina Islam dan hukumannya hanyalah menjadi hak Allah di akhirat kelak. Tetapi bukannya keluar dan bertindak menghebohkan kemurtadannya kepada orang lain. (Termasuk dalam erti kata menghebohkan kepada orang lain ialah mengisi borang tukar agama)
Apabila seseorang itu memberitahu orang lain bahawa dia telah keluar daripada Islam, maka itu bererti dia telah menghina dan mencabar Islam. Sedangkan kalau dia tidak memberitahu orang lain pun, dia tetap terkeluar juga daripada Islam. Maka teruskanlah kehidupan seperti itu dan pandai-pandailah dia menjaga diri sendiri supaya tidak diketahui orang lain terutamanya pemerintah atau penguatkuasa undang-undang Islam.
Tetapi, jika kemurtadannya itu diketahui, lalu dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan, maka pemerintah juga mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan kejahatan, maka hendaklah dia berlindung dengan lindungan Allah. Sesiapa yang terbocor rahsia kejahatan (jenayah)nya, maka menjadi tanggungjawab kami melaksanakan hudud (hukuman) Allah." - (Riwayat al-Tabrani)
Rasional ketiga hukuman murtad tidak perlu ditakuti ialah peluang untuk mengelakkan diri daripada hukuman ini terlalu luas. Seseorang yang dituduh murtad, lalu dihadapkan ke mahkamah, dengan hanya menyatakan taubat dan kembali kepada Islam (walaupun dengan cara berbohong) sahaja pun telah terselamat daripada hukuman bunuh. Apabila seseorang itu melafazkan ucapan yang difahami bahawa dia bertaubat, maka ucapan itu diterima di mahkamah sebagaimana zahirnya dan mahkamah tidak ada kuasa untuk mengetahui perkara dalam hatinya. Maka dengan cara yang sebegitu mudah (termasuk berbohong) pun, seseorang tertuduh itu boleh melepaskan diri hukuman bunuh (tapi tidak dari hukuman Allah).
Post a Comment