Saturday, April 24, 2010

Zaid Digelar Tokoh Liberal Melayu

Pada 13 Ogos 2008, Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin (Pengerusi Badan Anti iFC, BADAi) dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah melabelkan Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai tokoh liberal Melayu (baca sini). Kumpulan liberal Melayu ini dikatakan mendapat dokongan kewangan daripada dana seperti Kondrad Adenuer Foundation dan United States Agencies for International Development (USAID) melalui Asia Foundation. Antara hujah mengapa Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim dikelaskan sebagai liberal adalah kerana tindakan mereka menyokong forum terbuka mempertikai Artikel 121 (1A), membela Lina Joy, menyokong IFC dan mencabar Mahkamah Syariah.

Gambar tokoh liberal tersebut (berbaju putih paling kiri), di sebelahnya adalah Malik Imtiaz dalam forum "Federal Constitution : Protection For All" di Hotel Cititel Pulau Pinang pada 14 Mei 2006. (baca sini). Kumpulan Artikel 11 ini berusaha untuk hidupkan semula IFC.

Pada 25 April 2010 nanti, salah seorang tokoh liberal Melayu yang dikatakan tersebut akan menjadi calon untuk ke Parlimen. Sudah tentu, jika Zaid berjaya ke Parlimen, agenda serangan Islam liberal ini akan menjadi semakin hebat ditambah pula dengan dokongan dana-dana daripada luar. Artikel ini ditulis sendiri oleh orang PAS, namun hari ini orang PAS sendiri tidak mempercayai apa yang dikemukan oleh orang mereka sendiri. Apakah mereka sanggup ditipu oleh tokoh-tokoh liberal ini?

Orang kampungnya sendiri di Bachok tidak menerima calon ini,. Di Kota Bharu. bertanding sebagai Ketua Bahagian pun kalah. Hari ini hendak menjadi hero pula di Hulu Selangor. Berfikirlah panjang, jangan mudah mabuk kepayang. Jika tersalah pilih, batang hidung YB pun hilang. YB yang ditunggu tidak pulang-pulang, rupa-rupanya berada di seberang sedang bertaruh kuda dengan seseorang. Buatlah pilihan yang matang.

2 comments:

PAS Hulu Selangor said...

zaid ni agen UMNO. Kami tak sokong dia

Anonymous said...

dasyat...........