Monday, April 26, 2010

Tahniah Kamal, Zaid Akan Bertanding Di Sibu?


Zaid Ibrahim tewas di tangan Kamal di Hulu Selangor. Biarpun tewas, tetapi undi Zaid Ibrahim meningkat sebanyak 95 undi. Zaid pula menyatakan pilihan raya di Selangor adalah yang paling kotor dan tidak telus bila kalah. Apakah kalau menang Zaid akan kata pilihan raya tersebut telus? Nampaknya, pakatan pembangkang telah dikalahkan oleh orang mereka sendiri iaitu jentera PAS yang tidak bersungguh untuk membantu Zaid daripada awal kempen lagi. Orang PAS tahu siapa Zaid dan track record dua tahun Khalid Ibrahim di Selangor sudah cukup mengecewakan mereka.

Lebih-lebih lagi bila Zaid membawa Elizabeth Wong sebagai tukang kempen di Hulu Selangor. Orang PAS terlebih kenal siapa Elizabeth. Selain itu, isu pengagihan duit yang tidak sampai ke jentera PAS membuat mereka tertanya mengapa peruntukan yang diagihkan melalui Nik Nazmi tidak sampai kepada mereka. Kesimpulannya, kekalahan Zaid membuat Azmin tersenyum puas. Azmin adalah punca sebenar kekalahan Zaid Azmin juga terjamin tempatnya di kedudukan Naib Presiden dengan kalahnya Zaid. DAP boleh mencalonkan Zaid sekali lagi di Sibu untuk menebus kekalahan di Hulu Selangor. Mungkin Zaid selepas ini akan lompat parti masuk DAP pula untuk menjadi calon di Sibu.

4 comments:

gotahlantun said...

salam bro,

nampaknya yang rugi adalah kaki tuang, semua parti tonggeng dibatalkan.

matrengganu said...

Boleh tak kita calonkan Zaid di semua DUN dan Parlimen di PR akan datang?

Kalau dia menang semua pun dia sorang jer dalam dewan !!!

Peminat Zaid Ibrahim said...

Dulu masa 5 tahun selalu main guli. Bila menang aku tersenyum dan gelak besar, tapi bila kalah aku kata lawan aku main tipu. Rupanya dalam politik Pembangkang pun ada tanam perasan macam masa aku kecil dulu. Nasiblah orang yang pangkah Zaid Ibrahim

Budu Ganu said...

Ayam Jantan Tua kat Kelantan pun tak boleh guna taji...ni..kan pulak nak taji tempat lawan. Nasiblah PKR dan PAS. DAP suka dalam senyap je..