Surat ini menunjukkan syarikat Julapan Sdn Bhd bersetuju untuk memberi sejumlah RM350,000 dalam bentuk derma kepada Pengarah PASTI Negeri Kelantan pada 16 Oktober 2000 sebagai ganjaran ke atas projek penanaman kelapa sawit seluas 500 ekar di di Galas, Gua Musang. Namun pada 4 April 2010, Nik Aziz telah menafikan kerajaan negeri Kelantan menerima derma daripada syarikat balak. Malah, Nik Aziz telah menyifatkan "penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak" (baca sini). Anak Nik Aziz juga seorang penulis blog, malah Nik Aziz juga ada blognya sendiri. Apakah ini juga boleh dikatakan sebagai kedai kopi bergerak? Mungkin Nik Aziz tidak sedar, apa yang dia kata terkena pada anak dan dirinya sendiri. Bukti surat syarikat Julapan Sdn Bhd ini tidak dijawab, lain pula yang dijawab oleh Nik Aziz. Nilaikanlah sendiri bagaimana PAS melarikan diri daripada sesuatu isu. Inilah cara mereka menutup kelemahan. Samalah seperti menutup isu kerugian bazar Tok Guru bernilai RM23 juta dengan menuntut royalti minyak. Kalau dapat pun royalti minyak, nilainya hanya RM20 juta sahaja, cukupkah untuk menutup kerugian bazar Tok Guru?





5 comments:
Lamo doh kito dok mengiakan berbagai tuduhan tuduhan terhadap orang lain walau pun tanpa bukti dan kalau ada apa yang dikatakan bukti pun merupakan bukti rekaan. Kini ia dah kembali terhadap kita sendiri. Itulah kebesaran Allah swt. Kena terimalah. Demo kan Tok Guru (walau pun panggilan itu dirancang)
Kalau jelas palsu, saman je lah.
duit royalti tu untuk nak bayar saman company balak. kalau tak dapat royalti minyak mau tergadai kelantan.
Duit!Duit!Masuk poket ana beres,begitulah tabie org pas terutama TGNA wali selipar.Takan seorang Menterri Besar tak tau apa yang terjadi atau buat-buat lupa,ingatlah Yang Atas itu mengetahui apa yang terjadi...........
ClorocBleach
SPRM Kelantan dok wat apa,atau dok dengar TGNA berceramah,Pengarah SPRM Malaysia tlglah tengok2 anak buah di Kelantan ni banyak dah yang pakai Lambang Pas tu biar pun dgn cara yang tersembunyi, tukar ketempat lain biar pegawai yg lain menyiasat,begitu banyak pendedahan penyelewengan Kerajaan Negeri Kelantan dilaman Blog takan tidak ada pemantauan oleh pihak SPRM atau buat-buat tak tau aje... ingatlah rakyat sentiasa melihat akan perkembangan ini......
ClorocBleach
Setuju sangat dengan pendapat TGNA.
Bukan setakat kedai kopi bergerak aje, tapi ada pula yang buat kan jadi tempat 'cari makan'.
Post a Comment