Friday, April 16, 2010

Anwar Ibrahim Menerima Tekanan Luar Untuk Pilih Zaid

Perhatikan wajah Anwar Ibrahim ini, seolah ada sesuatu yang tidak kena padanya. Wajah Dr Halili juga kelihatan sugul bila nama Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon di Hulu Selangor. Wajah Anwar yang tidak kelihatan seperti biasa ini dikatakan amat bersangkut paut dengan ketidakhadiran Azmin Ali ke majlis pengumuman calon di Serendah. Azmin Ali lebih mahukan Dr Halili sebagai calon bukannya Zaid Ibrahim. Azmin memberi alasan mahu ke Sibu untuk persiapan pilihan raya di sana. Bukankah Sibu penamaan calonnya masih lambat lagi iaitu pada 6 Mei 2010, mengapa kelam kabut sangat Azmin mahu ke Sibu hingga sanggup meninggalkan majlis penting di negerinya sendiri? Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan soal calon.


Ini bukan kali pertama, Anwar menjadi off form bila tiada Azmin di sisinya. Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan semasa dalam UMNO dulu, Anwar pernah bertelingkah dengan Azmin sewaktu di Mauritius. Azmin tidak bersetuju bila Anwar melayani permintaan seorang rakan lama Wan Azizah untuk satu majlis makan malam. Balik dari makan malam tersebut, Azmin merajuk kerana Anwar enggan menuruti kehendaknya untuk membatalkan rancangan untuk makan malam. Prestasi Anwar keesokkan harinya ketika berucap amat teruk. Tersangkut dan tersasul dalam ucapan. Samalah dengan apa yang terjadi pada Anwar di Serendah ketika mengumumkan calon. (lihat video ini).


Mengapa Nallakarupan berani menyatakan sebegini? Pasti ada sesuatu yang special antar Anwar dan Azmin.


Anwar menerima tekanan luar terutama daripada fundernya untuk mencalonkan Zaid. Calon pilihan Azmin terpaksa diketepikan demi memenuhi permintaan funder. Lebih buruk lagi jika funder tersebut meminta pula Zaid Ibrahim dipilih sebagai Naib Presiden dan diberi amanah untuk menjaga akaun PKR. Apakah Anwar sanggup untuk membuang Azmin? Jika tidak percaya pergilah ke Hulu Selangor, anda boleh saksikan sendiri bagaimana performance Anwar ketika ceramah. Amat rapat sekali hubungan Anwar dan Azmin sampai boleh terjejas ucapan Anwar. Apakah orang-orang PKR yang lain masih tidak boleh melihat perkara ini? Inilah sebabnya orang-orang yang dulu rapat dengan Anwar keluar. Mereka sudah tidak sanggup ditipu lagi.

3 comments:

-krisjawa lok3- said...

Wow...hebatnya hubungan azmin dan anwar...kalau seorang merajuk pasti seorang lagi jadi tak tentu arah...cam hubungan sepasang kekasih ya hehehhehehe
ADA APA-APA KE?????
Serangkap lagu lama buat azmin:-

Berkorban apa saja..
"harta" atau pun nyawa..
itulah tanda mesra..
sejati dan mulia.....

hehehehhe"harta" persendirian pun sanggup dikorbankan...

Anonymous said...

Salam

Mu ni tak ada benda lain ke nak komen pasal azmin ali tak ada pun nak jadi isu. yang g. palanivel tak ada kat tempat penamaan calon bn kamu tak persoalpun.

cari benda lain lah . dr halili tu kan dr sepenuh masa dan pakar saraf utama negara. kerja dia sekarang ni pun dah tak sesuai utk dia dicalonkan

PR Menang BN Mampos

eXception said...

Aku ada berita hot, pengikut ham-PAS jadikan masjid tak ubah seperti rumah tumpangan... Kat Kuala Kubu Baru...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan