Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan di World Movement for Democracy yang ke-6 di Jakarta pada 12 April 2010. "Democracy on the other hand goes the opposite direction by putting individual liberty ahead of the betterment of society" kata Anwar Ibrahim dalam sidang tersebut (baca sini). Ini bermakna kebebasan individu mengatasi segala-galanya? Bebas yang macam mana Anwar mahu promosikan?World Movement for Democracy adalah persidangan yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED). Dalam persidangan ke-4, WMD di Turkey, Anwar Ibrahim membawa bersama beberapa orang kanan ke sana untuk bertemu dengan Carl Gershman (Presiden NED) dan Kim Campbell (Bekas Presiden Kanada) di sana. Kononnya untuk berbicara tentang demokrasi. Seminggu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 diumumkan, Gershman pernah datang ke Malaysia dan memuji sistem pilihan raya di Malaysia. Apa tujuan Gershman berbuat demikian? Apakah bertujuan untuk memuji rakan baiknya sendiri yang baru menang di beberapa negeri?
Sebelum ini dalam beberapa kali pilihan raya kecil Anwar sering keluar negara sebelum pulang untuk berkempen dalam kawasan. Sewaktu di Ijok, Anwar terbang ke Hong Kong, masa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Anwar pergi ke Thailand. Kali ini ke Indonesia pula untuk berjumpa rakan-rakannya di sana menjelang PRK di Hulu Selangor. Ketika Barrack Obama dan Dato' Seri Najib mengadakan pertemuan untuk atas kapasiti pemimpin negara untuk hubungan dagangan dan kerjasama strategik yang lain, ketua pembangkang pula sibuk menggunakan pintu belakang untuk menjalin hubungan yang lain. Semuanya kerana mahu melepaskan diri dari krisis peribadi dan mencapai angan-angannya hendak jadi PM.





0 comments:
Post a Comment