
Ilan Weinglass telah menulis satu artikel pada 12 Januari 2006 yang menyatakan,
“Anwar Ibrahim is a founder and director of the Muslim Brotherhood affiliated International Institute of Islamic Thought (IIIT), a think tank in Virginia that has alleged links to terrorism.” In 2002-2003, Ibrahim’s institute in Virginia was even investigated by the FBI, IRS and CIA for alleged financing of Hamas and Hizbollah" (baca sini). Artikel Ilan Weinglass (seorang penganalisa berkaitan
terrorism yang berpangkalan di New York) ini telah dijadikan hujah oleh Rachel Motte untuk menulis ulasan yang bertajuk
"The Reversal Of Anwar Ibrahim" dalam New Ledger pada 29 April 2010. Anwar dikaitkan dengan IIIT yang membiayai keganasan dan juga anti-sematik.

Rachel Motte telah mendedahkan hubungan baik antara Anwar dan Wolfowitz ketika Anwar diajak oleh Wolfowitz untuk menjadi "pensyarah" di John Hopkins University. Anwar juga dikatakan baik dengan Al Gore selepas kekalahan Bush di tangan Obama. Anwar digambarkan sebagai seorang yang cuba mendapatkan pertolongan daripada tokoh-tokoh Yahudi tetapi dalam masa yang sama bersikap anti sematik. Sikap Anwar ini menggambarkan siapa diri Anwar yang sebenar dari kaca mata penganalisa politik di Amerika Syarikat. Di sebalik wajah-wajah Anwar. Apa lagi yang mahu Anwar selindungkan? Tembelangnya sudah pecah bukan sahaja di Parlimen dengan pendedahan Zahrain tetapi di tempatnya melobi iaitu di Amerika Syarikat.
1 comments:
isu APCO makan diri. Yahudi sudah marah sama Nuar
Post a Comment