Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) menyatakan Yip Sun Onn tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong BN. Namun kenyataan dari mulut Yip sendiri belum lagi didengari. Dulu masa jadi Exco Kerajaan Negeri, gajinya hampir RM15,000 sebulan, masa itu Yip sudah mengadu tiada duit dan peruntukan untuk rakyat di Titi Tinggi. Bila tidak mendapat tempat sebagai Exco, lagilah susah hendak berjumpa dengan Yip.
Menerusi seorang rakan di Padang Besar, mereka memberitahu bahawa ada terdengar perkataan ini keluar sendiri daripada mulut Yip "saya sedang menimbangkan tawaran daripada DAP". Perkara ini perlu disiasat oleh MCA. Sebagai seorang wakil rakyat BN, Yip tidak boleh bersikap sedemikian. Malah, khabarnya Yip menghilangkan diri ke Ipoh selepas menulis surat letak jawatan. Buat apa lari ke Ipoh?
Yip telah mempermainkan mandat rakyat di Titi Tinggi. Kepercayaan rakyat tidak boleh diperbodohkan dengan sikap kebudak-budakan seorang wakil rakyat yang hanya pentingkan diri sendiri semata-mata. Campurtangan Yip dalam menentukan Pengerusi JKKK dan sikap memilih kasih Yip telah membuatkan rakyat berasa kurang senang dengan Yip. Pilihan raya sekali lagi kalau Yip mahu lagi tempatnya di Titi Tinggi, alamatnya kalah besarlah BN di Titi Tinggi. Kalau letak MCA di Titi Tinggi sekali lagi, orang akan mula rasa meluat. Semuanya kerana sikap Yip. Mahukah Yip berubah sikap? Kalau tidak mahu, baik letak jawatan sahaja.

6 comments:
letak jawatan je laa...
klu tak silap situ kawasan melayu kan...
Elok gak lompat parti... Masuk DAP.. Nak tengok apa fatwa Nik Ajis pastu...!
Salam bro, tahniah Yip..... daripada fikir pasal jawatan dan pangkat, lebih baik fikirkan kebajikan pengundi-pengundi dalam kawasan....
cuba sedara tengok situasi mogok lapar yang disarankan oleh sheikh qardawi dengan situasi yang menimpa perak sekarang, semasa fatwa tersebut dikeluarkan ia adalah untuk menunjukkan penentangan orang islam kepada orang yahudi, yang menindas orang islam tanpa belas kasihan, maksudnya disini tidak ada kebebasan beragama, tetapi jgn samakan politik diperak, kita negara yang cukup aman, diperintah oleh orang islam dan hendak beribadat pun senang tidak ada sebarang ketakutan, tetapi mengapa disebabkan kita gagal memegang sesuatu jawatan yang diinginkan kita menggunakan mogok lapar.. bukan kah dalam islam ada istilah sabar, bukan ke dalam islam ada istilah ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang, kemana perginya sabar ini. kenapa perlu berkelakuan seperti kanak-kanak, bukankah pru ke 13 cuma tinggal dua tahun lagi kenapa masa yang ada ini digunakan sebaik mungkin berkeja untuk rakyat, bukannya mengucar kacirkan keaadaan politik semasa malaysia...
blogger haram jadah.....siaplah kau balik kampung nanti. Dah la bertanding kalah...duk diam sajalah bodoh.
Kalau orang PAS marah kepada tuan tanah kerana memepertikaikan YB Yip tentu ada perkara yang sangat-sangat tak kena. Sepatutnya orang BN yang marah kerana YB tu orang BN (?). Ini sudah terbalik.
Maksudnya di sini, PAS bergembira dengan kedudukan Yip sebagai YB di DUN tu supaya kerja depa jadi lebih mudah pada PRU-13.
Post a Comment