Selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, kini tiba PRK yang ke-10 iaitu di Hulu Selangor. Dua PRK dimenangi oleh BN iaitu di Batang Air dan Bagan Pinang, manakala tujuh lagi dimenangi oleh pakatan pembangkang. Hanya satu kerusi yang BN terlepas iaitu di parlimen Kuala Terengganu. Di kesemua tempat lain, penyandang memenangi semula kawasan selepas pilihanraya kecil.
Pertembungan di Hulu Selangor pasti menarik kali ini kerana ini adalah pertama kali PRK diadakan di Selangor. Menariknya juga kerana pembangkang jika kehilangan Hulu Selangor akan mengurangkan jumlah mereka dalam Dewan Rakyat setelah hilangnya Kulim-Bandar Baharu, Bayan Baru, Nibong Tebal dan Parit Buntar tanpa berlakunya PRK. Apakah kem Erdogan yang dipimpin oleh Khalid Samad mahu berganding bahu bersama dengan kepimpinan Hassan Ali?. PAS atau PKR yang akan merebut kerusi Hulu Selangor? Di tempat kelahiran "Juara Rakyat", ianya satu ujian besar untuk Barisan Nasional. Sudah pasti, medan pendedahan bukan lagi di parlimen selepas ini, Hulu Selangor akan menjadi medan pendedahan-pendedahan besar oleh wakil rakyat bebas nanti. Menghadapi "pakatan bebas" adalah satu ujian baru buat pembangkang berbanding PRK yang sebelum ini.





0 comments:
Post a Comment