‘‘Pihak berkuasa tidak boleh membiarkan Aasil terus bebas kerana beliau seorang yang amat berkuasa dan berbahaya walaupun hanya bekerja sebagai Pegawai Khas kepada Anwar" demikian gesaan Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim. Aasil adalah seorang warganegara Pakistan dan dikatakan sebagai operative gerakan Anwar di luar negara. Aasil begitu berkuasa hingga boleh membatalkan program di Washington. Ini bermakna Anwar Ibrahim melantik Aasil untuk memudahkan urusannya di luar negara.
Bukan sekadar Aasil yang perlu disiasat, malah jawatan-jawatan Anwar di luar negara juga perlu disiasat. Jawatan sebagai Pengerusi Foundation For Future dan hubungan dengan International Institute of Islamic Thought, IIIT perlu diperjelaskan. Kamal Barjinzi dari IIIT yang mencadangkan Aasil untuk menjadi Pegawai Khas Anwar. IIIT sudah disenaraikan sebagai salah satu badan yang membantu rangkaian pengganas antarabangsa (baca sini). Malah IIIT telah membuat satu penipuan cukai dalam bentuk sumbangan sebanyak USD$92,200 kepada anaknya, Nurul Izzah oleh Al-Haramian Foundation. Anwar mengakui penipuan tersebut.Untuk tujuan apa duit itu masuk dalam akaun Nurul Izzah?

Anwar memang suka menggunakan khidmat orang luar sebagai pegawai khas, doktor membedah pinggang, pakar DNA, pakar forensik dan berbagai lagi "jawatan" yang diberikan oleh Anwar. Dalam gambar di atas, ada seorang warga asing seoleh sibuk berada di Mahkamah Kuala Lumpur ketika perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Timbul sahaja masalah, larilah Anwar keluar negara meminta nasihat dan pedoman dari Wolfowitz dan Al Gore. Mengapa Anwar Ibrahim minat sangat dengan khidmat orang asing? Atau Anwar sendiri yang sudah digunakan khidmatnya oleh orang asing.






4 comments:
salam ziarah boleh masukkan blog saya di sini untuk meluaskan lagi penyebaran artikel2 yang berkaitan dakwah di blog saya, semoga kerjasama anda di rahmati Allah
http://ustaznoramin.blogspot.com
Rangkaian pengganas antrabangsa yang dikaitkan dengan Osama bin Laden?
Korang ni tak kaji siapa pengganas sebenarnya ni.
Try search nama Tim Osman dan akan lihat gambarnya sama dgn Osama Bin Laden. Please jangan tertipu dgn KONSPIRASI yang mengatakan pertubuhan Islam itu kebanyakannya pertubuhan pengganas.
Tim Osman (Ossman) has recently become better known as Osama Bin Ladin. “Tim Osman” was the name assigned to him by the CIA for his tour of the U.S. and U.S. military bases, in search of political support and armaments. [...] There is some evidence that Tim Osman … visited the White House. There is certainty that Tim Osman toured some U.S. military bases, even receiving special demonstrations of the latest equipment. Why hasn’t this been reported in the major media?
Bukan anwar yg ingin menggunakan khidmat warga asing.Tetapi warga asing yg ingin membantu kerana mereka tahu yg mana HAQ dan yg mana BATIL.
Macam kempen VIVA PALESTINA, berapa ramai warga asing membantu dlm usaha utk menghantar bantuan kpd Palestin. Asalnya dr program COMPLETE Malaysia.
Tuh la bro, katak bawah tempurung mana nak tahu. Satu dunia bangkit dan aktif menentang kebatilan engko masih lagi buat fitnah.
anwar ejen asing
ko ckp pndaila..klu israel nk tolong pn anwar trimela ye..bodoh..nk bantuan..kne tgk2 gak..mnetau de serampang due matela gampang..aku mmg anti anwar ibrahim..pas still aku leh accept sbb xt'lalu radikal..n DAP of cozla kne tolak sbb komunis..anwar si peliwat dan pengkhianat bangse
Post a Comment