Sunday, February 28, 2010

Anwar Ibrahim Tidak Patriotik

Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," pada 26 Februari 2010 dalam Malaysiakini. Kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan patriotik daripada seorang yang bergelar penasihat ekonomi negeri Selangor. Kenyataan sebegini menjejaskan imej Malaysia di kalangan pelabur asing. Kalau mereka tidak masuk ke Selangor dan Pulau Pinang, ianya adalah kerana kenyataan Anwar Ibrahim ini.

"Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5 peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak," kata Anwar Ibrahim. Bukan sahaja tidak patriotik tetapi Anwar berbohong dengan mengatakan Malaysia ketinggalan teruk. Menurut Trading Economics, Global Economic Research, ekonomi Malaysia diunjurkan pada kadar yang lebih baik berbanding Indonesia dan Singapora. Malah pencapaian 4.5% adalah melebihi jangkaan biasa.

Mengapa Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan ransangan ekonomi sedangkan ianya mendatangkan kesan positif kepada ekonomi negara? Anwar yang sebelum ini berangan angan menjadi perdana menteri dengan slogan "Dari Permatang Pauh ke Putrajaya" kini mungkin sudah yakin dengan slogan baru "Dari Permatang Pauh ke Penjara". Sebab itulah apa sahaja yang baik untuk kepentingan negara dinafikan oleh Anwar. Ekonomi Malaysia tidak berkecai, yang berkecai adalah "harapan baru" yang dibawakan Anwar Ibrahim.

2 comments:

Hashim said...

Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini

zulssil81 said...

Lepas satu satu pemimpin PKR keluar parti..org bawahan ni tak sedar lagi tak tahu lah..ish3