Yang tiada keputusan konsensus adalah Pakatan Rakyat sebenarnya. Di Sabah, Christina Liew (Timbalan Pengerusi PKR Sabah) mengalu-ngalukan keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah SWT digunakan oleh Gereja Katholic dan Herald Tribune. "Malaysia must be the only country...Indonesia, which has the largest number of Muslims, the word is never an issue" kata Christina Liew dalam Daily Ekspress pada 1 Januari 2010. Itu pandangan PKR di Sabah, namun sampai hari ini Anwar Ibrahim selaku ketua PKR tidak bercakap apa-apa pun mengenai isu ini. Sebagai seorang Islam, Anwar tidak berani tegur pun kenyataan ahlinya. Anwar nampaknya masih bersetuju dan menyokong permohonan Ketua Paderi (lihat video ini). Bila ada Melayu sebeginilah, orang Islam jadi berpecah.Tuntutan penggunaan kalimah Allah SWT ini sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda Interfaith Commission di Malaysia (lihat video ini). Tuntutan ke-9 IFC menyatakan "orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Jika kalimah Allah disalahgunakan oleh gereja dan Kristian, siapa yang mahu bertanggungjawab?
"Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God – ‘Allah’" kenyataan Anwar pada hari Rabu, 30 Januari 2008 sewaktu Anwar bertemu dengan 200 orang pemimpin Kristian secara tertutup di Petaling Jaya. Selepas di Petaling Jaya, Anwar berjanji pula di depan bishop bishop di Batang Air, Sarawak. Semata-mata kerana undi, Anwar sanggup gadaikan agama. Inilah padahnya bila Melayu berpecah, undi bishop pun ditagih oleh PKR untuk berkuasa. Anwar lebih menyebelahi siapa sebenarnya? Kristian atau Islam?

1 comments:
Salam bro, 'sesumpah' Yahudi ini boleh berbuat apa saja termasuk menjual agama dan bangsa Melayu asalkan dapat memuaskan nafsu berahinya.....
Post a Comment