
Pada 21 Oktober 2009, Tony Blair (Bekas Perdana Menteri Britain) telah memasuki Masjid Ibrahimiah di Palestin. Blair yang merupakan Utusan Khas Asia Barat Untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Russia ketika itu sedang dalam lawatan ke Palestin. Kedatangan Blair tersebut diprotes oleh seorang lelaki yang ketika itu berada dalam masjid. "Tahukah anda? Dia membuat protes dan itu sudah cukup memadai," berikut adalah kata Tony Blair sebagai reaksi kepada bantahan lelaki tersebut. Kenyataan yang amat angkuh sekali.
Blair telah melakukan jenayah perang yang besar di Iraq dan Lubnan termasuklah mengebom masjid, sekolah, hospital hingga mengorbankan nyawa ribuan orang. Namun, Blair menyatakan kejadian itu adalah kerosakan sampingan sahaja. Untuk tujuan apa seorang kafir seperti Tony Blair masuk ke dalam masjid? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar untuk memprovokasi umat Islam yang sedang menunaikan ibadat dalam masjid.

Pada 31 Ogos 2009, Xavier Jayakumar (ADUN Taman Seri Andalas) masuk ke dalam masjid dan menyampaikan ucapan ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan. Xavier menafikan dia menyampaikan ceramah dan menyatakan dia hanya menyampaikan kata alu-aluan. Apakah Xavier sedar bahawa tindakannya masuk ke masjid menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia? Amat malang bagi umat Islam di Selangor bila ada jawatankuasa masjid yang menjemput seorang ADUN bukan Islam untuk berceramah dalam masjid. Malah bila ditegur akan kesilapan tersebut, mereka berpihak dan membela pula Xavier. Mengapa tidak jemput Dr Hassan Ali atau mana-mana ADUN Melayu dari PAS dan PKR?

Sudah dua kali bulan puasa berada di bawah pemerintahan PKR di Selangor. Dua kali juga ADUN yang bukan beragama Islam masuk ke dalam masjid sewaktu bulan puasa. Pada 19 September 2009, Teresa Kok (ADUN Kinrara) masuk ke pengkarangan masjid dengan memakai
skirt di Masjid Nurruassadah, Cheras Baru. Teresa Kok memberikan alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menukar pakaian untuk menghalalkan pakaian skirtnya ke dalam masjid
(baca sini).

Tahun lepas, Teresa Kok masuk di pengkarangan masjid sahaja. Tahun ini, Xavier sudah masuk di ke dalam masjid. Berada dekat dengan tempat imam, di atas
karpet tempat umat Islam sujud menyembah Allah SWT dan memegang mikrofon yang sama dengan muazzin. Tahun depan, entah siapa lagi yang akan dijemput di Selangor? Lihat sahaja di Palestin, bila tiada kuasa, maka dengan angkuhnya Blair memprovokasi umat Islam dengan masuk ke dalam masjid. Di Selangor, bila hilang sayang pada agama, ada umat Islam yang berbangga menjemput seorang ADUN bukan Islam untuk masuk ke masjid. Moga kejadian ini tidak berulang lagi. Beringatlah sebelum dihina dengan lebih teruk lagi.