
Kesinambungan "Wind Of Change" yang telah melanda UUM pada November 1999 diteruskan lagi dengan kemenangan Aspirasi pada 2009. Pada 1 November 1999, PERUBAHAN (Aspirasi) menang dengan 13-8 mengatasi parti "merah" atau dipanggil "taliban". Setelah beberapa tahun, kumpulan "taliban" pupus di UUM, pada 2009 munculah Pro Mahasiswa di UUM dengan menggunakan warna oren bukan lagi merah seperti "taliban" dulu.
Buat pertama kalinya juga, Malaysiakini membuat liputan meluas berkaitan pilihan raya kampus di UUM. Liputan berat sebelah Malaysiakini hanya kepada Pro M sahaja. Tiada langsung temubual dengan wakil Aspirasi. Ini menjelaskan lagi apa agenda Malaysiakini yang sebenarnya. Jika mereka menuduh Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 sebagai berat sebelah, media yang dimonopoli mereka pun bersikap lebih berat juga.Pada 12 April 2009, Pengarah Strategik Pro-M UUM dipetik sebagai berkata bahawa
"Setakat ini kita sudah ada 20 calon yang bersiap-sedia untuk PRK akan datang, bagi calon UMUM semua sudah dipenuhi." (baca sini). Pada 7 Oktober 2009, Tengku Mohd Hasrul (Pengerusi Pro M UUM) berkata dalam
Malaysiakini, Pro-M UUM bercadang meletakkan sembilan calon. Lapan calon bagi kerusi umum dan satu calon untuk kerusi kolej akademik. Namun, ketika hari pengundian pada 8 Oktober 2009, ternyata Pro M tiada calon yang berwibawa. Mungkin tidak cukup
pointer untuk bertanding. Hanya bertanding 5 kerusi sahaja berbanding 20 yang dicanang pada awalnya. Ini menunjukkan bahawa Pro M hanya sekadar menaguk di air keruh, bukannya bersungguh untuk menjadi wakil pelajar di UUM.
Kalau kalah semuanya akan dituduh tidak telus dan tiada integriti. Jika menang, semuanya adalah baik belaka. Ini adalah perangai yang dipelajari daripada PAS. Kalah di Bagan Pinang dan kurang majoriti di Manek Urai dan Permatang Pasir, namun PAS masih lagi angkuh dan menyalahkan pengundi yang membuat pilihan. Menurut Pro M lagi, calon mereka akan terdiri daripada
"pelbagai Ideologi Gerakan Mahasiswa seperti Melayu, Cina, India, Kepulauan Borneo juga Pelajar Antarabangsa". Realitinya ketika penamaan calon pada 8 Oktober 2009, tiada pun calon India daripada Pro M. Berbanding Aspirasi yang mempunyai calon daripada pelbagai bangsa dan agama.

Pada 11 Oktober 2009, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) telah menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk memBANTAH sistem e-undi dalam pilihan raya kampus. Dalam pertemuan itu juga BANTAH juga menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kerana "mencengkam hak bersuara mahasiswa". Bantah betul kumpulan Pro M ini. Sedarkah apa yang mereka bantah tersebut jika dimansuhkan akan merugikan bangsa mereka sendiri? Kalau cengkam hak bersuara, sudah lama dalang yang menconteng tulisan "puaka" di UM dibuang daripada universiti.
Pada 9 Oktober 2009, BANTAH berura-ura untuk memboikot pilihan kampus kerana tidak puas hati dengan e-undi. Pada tahun 2005, kumpulan pelajar pro pembangkang pernah memboikot pilihan raya kampus di 18 IPTA. Menurut Mohd Aizat (Pengerusi BANTAH)
"BANTAH tidak mahu pemimpim mahasiswa yang dipilih dilantik daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya pemimpin sistem, tetapi mestilah (mereka yang terpilih itu) pemimpin mahasiswa yang mencabuli prinsip demokrasi yang adil dan telus," katanya dalam
Malaysiakini. Apakah 2 orang wakil Pro M yang menang di UUM juga bobrok? Jika tidak setuju dengan e-undi, lebih baik gesa 2 orang calon Pro M tersebut letak jawatan sahaja.

Kelihatan di gambar adalah Sheikh Umar Baghrib (Jurucakap SMM, bekas aktivis Pro M di UM) menyertai perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Jika diluar, PAS ada BERSIH untuk mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya, di dalam kampus pula sudah ada BANTAH untuk kecam sistem e-undi. Apakah lepas ini akan ada perarakan besar-besaran kumpulan BANTAH ini ke Istana Negara? Sistem yang dituduh bobrok dan tidak telus inilah yang mengambil dan mengutip semula mahasiswa pembangkang untuk bekerja
(baca sini). Itupun mereka masih lagi tidak bersyukur lagi. Bantahlah lagi kalau mahu, esok lusa kerja dengan kerajaan yang dibantah itu juga. Tahniah kepada Aspirasi UUM, berkerjalah lebih kuat untuk kebajikan pelajar.