Hari ini tanggal 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun negara kita merdeka. Kemerdekaan ini masih lagi muda, masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus dihadapi. Mengekal dan mempertahankan kemerdekaan negara adalah lebih mencabar. Ianya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua lapisan rakyat tanpa mengira apa fahaman politik, kaum dan agama untuk mempertahankan negara ini. "Negaraku...tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup...bersatu dan maju...rahmat bahgia..Tuhan kurniakan..." lagu keramat ini dinyanyikan sejak 52 tahun dahulu. Sebagai warganegara Malaysia, hayatilah senikatanya dengan penuh penghayatan dan mendalam. Inilah tanah tumpah negara kita. Inilah Malaysia, ibu pertiwi kita. Jangan khianati negara ini, bersamalah kita pertahankannya.Monday, August 31, 2009
Salam Kemerdekaan
Hari ini tanggal 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun negara kita merdeka. Kemerdekaan ini masih lagi muda, masih banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus dihadapi. Mengekal dan mempertahankan kemerdekaan negara adalah lebih mencabar. Ianya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua lapisan rakyat tanpa mengira apa fahaman politik, kaum dan agama untuk mempertahankan negara ini. "Negaraku...tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup...bersatu dan maju...rahmat bahgia..Tuhan kurniakan..." lagu keramat ini dinyanyikan sejak 52 tahun dahulu. Sebagai warganegara Malaysia, hayatilah senikatanya dengan penuh penghayatan dan mendalam. Inilah tanah tumpah negara kita. Inilah Malaysia, ibu pertiwi kita. Jangan khianati negara ini, bersamalah kita pertahankannya.Saturday, August 22, 2009
Fadhilat Solat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati".
Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Campur Tangan Amnesty Dalam Undang-Undang Syariah
Thursday, August 20, 2009
Selangor Benarkan Kuil Di Seksyen 23
(Gambar: Surat permohonan untuk membina Bilik Gerakan dan Pusat Latihan Skuad Penyelamat Malaysia di Seksyen 23 telah ditolak dengan alasan tapak tersebut sudah pun diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk pembinaan kuil. Begitulah nasib yang diterima oleh umat Islam di Selangor).
Pada 8 Jun 2008, Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu menyatakan cadangan akan diusulkan untuk menghapuskan syarat had keluasan rumah ibadat bukan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang pihak berkuasa tempatan. Lama-kelamaan, bila Khalid memberi lesen untuk Xavier meluluskan rumah ibadat dan Ronnie Liu untuk menentukan bir bukanlah minuman keras maka ia mendatangkan kerugian yang besar terhadap umat Islam di Selangor. Khalid tunduk dengan desakan Xavier dan Ronnie. Padahnya yang besar bila sebahagian exco kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh DAP dan PKR yang bukan Islam. Khalid terkepung dan dipengaruhi oleh Elizabeth, Ronnie, Xavier dan Teresa Kok. Siapa yang lebih terbela di bawah pemeritahan Khalid Ibrahim? Tuntutan berlebihan minoriti diberikan prioriti. Sensitiviti majoriti tidak dipeduli. Semuanya dibuat kerana undi, persoalan agama ditolak ke tepi.
Wednesday, August 19, 2009
Syurga Atau Neraka: Ketentuan Allah SWT
Berikut adalah kenyataan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) pada 17 Ogos 2009 kepada pemberita selepas penamaan calon di Permatang Pasir. "Ada perbezaan antara Islam dibawa PAS berbanding Islam dibawa UMNO kerana Islam mereka (UMNO) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga" kata Nik Aziz.
Namun, ada juga orang PAS yang tidak bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz. Pada 18 Ogos 2009, Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS) menyatakan peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai. (baca sini). Majlis Fatwa sudah membuat keputusan tentang ketentuan untuk seseorang Islam masuk syurga atau neraka. Keputusan Majlis Fatwa harus dihormati dan jangan mudah terpedaya dengan kenyataan politik yang menjanjikan "syurga" dan "pahala" jika mengikut parti politik tertentu. UMNO, PAS dan PKR adalah parti, ianya bukanlah agama. Kalau hanya undi PAS sahaja yang masuk syurga, bagaimana nasib umat Islam di Palestin, Iran, Iraq, Indonesia, Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Islam lain. Di sana tiada parti PAS, apakah mereka semua ini tidak layak untuk syurga? Ternyata banyak kenyataan Nik Aziz telah mengelirukan umat Islam. Jangan terima bulat-bulat sesuatu kenyataan, berfikirlah dengan rasional.Tuesday, August 18, 2009
Gobala Ikut Ajaran PAS For All
Monday, August 17, 2009
Siapa Ajar Gobala Kurang Ajar?
Pada 17 Ogos 2009, ketika penamaan calon di Permatang Pasir, semua mata menyaksikan bagaimana kurang ajarnya Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai) menampar seorang polis dalam Buletin Utama TV3, jam 8.00 malam. Namun jika dilihat dalam video yang diambil oleh Malaysiakini ini, aksi Gobala menampar polis tidak diambil, malah perhatian jurugambar dihalakan kepada Nik Aziz yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Malah cerita baru ditambah kononnya Gobala patah tangan kerana dikasari polis. Inilah cara bagaimana Gobala memprovokasi. Siapa yang ajar Gobala kurang ajar sebegini?
Pada 14 Ogos 2009, Wong Chuan How (Pembantu Khas Ronnie Liu) didapati cuba melarikan diri ketika cuba disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lihatlah betapa hebatnya lakonan Wong Chuan How menyimen kakinya untuk menarik simpati daripada orang ramai? Kalau tidak salah, kenapa mahu lari dari siasatan? Berani kerana benar. Bila salah, mulalah buat sesuatu untuk divert isu yang sebenar. Taktiknya meraih simpati di depan kamera.
Ronnie Liu berada di sisi Wong Chuan How dan Gobalakrishnan. Seolah memberi sokongan moral kepada keduanya ke atas aksi yang telah mereka lakukan. Apakah kehadiran Ronnie ini secara kebetulan sahaja atau ianya telah dirancang untuk berbuat demikian? Apakah semua ini dibuat untuk menutup kes campurtangan Ronnie Liu dalam isu arak di Selangor? Apa pun, Ronnie, Wong dan Gobala memang pandai berlakon di depan kamera untuk menarik perhatian dan simpati. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan mereka. Motifnya untuk menutup isu dan menimbulkan isu yang baru. Inilah cara wakil rakyat pembangkang berkhidmat kepada rakyatnya. Beruntunglah mereka yang undi mereka, dibalasnya dengan cara sebegini bukan seperti mana yang termaktub dalam Harapan Baru mereka.Friday, August 14, 2009
PAS Sudah Maafkan DAP, Hina Pun Tidak Mengapa.
“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie. Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh pada 13 Ogos 2009. Nampaknya PAS sudah beri lesen untuk DAP "take beer". Nik Aziz pun sudah bersikap tidak mengapa kalau DAP menghina Islam atas rasional DAP itu bukan Islam. DAP dan PAS sudah bersalam baik, Anwar salahkan media.
Apakah kejadian ini penghinaan ke atas Islam dan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu ini satu rekaan media semata-mata? Mengapa Anwar dan Nik Aziz cukup takut pada DAP. Apa sahaja kesalahan yang DAP buat, Anwar dan Nik Aziz sudah maafkan. Kalau beginilah sikap mereka, lama-kelamaan Kit Siang lah yang sesuai menjadi Ketua Pembangkang di Malaysia. Tiada guna lagi Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang dan Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS. Berilah kepada DAP semua jawatan itu, kerana ternyata orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak langsung boleh menegur DAP.
Thursday, August 13, 2009
Nik Aziz Membela DAP
Monday, August 10, 2009
Anthony Loke Siew Fook Menghina Islam?

Saturday, August 8, 2009
Arak : Khalid Ikut Telunjuk DAP.
Lihatlah bagaimana berpakatnya mereka untuk mengkucar-kacirkan umat Islam di Selangor. Seorang berbogel tanpa sedar di atas sofa, seorang lagi panggang lima ekor "En B" meraikan kelulusan RM100 juta projek mega di Sepang, menyokong memorandum memperlahankan azan di Masjid Bandar Kinrara 5, Puchong, mahu menghapuskan tulisan jawi dan seorang lagi halang usaha membasmi maksiat dan arak. Beginilah nasib kalau berkawan dan berkerjasama dengan DAP. Tidak serik kah lagi PAS? Mahukah PAS berpakat dengan UMNO demi untuk alif, ba dan ta?Musyidul Am PAS tidak mahu masuk campur dalam isu arak. Dulu dalam isu babi di Kedah pun Nik Aziz berpendirian yang sama (baca sini). Tegurlah sikit Ronnie Liu dan Jeef Ooi. Rugi kah kalau menegur untuk kebaikan Islam?
Thursday, August 6, 2009
Jeef Ooi dan Ronnie Liu Ikut Cara Umar Abdul Aziz?
Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain.
Satu ketika Ronnie Liu dibawa dengan bangganya ke majlis-majlis PAS. Inilah akibatnya PAS berkawan dengan DAP. Lama-kelamaan DAP lupa kawan sendiri. Apakah PAS silap pilih kawan? Kalau bersatu dan kuat, DAP tidak akan berani buat tindakan kurang ajar sebegini.Di Selangor, pada 30 Julai 2009, Ronnie Liu (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbanika di Jalan Liku, Seksyen 8. Ronnie Liu juga turut campur tangan dalam operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis Bandar Sunway selepas itu. Ronnie menyatakan bahawa bir bukanlah minuman keras. Namun Khalid Ibrahim tetap membela Ronnie Liu (baca sini).
Inilah akibat bila berkawan dengan DAP. Di Pulau Pinang, DAP telah menyelar syariah Islam sebagai ektremis. Di Selangor, DAP sudah halang operasi membasmi arak dan maksiat oleh pihak berkuasa tempatan. Biar pun didesak untuk letak jawatan, tetapi dua orang DAP ini tetap dibela. Dulu kata hendak amal ma'aruf, nahi mungkar, sekarang ini wakil rakyat berbogel dan bersekedudukan dibela, bir dikatakan bukan minuman keras dan syariah Islam dicaci sebagai pelampau. Padahnya mengundi DAP. Jangan menyesal kalau DAP buat perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Buat orang-orang PAS, berkawanlah lagi dengan DAP, banyak untungnya bukan?.
Tuesday, August 4, 2009
Unit Amal PAS Terima Upah?
Benarkah mereka yang berbaju merah ini "beramal" dengan sukarela di jalan raya? Ada dakwaan anak seorang pemandu lori berusia 15 tahun diperalatkan oleh Unit Amal (baca sini). Benarkah begitu? Semuanya pakai baju yang sama dengan warna yang sama. Mungkinkah ini disengajakan atau dirancang dengan teliti? Lihatlah betapa bersugguhnya mereka membuat benteng.
Pada 2 Ogos 2009, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei secara rasmi mengesahkan pemilihan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden untuk penggal kedua selama empat tahun. Konflik berlaku di Iran bila ada kumpulan berbaju hijau yang tidak puas hati terhadap Ahmadinejad. Apakah mereka memakai baju hijau dan turun "beramal" secara sukarela di atas jalanraya untuk menjatuhkan Ahmadinejad? Adakah ianya dirancang? Siapa yang beri duit dan menjadi dalangnya? Pada Februari 2006, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak AS$75 juta, dengan AS$10 juta akan diperuntukkan untuk “merangsang kempen propaganda menentang Tehran.” (baca sini).
Di Thailand, ada dua jenis baju. Satu berwarna merah dan satu berwarna kuning. Apakah kumpulan-kumpulan yang merah dan kuning ini "beramal" secara sukarela di atas jalanraya untuk memprotes kerajaan di Thailand? Di Thailand, National Endowment for Democracy melalui National Democratic Institute for International Affairs (NDI) telah membelanjakan sejumlah USD$566,821. Ke mana duit tersebut telah disalurkan? (baca sini).
Dulu pakai baju warna kuning berarak ke Istana Negara untuk minta 5 tuntutan terhadap SPR. 1 Ogos 2009, berarak ke Istana Negara juga minta ISA dimansuhkan. Lepas ini, kalau Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana kes liwat, apa warna baju yang mereka ini hendak pakai untuk berdemonstrasi? Apakah mereka yang berbaju merah, hijau dan kuning ini berdemonstrasi secara sukarela? Ada yang sanggup menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sendiri. Siapa penaja demokrasi ini? Mungkinkah ini sebahagian daripada projek demokrasi jangka panjang yang diidam-idamkan oleh barat? (baca sini). Jangan terperangkap dengan master plan pihak neo konservatif. Berhati hatilah kita.
Sunday, August 2, 2009
Himpunan ISA : Ganggu Ketenteraman Awam
Lihat baik-baik pada pemidang yang dibawa oleh Unit Amal PAS ini. Apakah perhimpunan ini untuk mansuhkan ISA atau untuk menuduh dan menyemarakkan perasaan tentang isu Teoh Beng Hock? 1 Ogos 2009, semua yang mahu masuk ke Kuala Lumpur terpaksa melupakan niat tersebut kerana jalan dipenuhi dengan sekumpulan manusia yang berpakaian merah dan hitam. Buat apa mereka berada di jalan itu? Sebabnya mereka mahu serah memorandum mansuhkan ISA kepada Agong. Mengapa perlu mengganggu ketenteraman awam hanya semata-mata untuk serah memorandum?Saturday, August 1, 2009
Lilin : Antara Pandangan Mufti & Ulama Politik.
Gambar siapa di atas itu? Bukankah itu gambar Nizar? Anehnya, Nizar menafikan menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah (baca sini). ''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah" kata Nizar. Gambar sudah ada, fitnah apa lagi.

Nik Aziz merestui kesalahan Nizar. Dulu Nik Aziz kata jangan pilih mereka yang amalkan politik suku, agama suku. Kini bila Nizar lakukan perkara yang jelas bertentangan dengan agama, kenapa mengatakan ianya adalah perkara politik?
Nik Aziz dalam satu kenyataan pada 15 April 1995 dalam Utusan Malaysia, berkata bahawa ustaz-ustaz UMNO sama dengan ahli ahlul kitab Yahudi dan Nasrani yang menentang Nabi Muhammad S.A.W. Seterusnya Nik Aziz mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO dalam pilihanraya umum 1995. Apabila diminta mengulas mengenainya, Nik Aziz berkata bahawa perang Badar adalah perang yang memberi kemenangan hebat kepada Islam ke atas tokoh-tokoh kafir Quraisy dari Mekah. Apakah boleh dipakai kenyataan Nik Aziz ini? Berapa ramai ahli PAS yang sudah taksub dengan kenyataan Nik Aziz ini? Beristigfarlah kita. Antara ulama politik dan mufti, ianya perlu dibezakan. Kenyataan bersifat politik dengan kenyatan agama, ianya perkara yang berbeza. Jangan mengambil pegangan yang salah.

