Apa salahnya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, ketepikan sementara perbezaan pendapat dan berunding dengan baik untuk kemashalatan umat? Bila berdebat, tiada banyak benda yang dapat dirungkaikan, ianya lebih menjurus untuk mencari populariti cepat dan menonjolkan retorik percakapan pendebat sahaja. Masalah tidak berganjak tetapi pendebat mungkin puas kerana dapat mengenakan lawannya dengan hujahnya yang tersendiri. UMNO menghulur keikhlasan untuk bermuzakarah tetapi kerana hasutan dari Erdogan, Nik Aziz mengecam UMNO dengan perkataan sesat, komunis dan Ayah Pin. Inikah akhlak seorang yang dianggap sebagai Tok Guru? Apakah orang-orang PAS tidak sedar lagi?
Tuesday, June 30, 2009
Pemuda PAS Tidak Sehaluan Dengan Nik Aziz
Apa salahnya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, ketepikan sementara perbezaan pendapat dan berunding dengan baik untuk kemashalatan umat? Bila berdebat, tiada banyak benda yang dapat dirungkaikan, ianya lebih menjurus untuk mencari populariti cepat dan menonjolkan retorik percakapan pendebat sahaja. Masalah tidak berganjak tetapi pendebat mungkin puas kerana dapat mengenakan lawannya dengan hujahnya yang tersendiri. UMNO menghulur keikhlasan untuk bermuzakarah tetapi kerana hasutan dari Erdogan, Nik Aziz mengecam UMNO dengan perkataan sesat, komunis dan Ayah Pin. Inikah akhlak seorang yang dianggap sebagai Tok Guru? Apakah orang-orang PAS tidak sedar lagi?
Monday, June 29, 2009
PAS For All: Bukan Islam Jadi Ahli Penuh PAS
Ahli PAS bukan Islam yang sebelum ini bertaraf Kelab Penyokong akan diterima sebagai ahli penuh dalam parti tersebut. (baca sini). Lihat gambar di atas, sekumpulan ahli Kelab Penyokong Cina PAS telah menggunakan bendera ulama di baju mereka. Apakah PAS layak lagi menggunakan nama Islam pada partinya selepas ini? Apakah jawatan Presiden PAS boleh ditandingi oleh ahli yang bukan Islam? Mungkinkah ini strategi Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS dalam diam dan terancang. Perlembagaan PAS sengaja dipinda agar kumpulan ulama dapat dihapuskan secara kemasukan beramai ramai ahli PAS bukan Islam untuk memenangkan kumpulan Erdogan dalam PAS. Nescaya Husam Musa akan mendapat undi yang banyak selepas ini kalau bertanding jawatan Presiden PAS.Saturday, June 27, 2009
Nik Aziz Tuduh UMNO Punca Kucar Kacir Melayu
Dengan Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura), Nik Aziz boleh menunjukkan isyarat bagus. Namun dengan UMNO yang sesama Islam dan sebangsa dengannya, Nik Aziz terus menerus mahu menuduh yang bukan-bukan. Tidak cukup dengan tuduhan sesat, komunis dan Ayah Pin, semalam ketika mengumumkan calon PAS di Manek Urai, pada 26 Jun 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir),'' (baca sini). Kenyataan siapa yang sering menyebabkan orang Islam kucar kacir di Malaysia ini?Pada 25 Jun 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,". Nik Aziz menganggap kenyataan seperti itu hanya kiasan semata-mata. Padanya, kalau dia berkata kesat dan mencarut sekalipun segala-galanya adalah tidak berdosa baginya. Sikap Nik Aziz ini mengeruhkan lagi keadaan. serta mengundang perpecahan umat Tidak pernah pun Nik Aziz meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan-kenyataannya. Sebagai umat Islam, kita harus taat pada Allah SWT dan Rasullullah SAW, bukan taat dan terlalu taksub pada pemimpin politik seperti Nik Aziz.
Fauzi Ikan: Serlahkan Keretakan Dalaman PAS
Pada 26 Jun 2009, Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) telah mengumumkan calon PAS untuk DUN Manek Urai adalah Fauzi Abdullah atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Fauzi Ikan". Pengumuman nama Fauzi Ikan telah mengenepikan sama sekali hasrat Mohd Zamzuri Mat Lazim (Setiausaha PAS Kuala Krai) untuk menjadi calon di Manek Urai. Fauzi Ikan pernah disenarai pendek untuk menjadi calon dalam PRU12 yang lepas, namun atas tiket PKR. Fauzi sebenarnya adalah berasal dari Salor bukannya daripada Kuala Krai. Pengumuman Fauzi menyerlahkan keretakan yang sedang berlaku dalam PAS. Fauzi adalah daripada kumpulan pro Erdogan bukannya daripada kumpulan ulama.
Apakah Zamzuri (gambar) akan berpaling tadah dan mensabotaj kumpulan Erdogan di Manek Urai? Mesyuarat PAS Kuala Krai pada 22 Jun 2009, telah memilih Fauzi Ikan sebagai calon , namun ada di kalangan AJK PAS Kuala Krai yang kurang bersetuju dengan Fauzi Ikan. Mereka ini lebih selesa dengan Zamzuri. (baca sini). Zamzuri dan orang-orangnya tahu bahawa Fauzi Ikan bukannya pejuang PAS sebenar di Kuala Krai. Bertanding atas tiket PAS tetapi sebenarnya Fauzi adalah orang PKR. Jentera PAS hanya digunakan untuk memenangkan calon yang berjiwa Erdogan dan PKR.Perkara ini telah pun berlaku di Machang, Saifuddin Nasuiton yang bertanding atas tiket PAS sebenarnya adalah orang PKR. Apakah orang-orang Zamzuri akan membiarkan sahaja Erdogan mempermainkan mereka di Manek Urai? Balak seluas 40km persegi telah habis digondol oleh Erdogan di Lojing atas nama Ladang Rakyat. Penduduk hanya diberikan sejumlah RM200 ringgit sebulan, taukeh balak dari seberang yang berkerjasama dengan Erdogan yang untung. Namun bila Erdogan pergi berceramah ke Manek Urai, mereka meminta lagi duit derma dari rakyat? Siapa yang aniaya dan tipu rakyat sebenarnya?
Thursday, June 25, 2009
Nik Aziz Kata Komunis dan Nasionalis Adik Beradik
Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.
Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu?
Tuesday, June 23, 2009
Tersenyum Puaslah DAP, Bila Melayu Tidak Jadi Bersatu
Malah Haji Hadi menyifatkan idea kerajaan perpaduan sebagai satu fitnah dan tindakan jahat UMNO. "Satu cara yang sangat jahat, satu fitnah untuk melaga-lagakan bukan untuk perpaduan." kata Haji Hadi. Keikhlasan telah disambut dengan kata nista dan putar belit. Inilah yang berlaku bila ada orang Melayu sendiri yang sanggup termakan hasutan DAP agar Melayu terus berpecah belah. "Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah," kata Haji Hadi ketika mengulung perbahasan Muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam pada 7 Jun 2009. Diharap Haji Hadi sedar apa yang diucapkannya semasa muktamar lepas. Rundingan yang baik untuk perpaduan orang Islam tidak wajar ditolak.
Racun DAP telah "patuk" Haji Hadi Awang hinggakan tidak dapat bezakan siapa musuh dan siapa lawan sebenar. Haji Hadi sedang dipengaruhi DAP, harapnya Nasharuddin Mat Isa mampu teruskan rundingan untuk kepentingan bersama orang Islam di Malaysia.
"Kita minta ahli kita supaya dapat membezakan musuh sebenar dan musuh rekaan."Tetapi jangan leka dengan musuh rekaan sehingga lupa musuh sebenar," kata Haji Hadi lagi ketika Muktamar PAS. (baca sini). Siapa musuh sebenar dan musuh rekaan yang dimaksudkan Haji Hadi? Erdogan adalah musuh rekaan? DAP dianggap sebagai apa? Musuh sebenar atau musuh rekaan? Mengapa Haji Hadi sanggup menarik balik usulnya untuk berunding dalam muktamar lepas? Apakah ini sebahagian daripada drama politik Pakatan Pembangkang?
Thursday, June 18, 2009
Kelakuan Nizar Dalam Parlimen Dirancang
Berikut adalah kata Nizar ketika bersumpah sebagai ahli parlimen pada 16 Jun "Bismillahi rahmanirahim, Dengan menyebut nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Amat Kasihan Belas, saya Mohamad Nizar bin Jamaluddin, setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian. Dengan segala daya upaya saya. Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya" (lihat video ini). Nampaknya Nizar tidak jujur dan menghayati sumpahnya sebagai Ahli Dewan Rakyat. Kelakuan Nizar menjerit dan memakai pakaian yang menyalahi peraturan dewan. Nizar jelas mengingkari sumpah yang dilafazkannya sendiri untuk memelihara dan melindungi perlembagaan.
Kalau tidak dirancang untuk dipakai, dan ianya berlaku secara spontan. Maka, bagaimana boleh M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP) turut memakai sama lilitan tersebut. Malah ada ahli parlimen DAP yang tersenyum puas bila Nizar berkelakuan sebegitu dalam parlimen. Dalam Dewan Undangan Negeri Perak, DAP telah melakukan huru-hara. DAP mahu perkara yang sama berlaku juga berlaku dalam Dewan Rakyat.
Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping) turut berdiri dengan memakai lilitan hitam yang sama dipakai oleh Nizar. Dengan angkuhnya, Nga dan Ngeh berdiri untuk menyokong tindakan Nizar. Apakah Nizar berpakat terlebih dahulu dengan Nga dan Ngeh sebelum berbuat demikian dalam parlimen tempoh hari? Bertepuk tangan dan tersenyum puaslah DAP, bila Nizar mendengar cakap mereka.
Berdasarkan gambar di atas, Nasharudin jelas malu dan terkejut dengan tindakan Nizar. Jika Nizar tidak berbincang dengan PAS Pusat, apakah Nizar hanya berbincang dengan Nga dan Ngeh dari DAP sahaja untuk melakukan sesuatu atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen PAS? Oleh itu, Nasharudin tidak perlu lagi berbincang dengan PKR dan DAP untuk meneruskan hajat bagi menyegerakan kerajaan perpaduan. Bila orang Melayu mahu bersatu, Erdogan dalam PAS, PKR dan DAP tidak akan suka ianya berlaku. Demi alif, ba dan ta, orang Melayu perlu bersatu.
Wednesday, June 17, 2009
Nik Aziz Minta Nasharuddin Masuk UMNO
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," kata Nik Aziz selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada 17 Jun 2009. (baca sini). Apakah idea penyatuan orang Melayu boleh dianggap oleh seorang yang dipanggil Tok Guru sebagai "sampah"? Marah seekor nyamuk, satu kelambu mahu dibakar. Marah benar Nik Aziz bila Hussam Musa kalah sebagai Timbalan Presiden PAS.
Monday, June 15, 2009
Nizar Tidak Hargai Mandat Rakyat

Nizar tidak hargai mandat rakyat di Bukit Gantang yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen. Pada 15 Jun 2009, selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar terus berkelakuan pelik dengan menjerit ke arah mikrofon "hidup rakyat, bubar DUN". Disebabkan jeritan tersebut, Nizar dikenakan tindakan tatatertib oleh Speaker Dewan.
Apakah rakyat Bukit Gantang memilih Nizar hanya untuk berlagak sebagai Menteri Besar dan menjerit dalam Parlimen? Nizar bukan memperjuangkan isu rakyat. Nizar hanya memperjuangkan perjuangan peribadinya. Tidak pernah puas dengan jawatan ADUN dan Ahli Parlimen, Nizar terus menuntut jawatan Menteri Besar untuk kepuasan peribadinya. Harapnya perwakilan PAS daripada team ulama yang mengundi Nizar sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang tertinggi, dapat menasihati Nizar agar dapat menerima qada' dan qadar yang telah ditentukan.
Saturday, June 13, 2009
Anwar Mahu Benarkan Chin Peng Pulang
Apakah ingin membela Anwar menghadapi kes liwat pada 22 Jun nanti? Atau Chin Peng akan masuk PKR seperti Zaid Ibrahim dan berceramah atas pentas PKR atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara? Anwar sudah pasti ada muslihat tersendiri kenapa mahukan Chin Peng. Orang Melayu dalam PKR terutama yang keluarganya tersiksa kerana keganasan komunis perlu melihat kenyataan ini atas dasar kemanusiaan kepada keluarga mereka. Hanya orang yang tidak ada perasaan kemanusiaan sahaja mahukan Chin Peng di Malaysia.
Wednesday, June 10, 2009
Iktibar Dari Tragedi Di Narathiwat
Sehari sebelum itu, pada 7 Jun 2009, Abhisit Vejjajiva (Perdana Menteri Thailand) telah bertemu dengan Dato' Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) di Putrajaya. Malaysia telah komited membantu Thailand menyelesaikan pergolakan di wilayah selatan negara itu termasuk menyediakan lebih banyak program pembangunan untuk golongan muda termasuklah penambahbaikan kurikulum untuk sekolah agama di Selatan Thailand. Mungkinkah ada pihak tertentu tidak mahu perdamaian, pembangunan dan penyelesain berlaku di Selatan Thailand?Narathiwat adalah antara 4 wilayah Selatan Thailand yang majoriti penduduknya adalah Islam. Penduduk Narathiwat, 82% adalah Islam dan mereka bercakap dalam bahasa Melayu Pattani. Pada 26 Oktober 2004, berlaku satu tragedi juga dalam wilayah Narathiwat iaitu di Tak Bai. Tragedi demi tragedi berlaku di wilayah Islam di Selatan Thailand. Tiada guna menuduh secara emosional. Ianya bukan jalan penyelesaian terbaik. Kalau menuduh, orang Islam akan masuk dalam perangkap yang sedang dipasang oleh pihak yang mencetuskan tragedi. Perancangan untuk pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan di wilayah Thailand perlu diteruskan. Tragedi yang sengaja dicetuskan di Masjid Furqan bukan penghalang kepada kedamaian. Umat Islam di Malaysia perlu mengambil iktibar dari tragedi yang berlaku. Bersyukurlah kita atas nikmat Allah SWT di Malaysia ini. Alfatihah untuk mangsa yang terkorban.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Tuesday, June 9, 2009
Bila Orang Melayu Mahu Bersatu, Ada Orang Yang Tidak Suka.
Mengapa Kit Siang takut kalau orang Melayu bersatu? Sudah tentu takut, ini kerana, DAP menang banyak kerusi dalam PRU12 pun akibat perpecahan orang Melayu. PAS sering dikudakan oleh DAP untuk demonstrasi melawan raja, membuat kecoh dalam Dewan Undangan Negeri dan mendapat banyak tanah di Perak. Jika PAS sudah bersama dengan UMNO, tinggallah DAP bersama dengan PKR sahaja. Hilanglah kuda DAP. Susah untuk DAP mengkudakan orang Melayu dalam PKR. Mereka lebih demand berbanding orang PAS. Inilah masalah DAP.
Pakatan Pembangkang hanya berpakat secara olok-olok sahaja. Seumpama memegang durian, lama-lama kalau dipegang juga akan sakitlah tangan. Itulah cara mereka berpakat dalam Pakatan Pembangkang. Husam Musa sendiri sudah mengadakan pertemuan sulit di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur sejurus selepas kalah sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menyusun strategi menjatuhkan Haron Din, Harun Taib dan Musthapa Ali. Husam merancang untuk mempengaruhi Nik Aziz bagi menghalang usaha kerajaan perpaduan yang sedang diusahakan oleh Haji Hadi Awang. Waktu orang Melayu mahu bersama dan menjadi lebih kuat, ada orang Melayu sendiri cuba mengagalkan usaha tersebut. Malah siapa yang menentang mereka akan cuba dijatuhkan. Hakikatnya, mereka itu sendiri sudah tewas secara demokrasinya dalam gelanggang. Sanggup cantas demi dendam kesumat dan cita-cita peribadi.Jika orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi berbelah bahagi untuk bersatu, maka DAP akan terus-terusan mengaut keuntungan daripada perpecahan orang Melayu. Harus diingat, orang Melayu hanya 55% di Malaysia. Kalau Melayu berpecah kepada empat? PKR, UMNO, PAS dan golongan mereka yang tidak ambil peduli, siapakah yang sedang membuat untung daripada perpecahan tersebut? Melayu harus kuat dan bersatu di Malaysia barulah DAP tidak naik tocang sangat di negara ini. Mahukah PAS bersatu kembali dengan UMNO demi perpaduan?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Monday, June 8, 2009
Husam Adalah Musuh Dalam Selimut PAS?
Mengapa terasa? Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Setelah kalah sebagai Timbalan Presiden PAS, Husam mengeluarkan kenyataan berikut pada 7 Jun 2009, dalam muktamar PAS "saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu (musuh dalam selimut) dalam kertas kerja tersebut,". (baca sini). Kenapa Husam meminta Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) menjelaskan mengenai istilah "musuh dalam selimut"?Pada 23 Mei 2009, Haron Din menyampaikan ucapan tersebut ketika Seminar Sehari Kepimpinan Ulama PAS yang ke-25 di Markas Tarbiyyah PAS, Gombak. (baca sini). Namun Haron Din ketika memberikan respon kepada kenyataan Husam menyatakan "saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut. Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah,". Kalau Haron Din tidak sebut, mengapa Husam yang terasa pedasnya? Sepatutnya, Husam menyalahkan laporan media bukan Haron Din.
Syed Azman Syed Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS) yang juga merupakan team Erdogan turut berganding bahu bersama Husam mengkritik Haron Din dalam kenyataannya di Harakahdaily pada 28 Mei 2009 (baca sini). Nampaknya Erdogan sudah mulai panas dan berdendam kepada team ulama bila Husam kalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Husam menjadikan ucapan Haron Din yang menyatakan ada "musuh dalam selimut" menjadi punca kekalahannya. Husam terasa dirinya musuh dalam selimut?
Menurut beberapa orang perwakilan PAS Perak, team ulama sudah sedar bahawa Nik Aziz mesti diselamatkan daripada dipengaruhi oleh Erdogan. Jika Nik Aziz masih lagi mengikuti Erdogan, maka Nik Aziz perlu dijatuhkan secara halus oleh ulama. Bukan dijatuhkan sebagai Mursyidul Am PAS tetapi sebagai Menteri Besar Kelantan. Inilah masanya untuk ulama mempupuskan terus spesis Erdogan dalam PAS. Apakah dalam ulama juga tidak ada "musuh dalam selimut"? Ramai yang keliru status Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), apakah dia Ulama atau Erdogan?, kerana hubungan kekeluargaannya dengan Nik Aziz.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Saturday, June 6, 2009
Husam Kempunan, Nasharuddin Kekal.
Keputusan Muktamar PAS yang ke-55 menyaksikan Nasharuddin Mat Isa berjaya menewaskan Husam Musa dan Mohd Sabu untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam mendapat 281 dan Mohd Sabu mendapat 261 undi. Ini bermakna kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS kekal kepada team ulama. Erdogan kempunan. PAS terus kekal dipimpin oleh kumpulan ulama yang bersetuju dengan muqabalah. Namun Erdogan menang banyak kerusi di peringkat Jawatankuasa PAS. Kamaruddin Jaafar, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad dan Syed Azman Syed Nawawi menang di kerusi Jawatankuasa PAS.Husam tiada sebarang jawatan dalam PAS sekarang. "Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," kata Husam mengulas tentang kekalahannya. Rasanya, bukan kerana faktor janggut, perwakilan PAS nampak sahaja muka Husam, mereka terbayang muka Anwar Ibrahim. Ke mana halatuju Husam? Kamaruddin Jaafar yang sebelum ini menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS menang kerusi Jawatankuasa PAS. Apakah Husam bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru? Atau Husam mahu melompat masuk PKR untuk mempercepatkan niatnya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
