Thursday, May 28, 2009
Rakaman Suara: Aminah Ditawar Duit & Jawatan.
Wednesday, May 27, 2009
Hentikan Ilustrasi Nabi Muhammad SAW Di Wikipedia
Tuesday, May 26, 2009
Malaysia Bukan Tempat Untuk Komunis dan LTTE
Apa yang LTTE telah buat di Sri Lanka? Ditubuhkan pada 5 Mei 1976 oleh Prabhakaran. Pada Julai 1975, Alfred Duraiappah (Ahli Parlimen Jaffna, Sri Lanka) telah dibunuh oleh LTTE. Pada 23 Julai tahun yang sama, LTTE telah melakukan serang besar-besaran terhadap tentera Sri Lanka dan mengorbankan 13 askar Sri Lanka. LTTE turut bertanggugjawab membunuh Rajiv Gandhi (Perdana Menteri India yang ke-9) pada 21 Mei 1991. LTTE telah disenaraikan sebagai organisasi pengganas di 32 negara di dunia.
(Gambar: Batu peringatan memperingati tempat dimana Rajiv Gandhi dibunuh oleh LTTE di Sriperumbundur, India. Dhanu (seorang wanita) yang menjadi pengebom berani mati meletupkan bahan letupan seberat 700 gram di badannya untuk membunuh Rajiv ketika tunduk memberi penghormatan kepada Rajiv. LTTE dikatakan bertanggungjawab merancang pembunuhan Rajiv).Berikut adalah laporan intelligent dari London pada 16 Oktober 2006 berkaitan LTTE, "This organisation (LTTE) also regularly transmits funds to the Bumiputra Commerce Bank in Kuala Lumpur which is the bank account of the World Tamil Relief Fund for procurement of military hardware for the LTTE." Dakwaan yang terkandung dalam laporan ini tidak boleh diambil mudah.
LTTE mampu membuat kapal selamnya yang tersendiri. Kapal selam ini ditemui pada 29 Januari 2009 oleh tentera Sri Lanka. "Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam," menurut kenyatan pihak askar Sri Lanka. Daripada mana LTTE mampu memiliki teknologi dan dana untuk membuat kapal selam sendiri?Jika benar dakwaan intelligent report dari London tersebut, LTTE menggunakan Malaysia sebagai transit untuk pemindahan wang. Ianya bakal memberikan tanggapan buruk kepada Malaysia. Imej Malaysia boleh tercalar dengan kegiatan beberapa NGO underground dan gerakan bersifat subversif yang pro pada LTTE. Malaysia adalah negara yang aman damai sesudah 446 kemerdekaan dinikmati daripada penjajah. Sesudah 12 tahun berada di bawah darurat kerana ancaman komunis. Internal Security Act (ISA) perlu digunakan untuk membendung fahaman komunis dan LTTE. Membendung dan mencegah adalah lebih baik sebelum ianya menjadi parah dan susah diubati. Keamanan tidak boleh digadaikan dan ditentukan oleh mereka yang tidak menghormati undang-undang. Kebahagiaan Malaysia perlu dijagai dan diutamakan. Di Malaysia, tiada tempat untuk komunis ataupun LTTE.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Monday, May 25, 2009
Komunis : Tiada Maaf Bagimu
Jadual di atas menunjukkan kemusnahan harta benda awam yang telah dilakukan oleh komunis menurut Buku Darurat 1948-1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, mukasurat 224, tulisan Ho Hui Ling. Namun ada juga orang yang mahu menyokong komunis. "Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007. Nama parti pun sudah parti komunis, bukan kerajaan yang melabelnya. Kekejaman komunis tidak boleh ditukar kepada pejuang kemerdekaan.
Kesimpulannya, kekejaman komunis tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Beribu nyawa yang terkorban angkara komunis. Rayuan Chin Peng untuk pulang menimbulkan seribu satu tanda tanya. Mengapa Chin Peng dan kumpulan komunis beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia? Mereka juga sudah berkempen dalam blog dan facebook untuk menambat hati rakyat dan cuba memadam sejarah kekejaman mereka. Rakyat Malaysia harus sedar dan sentiasa sedar, kekejaman komunis adalah luka yang masih berdarah. Komunis, tiada maaf bagimu.
AZRINIZAM IBRAHM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Friday, May 22, 2009
Kebenaran Telah Tiba - Zambry MB Yang Sah
Zambry atau Nizar? Persoalan itu telah terjawab pada jam 3.30 petang, 22 Mei 2009 di Mahkamah Rayuan, bila tiga orang hakim sebulat suara menerima rayuan Zambry untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu.Peguam, Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan ketika rayuan, dan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu. "Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," kata Cecil. Ini antara hujah yang membolehkan Zambry menang, selain pembuktian bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya cara untuk menunjukkan Nizar hilang kepercayaan.
"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam juga," kata Dr Zambry Kadir ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan, 3-0 mengumumkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Apa pula reaksi Nizar? "Saya akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan bagaimanapun saya akan mengambil tindakan susulan untuk mendapatkan pembelaan," kata Nizar (baca sini). Baguslah kalau Nizar akur, harapnya Nizar boleh menerima kenyataan.
Keputusan 3-0 di Mahkamah Rayuan memberikan satu harapan kepada pembaharuan suasana politik baru di Perak. Jika Nizar mahu akur dengan keputusan mahkamah, maka Nizar perlu menumpukan kerjanya sebagai wakiil rakyat DUN dan ahli parlimen. Tidak perlu lagi mengakui diri sebagai Menteri Besar. Rakyat yang mengundi tidak mahu lagi melihat lakonan "nakal" Nizar, Ngeh dan Nga dalam sidang DUN. (Sila lihat video ini). Mandat rakyat ialah satu amanah yang besar. Jangan sia-siakan undi rakyat untuk berkelakukan seperti "budak-budak nakal" dalam sidang DUN. Kerja untuk rakyat perlu didahulukan.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Tuesday, May 19, 2009
Siapa Hindraf Untuk Ugut Perang?
Uthayakumar telah dibebaskan pada 9 Mei 2009 dari tahanan ISA. Namun selepas dibebaskan, Uthayakumar dan Waythamoorthy masih lagi mahu berperang dan berdemonstrasi di atas jalan raya. Mengapa mereka ini begitu fanatik dan berterusan mahu mencetuskan konflik kepada masyarakat? Pada 25 November 2007, Anwar Ibrahim hadir memberikan sokongan kepada HINDRAF di Klang bersama-sama dengan Xavier Jayakumar (Exco Kerajaan Negeri Selangor) dan S Manikavasagam (Ahli Majlis Tertinggi PKR). Bila ada pemimpin Melayu sendiri yang sanggup bersekongkol dengan HINDRAF, maka tidak hairanlah mengapa HINDRAF menjadi begitu kurang ajar dan biadab.
Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim di Mumbai yang menyokong HINDRAF secara terbuka dalam NDTV pada 4 Disember 2007. Bukan sekadar sanggup bersekongkol dengan HINDRAF, malah Anwar sendiri telah bersetuju agar kerajaan luar campur tangan dalam urusan di negara kita. Kini HINDRAF secara terbuka telah mengisytiharkan "perang" terhadap kerajaan. Kenyataan yang agak sensitif dan seolah-olah sengaja dibuat untuk memprovokasi pihak berkuasa menangkap Uthayakumar semula. Bila ditangkap mereka akan salahkan ISA, namun mereka tidak pernah berasa bersalah untuk berlaku biadap di negara ini. Lihatlah apa yang telah lakukan pada 25 November 2007, seorang pengusaha kedai Melayu telah kerugian RM1,500 akibat demonstrasi HINDRAF. Beginikah yang kita mahu kalau HINDRAF lebih berkuasa daripada undang-undang yang sedia ada? Siapa HINDRAF untuk ugut mengugut? Mereka hanya bersuara dari London. Orang sebegini tidak layak lagi dilayan sebagai warganegara Malaysia. Mintalah bantuan dari London dan Mumbai, Malaysia bukan tempat untuk orang yang suka membuat kacau.AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Saturday, May 16, 2009
Sunday, May 10, 2009
Salam Hari Ibu
Friday, May 8, 2009
Sivakumar Yang Tidak Faham Bahasa
Oleh itu, pada 16 April 2009, Mahkamah Persekutuan melalui lima panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Aluddin Sheriff telah memutuskan bahawa tindakan Sivakumar untuk menggantung Dr Zambry dan enam orang Exco adalah tidak sah. Namun semalam, segala keputusan mahkamah tidak dipedulikan. V Sivakumar pada 8 Mei 2009, pada jam 9.55 pagi telah mengarahkan Datuk Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan enam exconya yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan pada 18 Februari supaya keluar dari dewan. Kemudian, ianya disambut dengan pekikan keluar oleh ADUN Pakatan Pembangkang. Bermulalah siri kekecohan. Lebih kecoh bila Sivakumar enggan berundur dari kerusi Speaker.Kenapa duduk? Janice Lee (ADUN Teratai Selangor) duduk di atas jalan bila cuba ditangkap oleh pihak polis. Janice kelihatan sengaja berbuat begitu, agar polis sukar hendak mengangkapnya. Hebat lakonan wakil rakyat pembangkang ini. Boleh tersenyum bila berhadapan dengan lensa kamera dan pandai beraksi bila hendak ditangkap. Nasib baik tidak tidur atas jalan.
Janice Lee adalah salah seorang daripada 69 orang yang ditahan polis atas perintah mahkamah yang tidak membenarkan mereka berkumpul dalam radius 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri. Antara pemimpin pakatan pembangkang yang ditahan ialah Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Dr. S. Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Khoo Poay Tiong (ADUN Ayer Keroh), Tey Kok Seong (ADUN Bahau), Ng Chin Tsai (ADUN Temiang), Koid Teng Guan (ADUN Sungai Pinang). Jika dikira ada sejumlah 5 orang ahli parlimen dan 5 orang ahli dewan undangan negeri yang ditahan semalam.
Kebanyakan mereka adalah ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi mereka nampaknya lebih seronok berdemonstrasi dan memprovokasi pihak polis untuk menangkap mereka bagi membuktikan mereka buat kerja. Alangkah baik jika buat kerja di kawasan sendiri kepada rakyat. Alangkah baik juga jika Nizar, Ngeh dan Sivakumar menenangkan ahli-ahli DUN pembangkang agar jangan membuat kecoh dan menggesa Sivakumar beredar dari kerusi Speaker Dewan. Pakatan Pembangkang lebih rela membiarkan Raja Nazrin menunggu selama lima jam hanya kerana gelagat kecoh mereka. Mereka lebih seronok berlakon tanpa mempedulikan Raja Nazrin.
Dalam satu sidang media pada 8 Mei 2009, Sivakumar dan beberapa orang pemimpin DAP telah mengangkat perkataan "Malu" kepada media. Dulu mereka angkat "the world is watching" ketika bersidang bawah pokok, semalam mereka buat perangai lagi yang memalukan rakyat. Malu? Siapa yang tidak tahu malu sebenarnya bila tidak mahu menerima keputusan mahkamah? Sivakumar dan 69 orang yang ditahan enggan mematahui keputusan mahkamah. Ketika asyik berlakon sebagai speaker, mana ada rasa malu sebab kamera penuh di depan mata. Perangai tidak faham bahasa Sivakumar ini tidak perlu dicontohi di Dewan Undangan Negeri yang lain dan janganlah pula melarat sampai ke Dewan Rakyat. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu dibahaskan di dewan. Kasihanilah rakyat dan jangan membuat sikap biadap dan memualkan.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.
Wednesday, May 6, 2009
Komunis Pernah Guna Ayat Al-Quran
Nampaknya, ayat-ayat suci Al-Quran pernah digunakan untuk tujuan psywar oleh komunis dalam kempen dan risalah mereka untuk mempengaruhi orang Melayu di kampung. Apa yang diperingatkan oleh En Kassim Ahmad (bekas Ahli Parlimen Machang) tersebut adalah satu amaran kepada orang Melayu agar menjaga prinsip perpaduan dengan sepenuhnya supaya tidak terjebak dengan perangkap komunis. Sebagai umat Islam kita harus mengambil ikthibar agar kejadian serupa tidak berulang lagi.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Tuesday, May 5, 2009
Mee Celup vs Mee Goreng: Nik Aziz Berada Di Persimpangan
Siapakah calon restuan Nik Aziz dan Kelantan yang dimaksudkan oleh Nik Abduh dalam blognya? Jawatan Timbalan Presiden PAS adalah kerusi paling panas dalam pemilihan PAS kali ini. Pertembungan antara Nasharuddin Mat Isa, Husam Musa, Mohd Sabu, Azizan Razak dan Hassan Ali. Pertembungan lima penjuru. Antara kelima-limanya siapakah yang dimaksudkan oleh Nik Abduh tersebut? Undi akan pecah. Sudah pasti jika menggunakan nama Nik Aziz maka calon tersebut mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Husam Musa mula berpuasa dari mengeluarkan kenyataan selepas Nik Abduh mula bersuara. Mungkin Husam terasa betapa pedasnya teguran Nik Abduh.
Pada 3 Mei 2009, Takiyuddin Hassan (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) turut mempertikaikan kumpulan Erdogan dengan menyatakan ‘‘soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar". Kerajaan perpaduan menjadi punca perbalahan antara kumpulan Mee Celup dan Mee Goreng dalam PAS. Jika menurut kenyataan Takiyuddin, kumpulan Mee Celup (Erdogan) rupanya sudah tahu dan bersetuju dengan kerajaan perpaduan tetapi mengapa mereka menuduh Mee Goreng (Ulama) sahaja yang bersetuju? Apakah kerana mahu menjaga hati Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Teresa Kok dan sekutu lain dalam DAP maka Mee Celup sanggup bergaduh dengan Mee Celup? DAP mee apa pula? Mee udang?
Pertemuan enam mata antara Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Amein Rais. Anwar kelihatan begitu beriya mempromosikan Husam sebagai produk barunya kepada Amein Rais.
Nampaknya Husam lebih disayangi oleh Anwar berbanding Azmin Ali. Seorang Naib Presiden PAS boleh duduk lebih dekat dengan Penasihat PKR berbanding Naib Presiden PKR sendiri. Jika Husam berjaya ke kedudukan Timbalan Presiden PAS, apakah Azmin juga tidak bercita-cita hendak ke kedudukan Timbalan Presiden PKR?Monday, May 4, 2009
Bomoh Dalam Dewan Undangan Negeri Perak
Dr. Zambry menjelaskan bahawa tuduhan tersebut adalah berniat jahat dan sengaja untuk mengapi-apikan perasaan benci rakyat terhadap BN (baca sini). Jika benarlah BN mahir menggunakan bomoh, tidak perlulah BN bersusah payah bertanding dalam pilihan raya umum di Bukit Gantang. Sudah tentu BN yang menang sebab dibantu oleh kepakaran bomoh. Dulu Pakatan Rakyat tuduh BN gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pilihan raya. Sekarang ini mereka tuduh BN gunakan bomoh pula untuk bersidang dalam dewan. Memang Pakatan Rakyat mahir membuat cerita. Kalau hendak sedap lagi cerita, mereka mungkin akan minta wartawan asing tolong tambah cerita.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Saturday, May 2, 2009
Selsema Babi
Edgar Hernandez, kanak-kanak berusia 5 tahun yang terkena wabak selsema pada awal Mac di La Gloria. Bagaimanakah nasib kanak-kanak lain di seluruh dunia jika H1N1 terus menular?La Gloria mempunyai penduduk berjumlah 2,243 orang. Jika 60% dijangkiti wabak selsema, ini bermakna 1,346 orang penduduk yang dijangkiti oleh selsema ini pada peringkat awalnya. Penduduk La Gloria telah membantah pembinaan kandang babi Smithfield sejak beberapa tahun lepas, namun tidak dipedulikan oleh pihak Smithfield. Pembuangan sisa najis dari kandang babi Smithfield telah menjejaskan kesihatan penduduk di La Gloria.
Pada 14 April 2001, seorang wanita tua bernama Donna Bishira telah dibedah di May Clinic, Arizona, Amerika Syarikat setelah mengadu lemah badan selama tiga minggu akibat memakan daging babi. Setelah dibedah, doktor telah menemui cacing parasit dalam serebrum otaknya. Cacing parasit tersebut dikenali sebagai Laenia Solium. Telur cacing yang terkandung dalam daging babi tersebut masuk ke usus dan bergerak bersama aliran darah ke otak. Cacing ini akan mati dan membusuk di serebrum. Akhirnya ia akan mengakibatkan selaput otak pada bahagian sekitarnya. Inilah padahnya makan daging babi.
Wabak influenza A, H1N1 virus berpunca dari kilang babi terbesar di dunia kepunyaan Smithfield Operation.Smithfield sendiri tidak membuka ladang babi terbesar di negaranya sendiri iaitu di Amerika Syarikat. Smithfield buka di negara jiran. Smithfield mungkin sudah tahu akibat dan kesan dari kilang babi tersebut. Yang menjadi mangsanya adalah rakyat negara jiran. Kini sudah menjadi wabak ancaman di seluruh dunia. Semuanya berpunca dari kilang babi Smithfield di La Gloria, Mexico. Atas kesedaran inilah, bila ada cadangan mahu membuka kandang tersebut di Sepang dan Bukit Selambau, ianya ditentang. Kandang di Melaka juga perlu ditutup. Ikthibar dari La Gloria, Mexico harus diambil pengajaran.
Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Dari Abu Hurairah R.A., sabda Nabi Muhammad SAW, "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah SWT, ada ubatnya yang juga diturunkanNya", (Hadis Bukhari). Bersamalah kita berdoa agar wabak ini mampu dibendung dengan segera. Semoga Malaysia dilindungi oleh Allah SWT dari wabak ini.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


