Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) pun ada sama dalam majlis tersebut, mengapa dia tidak melarang dan menegur perbuatan Ngeh? Ada orang berkata Nizar adalah calon pilihan DAP, benarkah begitu? Pada 9 Februari 2009, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), mencadangkan agar nama Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ngeh adalah antara orang terawal mencadangkan nama Nizar untuk bertanding di Bukit Gantang. Mengapa DAP suka sangat kepada Nizar? Ada sesuatu yang Nizar berikan kepada DAP, hinggakan DAP terasa terhutang budi kepada Nizar? Kalau orang Melayu PAS dan PKR masih pilih lagi Nizar, siapakah yang paling gembira dengan pilihan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ngeh dan DAP.Tuesday, March 31, 2009
Ngeh Koo Ham Ucapkan "Assalamualaikum"
Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS) pun ada sama dalam majlis tersebut, mengapa dia tidak melarang dan menegur perbuatan Ngeh? Ada orang berkata Nizar adalah calon pilihan DAP, benarkah begitu? Pada 9 Februari 2009, Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), mencadangkan agar nama Nizar bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang. Ngeh adalah antara orang terawal mencadangkan nama Nizar untuk bertanding di Bukit Gantang. Mengapa DAP suka sangat kepada Nizar? Ada sesuatu yang Nizar berikan kepada DAP, hinggakan DAP terasa terhutang budi kepada Nizar? Kalau orang Melayu PAS dan PKR masih pilih lagi Nizar, siapakah yang paling gembira dengan pilihan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ngeh dan DAP.Monday, March 30, 2009
Nga Kor Ming Mempermainkan Ayat Suci Al-Quran
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Sunday, March 29, 2009
Demokrasi Di Malaysia
Saturday, March 28, 2009
Kiambang Bertaut Kembali.
Perhimpunan berlalu, kiambang bertaut kembali. Presiden UMNO yang baru mengalu-ngalukan sumbangan dua orang negarawan ini untuk bersama-sama memberi inspirasi kepada ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan bagi memperkasakan semula UMNO. Ternyata akhirnya Datuk Seri Najib berjaya menakhodakan Tun Mahathir dan Pak Lah untuk bersama-sama dengannya di atas pentas Majlis Tertinggi untuk bertaut kembali demi ahli-ahli UMNOk di peringkat akar umbi. Tahniah buat Presiden UMNO yang ke-5, ke-6 dan ke-7. UMNO beruntung kerana memiliki ketiga-tiganya pada satu zaman untuk menakhoda UMNO memenangi semula hati rakyat. Kekalkan momentum perpaduan ini untuk Bukit Selambau, Bukit Gantang, Batang Air dan Pilihan Raya Umum yang ke-13. Bersatulah untuk hari ini, esok dan sampai bila-bila. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Thursday, March 26, 2009
Najib Presiden UMNO
Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden UMNO yang baru pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 26 Mac 2009. Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan parti ketika parti dilanda pelbagai krisis dalaman dan ketika UMNO berhadapan dengan satu pakatan pembangkang yang kuat di Malaysia. UMNO juga menghadapi tekanan dan desakan yang kuat sesama parti komponen. Manakala, satu persatu isu-isu berkaitan bangsa dan agama sudah berani didebatkan dan diminta oleh pihak-pihak tertentu. Jika tidak berubah, keadaan akan menjadi bertambah parah. Sebelum rebah, perubahan perlu diadakan. Sesuatu perubahan harus dinakhodakan oleh Datuk Seri Najib untuk meletakan semula UMNO sebagai sebuah parti yang kuat, disegani dan kembali dipercayai di kalangan pengundi muda."Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan. Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi. Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan," berikut adalah petikan ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang harus dihadamkan oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO.
Satu suara yang komprehensif, kolektif dan konstruktif harus disepakati antara perwakilan UMNO yang sedang bersidang di PWTC tentang bagaimana caranya untuk memperkasakan semula UMNO, mengadakan perubahan baru yang holistik dan merancang modus untuk menangani pembangkang secara total (defensive dan offensive). UMNO tidak boleh lagi menjadi pasif menerima apa juga persepsi, tuduhan dan propaganda yang dirancang oleh pembangkang terhadap pemimpin-pemimpin UMNO. Sikap progresif sesama berkempen jawatan dalam UMNO harus dibawa ke medan pilihan raya kecil untuk bertembung dengan lawan sebenar UMNO. Berlawan hanya bila tiba masa pertandingan. Kalau sepanjang masa berlawan, itu sudah tidak kena. Jika terjadi sebegitu, adakah berpolitik ini untuk perjuangan atau semata-mata untuk mengejar jawatan dalam parti?
KJ Ketua Pemuda UMNO
Daripada 791 orang perwakilan yang mengundi, Khairy Jamaluddin mendapat 304 (38.43%) undi, Khir Toyo mendapat 254 (32.11%) undi dan Mukhriz Mahathir mendapat 232 (29.32%). Ini bermakna faktor utama kemenangan KJ adalah kerana adanya pertandingan tiga penjuru. Jika satu lawan satu, keputusannya mungkin berbeza. Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) menang lebih besar iaitu 417 (52.71%) undi mengatasi regu KJ, Reezal Merican. Apakah ini bermaksud ada perwakilan yang menyokong Mukhriz telah mengundi Khir Toyo? Atau penyokong Khir Toyo mengundi Mukhriz? KJ pula tetap solid undinya.Manakala perwakilan yang dihantar ke perhimpunan pula bolehlah memfokuskan perhatian kepada apa isu yang mahu diperbahaskan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Bukan lagi menjadi buruan dan sasaran mereka yang mahu bertanding. Jika dilihat pada keputusan Ketua Pemuda, sokongan yang diperolehi ketiga-tiga calon Ketua Pemuda adalah hampir sama kuat. Oleh itu, tidak perlu ada sesiapa yang dipinggirkan atau diketepikan peranannya dalam menghadapi Pakatan Rakyat. Masing-masing ada kelebihan. Tidak semua orang suka apa yang kita tidak suka. Ada pula benda yang kita suka tapi orang tak suka. Namun, kalau dikongsi pada nilai yang sama, mungkin rasanya berubah. Selamat bertugas.
Tuesday, March 24, 2009
Nizar Calon Bukit Gantang : Terserlah Konflik Dalaman PAS
Husam dan Nizar memang tidak "ngam" sejak masa mula-mula Nizar menjadi MB lagi. Husam tunggu bertahun-tahun untuk jadi MB Kelantan tetapi tidak dapat lagi, Nizar baru setahun jagung sudah bergelar Datuk Seri dan menjadi MB selama 11 bulan di Perak. Cemburukah Husam? Apakah keadaan tidak "ngam" ini telah dihidu oleh Ngeh dan Nga untuk "ngap" Nizar? Mungkin ini sebabnya mengapa Ngeh mencadangkan Nizar di Bukit Gantang. DAP memang berniat untuk membunuh terus karier Nizar. Kalah di Bukit Gantang akan membunuh terus karier politik Nizar. PAS akan meraih undi simpati untuk Nizar. Inilah bahan kempen utama PAS.
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Monday, March 23, 2009
Murid Tadika Menjadi Mangsa
Pada 22 Mac 2009, 32 orang murid-murid tadika Taman Rakyat Mergong terpaksa belajar beralaskan tikar getah setelah tadika mereka ditutup oleh Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong. Selepas seminggu bercuti, semua kerusi, meja dan alat bantuan mengajar yang digunakan oleh murid-murid ini turut hilang entah ke mana. Selepas 13 tahun tadika tersebut beroperasi, akhirnya ianya ditutup oleh Badan Amal Surau.
Ada lagi 14 Tadika Kemas yang beroperasi di kawasan Alor Setar. Jika boleh jangan tutup sekolah tadika terbabit demi masa depan anak-anak kecil ini. Mereka masih lagi kecil, belum faham lagi erti politik. Mereka tidak sewajarnya menjadi mangsa kebencian politik.
Sunday, March 22, 2009
Benarkah Fairus Melanjutkan Pelajaran?
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Exco kerajaan negeri pada 21 Mac 2009. Berikut adalah ulasan Guan Eng mengenai Fairus "saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti,". Apa sebabnya?
Pada 23 Januari 2009, Fairus digugurkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Tempat Fairus digantikan dengan Dr Mansor Othman (Ahli Majlis Perwakilan Tertinggi PKR). Berikut kata-kata Fairus pada Dr Mansor “You ni datang, nak ambik tempat I ye ?”. Fairus juga turut menyalahkan Abdul Malik Kassim (Exco PKR) yang dituduh Fairus cuba mendedahkan rahsianya dan mengambil alih tempatnya. Pada 28 Februari 2009, Guan Eng telah mengugurkan Fairus sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Portfolio tersebut diberikan kepada Malik. Dua kali digugurkan jawatan, itu petanda Fairus memang menjadi "masalah" kepada PKR dan Guan Eng.AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (Naib Presiden UMNO) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Naib Presiden UMNO) bersalaman antara satu sama lain pada kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara pada 21 Mac 2009 di PWTC. Perjuangan masih jauh untuk memartabatkan orang Melayu. Kini kita hanya tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati, bersama berbakti pulih kembali harga diri bangsa. Agenda ekonomi adalah perkara priroriti yang perlu diperbahaskan oleh perwakilan pada tahun ini. Sudahlah ekonomi pun dikuasai oleh orang lain, kuasa yang ada pun sedikit demi sedikit sudah terlepas kepada pihak lain juga. Perwakilan yang dipilih ke perhimpunan bukan sekadar untuk mengundi sahaja tetapi yang lebih utama adalah untuk berbahas tentang isu-isu yang berbangkit di kalangan orang Melayu. Hargailah kepercayaan orang bawahan yang menghantar perwakilan ke perhimpunan. Lupakan persengketaan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.Saturday, March 21, 2009
Siapa Nakhoda Dalam Pakatan Rakyat?

Nik Aziz mengakui dirinya adalah nakhoda dalam PAS. Adakah nakhoda ini sekarang ini lebih suka mendengar nasihat dari Naib Presiden PAS berbanding Presiden PAS sendiri? Atau Naib Presiden PAS sudah dirancang untuk mengambil alih jawatan Presiden dengan sokongan nakhoda PAS.
"Saya Mursyidul Am. Saya umpama nakhoda. Kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," kata Nik Aziz pada 20 Mac 2009. Nik Aziz mendakwa bahawa beliau adalah nakhkoda kepada PAS. Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya, Mursyidul Am PAS atau Presiden PAS?
"Pakatan Rakyat yang perlu membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya akan datang dan saya ingin tegaskan, bukan melalui kaedah lompat parti," kata Karpal Singh pada 18 Mac 2009. Ini bermakna Karpal masih lagi mahu berpakat dengan PAS tetapi tidak mahu PAS bersatu dengan UMNO untuk kebaikan orang Melayu. Mengapa Karpal dan Guan Eng menentang keras cadangan Haji Hadi tersebut?
"Bagi saya Islam adalah yang paling utama berbanding bangsa. Kalau bangsa lain pun perjuangkan Islam saya tidak kisah kerana yang penting bagi saya kita kena perjuangkan Islam," kata Nik Aziz. (baca sini). Apakah DAP lebih perjuang Islam berbanding UMNO? Nampaknya nakhoda PAS lebih sanggup berpakat dengan DAP berbanding bersama dengan saudara seagamanya sendiri. Adakah ada orang belakang tabir yang menasihatkan nakhoda PAS ini untuk menjatuhkan Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dalam Muktamar yang akan datang?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Thursday, March 19, 2009
UMNO Berani Bertindak
Kenyataan Datuk Ali tersebut menjelaskan bahawa beliau tetap bersama-sama dengan parti dan menerima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka. Malah riak mukanya sentiasa tersenyum menyerlahkan lagi keterbukaannya. Bukan seperti sesetengah individu yang menganggap apa sahaja yang berlaku pada dirinya adalah perbuatan konspirasi daripada orang lain. Persoalannya, selepas itu dari mana pula muncul SMS yang menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Datuk Ali adalah konspirasi politik? Malah turut menuduh Muhyiddin sebagai dalang di sebalik hukuman tersebut? Apakah ianya datang dari UMNO sendiri atau dari pihak lain?
Ketika pilihan raya kecil berlaku di dua bukit, di Perak dan Kedah dan di Batang Air, Sarawak sebenarnya pilihan raya yang paling dinanti-nantikan ialah di PWTC pada 24-28 Mac 2009 nanti. Sudah pasti ada juga pihak bukan UMNO yang suka melihat perhimpunan tersebut menjadi tidak tenteram. Apa pun, keputusan sudah dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO, rayuan dibenarkan. Paling tidak, UMNO berani bertindak untuk membetulkan dirinya sendiri. Biarpun menanggung risiko yang besar, namun itulah yang terpaksa diambil untuk merawat "politik wang" dalam UMNO. Harus diingat, politik wang bukan hanya berlaku dalam UMNO sahaja, tetapi berlaku juga dalam Pakatan Rakyat. Adakah Lembaga Disiplin parti dalam Pakatan Rakyat untuk menyiasat rasuah & penyelewengan 46 ekor lembu yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim? Tataetika Parti pun rasanya tiada dalam Pakatan Rakyat.
Berbeza dengan PKR, DAP dan PAS, biarpun ada orang sudah mengaku bersalah di kalangan mereka namun Pakatan Rakyat tidak berani untuk bertindak. Mereka lebih tergamak menuduh orang lain yang menganiaya mereka dan berkonspirasi terhadap mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti Pakatan Rakyat, hinggakan sanggup mempertahankan orang yang tidak boleh buat kerja di Pulau Pinang untuk terus menerajui kepimpinan negeri dan sanggup mempertahankan wakil rakyat yang mengaku menyalahi norma-norma moral untuk terus menjadi wakil rakyat. Beranikah Pakatan Rakyat menghapuskan politik wang seperti UMNO? Mahukah Anwar Ibrahim bersumpah tidak menerima RM60juta sebagaimana yang dicabar oleh Nallakarupan? Pakatan Rakyat tidak seberani UMNO. Biarpun salah dan moralnya tidak baik, orang tersebut akan dipertahankan juga oleh Pakatan Rakyat. Mereka hanya berani bermesyuarat di bawah pokok sahaja.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Tuesday, March 17, 2009
Anak & Bapa Sama-Sama Naik
Tanpa rasa takut? Sikap yang sama dibuat oleh anaknya, Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) pada 12 Mac 2009 bila menyalah gunakan kedudukan sebagai ahli parlimen untuk membuat tuduhan liar dan menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan. Anak dan bapa, sama-sama naik.
Tanpa rasa takut? Mungkin terdorong dengan sikap ini maka tidak hairanlah ada orang yang sanggup menghina raja Melayu. Nor Hisham Osman (dari Seri Kembangan, Selangor), Muslim Ahmad (dari Setapak, Kuala Lumpur) dan Azrin Md Zin (Pembantu Makmal) sanggup menghantar komen yang yang menjelikan menghina Sultan Melayu. Mereka ini terpengaruh dengan siapa? Bukankah raja yang dihina itu raja Melayu dan orang yang menghina juga berbangsa Melayu? Siapa yang bertepuk tangan melihatnya?
Menariknya, ketika mahkamah bersidang untuk mendakwa Karpal pada jam 10.24 pagi tadi di Mahkamah Tinggi, turut hadir sama ialah Anwar Ibrahim untuk memberikan sokongan. Kehadiran Anwar menunjukkan bahawa Anwar tidak pernah serik dan tidak kisah dikecam oleh Karpal Singh sebelum ini. Karpal pernah menyalahkan Anwar Ibrahim bila kerajaan Perak bertukar dan meminta Anwar bertaubat. Oleh itu, siapa sebenarnya yang menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat? Apakah Anwar Ibrahim menyokong sama tindakan Karpal mahu menderhaka pada Sultan Melayu? Sepatutnya sebagai seorang Melayu, Anwar yang perlu menasihatkan Karpal, bukan memberi sokongan pula kepada Karpal di Mahkamah Tinggi.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Monday, March 16, 2009
Usah Peduli Agnes Monica & Jelita
Apakah kalangan pemimpin utama pembangkang di Malaysia tidak mahu sedar akibat penyalahgunaan kalimah "Allah" ini? Mengapa perlu sokong lagi usaha Herald Catholic? Usah peduli Agnes dan Jelita. Banyak lagi artis dan drama tempatan yang boleh dipedulikan. Dari dokumentari pendek "Fitna", karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, blog yang menghina Nabi, forum memeluk Islam, usaha Herald Cathollic dan lagu "Allah Perduli". Perkara-perkara ini adalah antara cabaran baru terhadap Islam dalam dunia teknologi kini. Orang Islam di seluruh Nusantara harus bersatu menentang apa juga bentuk dakwah halus untuk mencabar Islam.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Sunday, March 15, 2009
Ismail, Ganeson dan Malcom
Saturday, March 14, 2009
Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan
Thursday, March 12, 2009
Haji Hadi Pun Kata Celaka
Dalam kenyataan pada 5 April 2008, Utusan Malaysia, Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah menyatakan "PAS jangan memasang angan-angan tinggi untuk menungjangi Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian pembentukan sebuah negara Islam". Apakah PAS masih lagi tidak faham bahasa warning Karpal ini? Lihat sahaja pada motto PAS sekarang, bukankah ianya sudah bertukar menjadi "PAS FOR ALL" bukan lagi "Membangun Bersama Islam". Apakah ianya ditukar semata-mata untuk memenuhi permintaan Karpal dan DAP yang tidak mahu pada negara Islam? Atau PAS sudah terikut dengan rentak DAP. Hinggakan Hadi Hadi pun bila bercakap dalam Dewan Perhimpunan Cina sudah cakap "celaka" sama seperti apa yang diucapkan oleh Karpal Singh pada siang harinya di Parlimen. Bolehkah seorang yang bertaraf Tuan Guru ini berkata "celaka" dan dikatakan pula sebagai seorang pejuang bahasa Melayu?
Wednesday, March 11, 2009
Apakah Bangsa Melayu Akan Pupus?
Tuesday, March 10, 2009
Gereja Terbesar Sedang Dibina Di Negara Kita
Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik?(Gambar: Wajah bayangan CCC bila siap sepenuhnya). Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan missionary tersirat CCC ini. Menurut sejarah Calvary Church, pada tahun 1968, hanya terdapat 168 orang pengikut sahaja. Pada tahun 2008, jumlah itu telah meningkat kepada 10,200 orang. Mampukah umat Islam menghadapi cabaran dari CCC ini?
Monday, March 9, 2009
Salam Maulidur Rasul
Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Kelahiran Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Keenam, Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Ketujuh, pada malam kelahiran Baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui. ''
Kelapan, kelahiran baginda Nabi SAW telah mengoncang sembahan syirik yang lain. Ada satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api sembahan di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tersebut tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang di langit menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Thursday, March 5, 2009
Bersatulah Menentang Pengunaan Kalimah Allah Dalam Herald
Kalau kita bersatu dalam isu ini, nescaya mereka tidak berani bangkitkannya lagi. Sewajarnya Nik Aziz senada dengan Taib Azamuddin dalam isu ini. Buat orang-orang Islam dalam Pakatan Rakyat, buatlah penilaian anda sendiri. Siapa sebenarnya yang membuatkan orang Islam lebih keliru sekarang ini?
Wednesday, March 4, 2009
Game Menghina Kalimah Allah Dalam Blackberry
Artikel berkaitan dengan Guitar Heroes 3, permainan yang menghina kalimah Allah telah saya paparkan dalam artikel blog ini pada 13 Disember 2008 (baca sini). Baru-baru ketika salah seorang rakan membeli Blackberry, beliau telah terperasan Guitar Heroes 3 ada dimuatkan bersama dalam perisian Blackberry (gambar atas). Tidak cukup dengan permohonan menggunakan kalimah Allah pada Herald Tribune, dalam telefon bimbit pun sudah ada game yang menghina kalimah Allah.
Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa "syaitan" bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.
Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang membeli Blackberry dan ada dimuatkan bersama dengan permainan ini, silalah remove game ini dari Blackberry anda. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita. Sila sampaikan berita ini kepada sahabat seagama dengan kita. Tiada kompromi lagi dalam soal ini, sila buang game ini.Anwar Dalang Sidang Bawah Pokok?
Tindakan ini jelas merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan. Selepas Nizar menderhaka pada 4 Februari 2009 dengan mengumumkan kepada media bahawa DUN dibubarkan tanpa perkenan Sultan. Pada 3 Mac 2009, giliran Speaker pula menderhaka dengan membuat "sidang bawah pokok" tanpa perkenan Sultan. Apakah Anwar yang menjadi pembakar semangat kepada Nizar dan Sivakumar untuk berbuat begitu? Ketua pembangkang yang berbangsa Melayu ini boleh biarkan sahaja perbuatan derhaka berlaku pada Sultan Melayu? Tindakan tegas dari segi perundangan harus diambil terhadap Nizar dan Sivakumar. Mereka sudah jelas mempermainkan institusi raja.
Tuesday, March 3, 2009
Sidang Bawah Pokok, Apa Sudah Jadi Dengan Nizar
Ada lagi 32 wakil rakyat yang menyokong BN. Buat apa buat sidang bawah pokok? Ini jelas tidak menunjukkan kematangan dan kewarasan Pakatan Rakyat di Perak. Sesudah Nizar enggan memulangkan kereta Camry kerana mengganggap itu adalah miliknya, kali ini sidang di bawah pokok pula dibuatnya. Harus diingat, undang-undang negara ini bukan dibuat di bawah pokok dan di atas jalan raya. Wakil rakyat BN yang lebih ramai bilangannya itu mengangkat sumpah di istana bukannya di bawah pokok. Hormatilah institusi raja bukannya institusi bawah pokok.
