Pada 27 Februari 2009, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian. Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 tersebut berbunyi : ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian'.''Jika begitu, apakah Herald Tribune ini akan hanya diedarkan di kawasan orang Iban di Sarawak sahaja? Sudah pasti bila ada "lesen" untuk gunakan kalimah ini, penerbitan Herald akan lebih meluas lagi. Kementerian Dalam Negeri harus menghadkan penerbitan Herald ini. Apa akan berlaku jika Herald Tribune juga sampai ke negeri-negeri majoriti Melayu seperi Perlis, Kedah, Terengganu dan negeri "Serambi Mekah" di Kelantan? Sudah pasti ianya akan mengelirukan umat Islam. Ada jaminan Majlis Gereja Malaysia hanya akan gunakan kalimah ini dalam penerbitan sahaja? Bagaimana kalau kalimah ini digunakan sebagai tulisan di dinding gereja, digantung sebagai sepanduk dan poster dan ditulis di papan tanda? Harakah dan Suara Keadilan juga ditulis penerbitannya hanya untuk edaran ahli sahaja. Namun akhbar tersebut dijual di tempat-tempat terbuka dan dibaca oleh semua orang. Bukannya dijual di markas PAS dan PKR. Adakah KDN mampu memastikan Herald Tribune akan dicetak untuk edaran orang Kristian sahaja? Apa akan jadi kalau Herald Tribune dicetak dalam kuantiti yang besar dan diberikan secara percuma? Bukankah ini jelas mencabar Islam? Kebenaran untuk penggunaan kalimah Allah ini harus ditarik balik. Jangan kelirukan umat Islam. Di luar negara Anwar seolah menyokong usaha Herald Tribune (baca sini). Sanggupkah Anwar mengeluarkan kenyataan untuk isu ini?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)



























