Tuesday, December 1, 2009

Rakyat Kelantan Bersuara Mendesak Nik Aziz Turun

"dalam doa sebut nama Najib, sebut nama Zahid. Kesimpulannya ialah kalau...Ya Allah Ya Tuhanku, kalau Mu tengok dua orang ni jadi baik, bukalah pintu hatinya untuk Islam dan iman. Kalau tak dak bakat dah jadi baik, kacau sokmo, turunlah bala supaya orang lain gerun nak tiru dia sama sekali" kata Nik Aziz (lihat video ini). Doa Nik Aziz tersebut sudah pun diucapkan dalam ceramah Hijaratul Rasul pada 7 Februari 2009 di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan. Maka tidak hairanlah pada 27 November 2009, dalam Astro Awani, Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi akan meminta doa untuk diturunkan bala kepada Perdana Menteri sekiranya tidak mendapat royalti minyak di Kelantan.


Nik Aziz enggan memohon maaf, malah menuduh ulama yang membidasnya adalah sama seperti ulama Yahudi dan Nasara yang menentang Rasullullah SAW. "Akhbar kata ulama bidas. Saya nak tanya balik, ulama benda apa...siapa dia ulama. Di zaman nabi ulamalah yang tentang Nabi Muhammad, zaman nabi, ahli kitab Nasara dan Yahudi dipanggil ulama" kenyataan Nik Aziz dalam Utusan Malaysia pada 30 November 2009 (baca sini). Apakah ulama Islam di Malaysia ini boleh disamakan dengan Yahudi dan Nasara? Ulama Islam disamakan dengan Yahudi dan Nasara, mereka yang mendedahkan cerita tajaan haji RM65,000 (pakej VIP) pula digelar sebagai Quraisy Malaysia.


Pada 14 November 2009, Nik Aziz menggelarkan orang Islam lain dengan panggilan "Quraisy Malaysia" dalam Sinar Harian. Mudah benar Nik Aziz menghukum orang Islam yang lain. Kemudian menyamakan situasi yang berlaku pada dirinya sama dengan situasi yang dihadapi oleh Baginda Rasullullah SAW. Bagi yang taksub, mereka akan ikut dan pegang kuat-kuat hujah Nik Aziz ini. Habis pecah perpaduan ummah kerana taksub pada MB Kelantan ini. Nik Aziz pernah juga gelar DAP sebagai syaitan, tapi sekarang bila "syaitan" itu memijak muka orang Islam, menggelar Islam sebagai "FXXXXING", mempersendakan ayat suci Al Quran malah menolak terus cara pentadbiran Islam, Nik Aziz boleh pula bersekongkol dengan golongan biaDAP itu. Dimaafkan pula mereka, tetapi sesama Islam bila berbuat salah dan silap enggan memohon maaf. Inikah sifat seorang yang dipanggil sebagai Tok Guru?


Akhirnya pada jam 10 pagi, 1 Disember 2009, di hadapan Kompleks Pentadbiran Darul Naim, ratusan rakyat Kelantan hadir untuk membantah tindakan-tindakan Nik Aziz tersebut. Menantu dilantik mengepalai syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Bila didedahkan kepada SPRM, orang yang tidak semazhab terus dipecat dari PMBK. Setelah didesak, barulah menantu mahu lepas jawatan. Untuk menutup isu menantu disiasat dan perpecahan antara team Hussam, team Nik Amar dan team Ariffahmi, Nik Aziz terpaksa cetuskan polemik doa bala kepada Perdana Menteri. Di samping itu, untuk menyedapkan lagi cerita, ditambah pula watak Kolonel Mat agar semua mata tertumpu kepada aktor baru selain menantunya. Nik Aziz wajar letak jawatan. Silalah berundur secara terhormat. Rakyat sudah bersuara, benang yang basah tidak perlu ditegakkan lagi. Undurlah demi perpaduan ummah.

4 comments:

DATU SULAIMAN said...

Apa punya suara yang saudara maksudkan ? PRU 2008 mengesahkan bahawa rakyat kelantan telah secara total menolak UMNO...

danish said...

Alhamdulillah..akhirnya rakyat kelantan mulai sedar tentang perangai sebenar tok guru mereka. Bangunlah dari kejumudan, bangkitlah dari lamunan dan terimalah kenyataan wahai nik ajiz. Rumah kata pegi, kubur kata mari...berundurlah dengan cara terhormat. Insyallah, rakyat Kelantan akan tetap memandang dan menyanjungimu sekiranya kamu berundur sekarang, dah terlalu lama dah kamu tu memerintah kelantan. Psl terlalu lama tu lah kamu jadik nyanyok sampai cakap pun merapu rapu. Ingatlah wahai nik ajiz, rakyat kelantan perlukan pembaharuan, bukan ikut cara gomo kamu tu.

imsorry said...

Datu Sulaiman,

Org kelantan tak undi umno tak mengesahkan yg mereka suka Nik Aziz dan Pas.


Rejim Zionis tak pernah minta maaf walau apa yg mereka lakukan. Mereka tak pernah mengaku perbuatan mereka salah walaupun terang2 mereka itu salah. Err... ada kaitan ke dgn tok guru nih?

Anonymous said...

Isk Isk Isk .. Tok Guru pun ada KRONI ke ?
Tu la .. nak ludah orang UMNO terkena muka sendiri.