6 Disember 2009, seluruh pengunjung pusat membeli belah terbesar di Kelantan terkejut bila tiba-tiba sebuah kereta tembus dari perut bumbung pasaraya tersebut. Kereta tersebut terbalik dan terus terjunam mengenai eskalator. Dua pelajar Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Bharu terbunuh dihempap kereta terbabit ketika sedang berada di atas eskalator tersebut. Dua lagi pelajar perempuan yang berada dalam kereta terbabit cedera parah. Kejadian ini tentunya mencetuskan tanda tanya tentang struktur bangunan, kontraktor yang membina dan pihak-pihak yang terbabit dalam membangunkan KB Mall.
"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh" kata Datuk Abdul Rahim Hanafi (Ketua Polis Kelantan) mengulas kejadian di KB Mall. Stuktur dinding dipercayai antara punca utama terjadinya kemalangan tersebut. KB Mall menang Anugerah Retail Development (Kategori Pusat Membeli Belah) pada 27 Oktober 2007. Anuar Tan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) berbangga dengan anugerah tersebut termasuklah wakil rakyat PAS yang lain (baca sini). Menang bersorak gembira. Bila terjadi tragedi sebegini, Kerajaan Negeri Kelantan perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
Seronok dan gembira Nik Aziz merasmikan projek pecah tanah. Rakyat Kelantan perlu didedahkan siapakah pemilik tanah KB Mall yang sebenar. Bagaimana tanah itu diberikan kepada pemaju untuk dibangunkan KB Mall. Apakah projek tersebut ada kaitan dengan PMBK yang sedang disiasat SPRM sekarang? Mengapa Ariffahmi tidak mahu letak jawatan segera? Kenapa hendak tunggu sampai Mac 2010 baru hendak letak?
Ketika Nik Aziz sibuk menggesa dan menyeru orang ramai agar berdoa menurunkan bala dan doa pecah perut mereka yang tidak memberi royalti minyak pada Kelantan, tiba-tiba berlakunya kejadian yang meragut dua nyawa di KB Mall. Perut KB Mall pecah ditembusi kereta. Kejadian ini perlu diambil iktibar. Allah SWT Maha Kuasa. Untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berulang di Tesco atau KB Mall di Kota Bharu, satu siasatan yang menyeluruh perlu dibuat. Berdoalah ke arah kebaikan bersama, moga-moga tragedi tidak sebegini tidak berulang lagi. Al Fatihah buat mangsa.





10 comments:
Tak lama lagi TESCO pula hanyut dibawa arus sungai kelantan menuju ke laut cina selatan ataupun hanyut sampai ke telaga minyak kelantan (kononnya) lah
nasib baik tok guru tak pg kb mall semalam..hi hi hi
elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)
stadium terengganu wuntuh..
twin tower ranap..
semua ni bala utk BN
Salam,
Pagi tadi ketika sarapan pagi di Bangunan MARA, KL, saya terdengar ceramah agama yang dipasang oleh tuan punya kedai.
Mengikut penceramah, semasa Rasulullah berhadapan dengan pihak-pihak yang jahil, Rasullullah tidak mendoakan mereka supaya pecah perut atau dilanda musibah. Sebaliknya Rasulullah berdoa semoga "mereka diberikan taufik dan hidayah".
Berbeza sungguh dengan TG yang berdoa semoga membawa musibah dan pecah perut.
Allah Maha Kaya....Bal'an ulamak besar pun dihumban ke Neraka..so nik aziz jangan gong sangat...
bukan ble pecaye struktur penambakan pasir kat tesco tu..baik engginer check awal2...ha3
ada kaum n geng hindraf tak yang jd mangsa? kalo lah ade...fuh...berduyun2 lawyer haprak PR datang nak menyaman.Bukan sikit saman..juta2, sejuto ne.. X de ke lawyer2 yang nak saman kes KB mall ni?.Ada kes ni.Saman KB mall( siapa di sebalik KB mall?)
bodoh nye blogger...bumbung dan perut pun tak bleh beza..
TG Nick Ah Zack baru terkena batang hidung..
takziah buat keluarga mangsa yang terkorban..
Post a Comment