Monday, December 14, 2009

Nik Aziz Perlu Bina Masjid Lebih Banyak Di Kelantan

"Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam. Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam." kata Amidi Abd Manan (Timbalan Presiden ABIM) kepada Malaysiakini pada 12 Disember 2009. ABIM sepatutnya menggesa agar kerajaan negeri Kelantan memberi peruntukan yang lebih untuk membina masjid di Kelantan.

Sekurang-kurang kerajaan BN telah memberi RM9 juta kepada bukan Islam dan RM748 juta untuk bina 611 masjid selama 8 tahun di Malaysia ini. Di Kelantan, ada tiga benda yang besar. Yang duduk, berdiri dan tidur yang besar-besar, papan iklan yang besar dan bangunan markas PAS yang dibina dengan besar. Kadang-kadang orang PAS menjadikan markas tempat ibadah mereka menggantikan masjid. Berbeza dengan masjid yang dibina oleh kerajaan BN, tidak memilih warna fahaman untuk beribadat bersama. Selagi berkongsi syahadah yang sama, semuanya berkongsi masjid yang sama.

Nik Aziz mengakui sejak memerintah Kelantan 19 tahun yang lalu, hanya sebuah sahaja masjid yang dibuat oleh kerajaan PAS iaitu Masjid Beijing, Rantau Panjang. Kos membina masjid ini adalah sejumlah RM7.2 juta. Di Rantau Panjang, penduduknya ada 45, 384 orang, (baca sini). Sila buat perbandingan yang rasional, mengapa masjid Cina perlu dibina di Rantau Panjang? Jika PAS Kelantan dapat berdakwah agar Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci Al Quran dan Chan Ming Kai (YB PKR Simpang Pulai yang bertakbir dan bertahmid) masuk Islam tentunya ianya baik untuk kemashlahatan ummah. Ini tidak, mereka hanya mempersendakan Islam sahaja.

Sebuah masjid (gambar) di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah rosak akibat hakisan pantai. Masjid ini terletak dalam kawasan Nik Amar, ADUN PAS Panchor. Masjid tersebut akhirnya rosak tanpa sebarang pemulihan daripada kerajaan negeri. Bukan hanya membina, tetapi masjid dan surau yang ada perlu juga diselenggara dengan baik. Janganlah ada pihak cuba bandingkan Islam sebagai agama rasmi dengan agama lain. Sepatutnya di Kelantan, Nik Aziz membina lebih banyak lagi masjid untuk orang Islam. Tidak kiralah orang Islam itu berbangsa apa. Melayu, Melayu Pattani, Melayu Jawa, Melayu Banjar, Bugis, India Muslim, bukan hanya pada golongan Cina Muslim sahaja. Islam untuk semua.

6 comments:

Asmarah bin Rikun said...

Sewaktu Nabi Muhammad saw BERHIJRAH dari Kota Mekkah ke Kota Madinah tidak ramai yang mengimani Baginda sebagai Rasulullah Nabi Utusan Allah SWT. Nabi Muhammad saw dahulukan DAKWAH dan selepas itu barulah Nabi Muhammad saw dapat menawan Mekkah yang akhirnya dengan mudah membina empayar Islam. PAS seperti lupa Priority dengan lebih berpolitik berbanding berdakwah. Dalam ceramah-ceramah mereka unsur tarbiah politik yang banyak dengan menghentam pihak seISLAM sendiri tanpa belas kasihan. Kesalahan dan kelemahan pihak Kerajaan jelas bagi mereka namun kelemahan sendiri tak pernah diakui. Penyokong buta hati hingga sukar mengakui kelemahan parti PAS yang mereka sanjungi. Bila dikata TAKSUB marah. Namun hakikatnya telah ramai yang cuba mempertikaikan ISLAM di ulas dengan baik bagai cuba merahi undi politik. Yang membela akan dikata pengampu Kerajaan. Rakyat keliru dek kerana kecelaruan permainan politik sempit begini. Harap semua saudara seIslam kembali bersatu sekurang-kurangnya dalam mempertahankan kesucian dan kemulian ISLAM. Biar politik berbeza namun pada anasir yang cuba mengangu gugat KEDAULATAN UNDANG-UNDANG yang meletakkan ISLAM sebagai agama Persekutun (Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara) harus ditentang secara kolektif.

Salam Perjuangan

ks30069 said...

Salam...

Minta Nik Aziz datang ke negeri johor...Disini kami ada banyak masjid yang besar2...Kalau Nik Aziz nk jadi imam pun boleh...Kami x pilih imam ikut parti...

Anonymous said...

PEMBETULAN......

masjid tu bkn dlm kawasan nik amar tp dlm kawasan nik aziz...dun chempaka....

Anonymous said...

salam...pelik tol la ak...nape la nk banding kerajaan pas klantan ngn kerajaan pusat ttg pembinaan masjid? bleh pikir x? kalo lah duit royalti minyak tu bg kat klantan bleh la kerajaan pas bina masjid byak2...
!! pastu dah tanggujwab kerajaan pasat tuk bina masjid....duit byak!!

satu lg yg ak rase la kn...ko banggalah sgt ngn krajaan pusat leh bina masjid byk2 tp yg solat dlm tu? brape org? xdak gunanya....tiang lg ramai dr jemaah....so xyah la bgga ngan masjid sgt yer....

Hakim said...

Salam.. Perlukah kita memerlukan sebuah masjid yang begitu cantik dan tersergam indah tetapi hanya beberapa orang sahaja yang mengerjakan solat berjemaah? Perlukah kite sebuah masjid yang cantik tetapi digunakan untuk menunjukkan kepada orang lain? Perlukah kita sebuah rumah ibadah yang cantik tetapi sebenarnya wang yang dihabiskan boleh digunakan untuk membantu fakir miskin? Perlukah kita sebuah masjid yang hanya ingin menjadi hiasan di muka bumi Allah? Perlukah kita sebuah masjid yang cantik di mana kita berbangga negara saya ada masjid yang cantik? Perlukah isu masjid yang tidak dibina dengan banyak menjadi persoalan? Bangunlah wahai saudaraku tidak kira UMNO dan PAS.. Bukannya susah ingin melihat kita bekerjasama tetapi sebelum itu kita haruslah berhenti daripada mencari kesalahan orang lain. Inilah yang diibaratkan seperti kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak.. Janganlah kita sibuk mencari kesalahan orang lain kerana nescaya kita akan lupa dengan kesalahan kita. Semoga Allah akan melindungi kita daripada segala musibah dan mengampuni dosa orang Melayu yang sudah lalu mahupun yang terkemudian.. Amin

Anonymous said...

Ini la umat akhir zaman. cerita masjid kaitkan politik. adakah golongan kerajaan otak sempit? korang cerita tentang masjid, tentang Rasulullah S.A.W bukan main. kamu sembahyang 5 waktu tak? ini la ahli umno penyokong bn otak lembu. suka kaitkan dengan politik sehingga masjid pun di politikkan. kenapa kalau anda pandai bicara tak jadi ahli politik? buat malu saja. nama saja org islam tapi main hentam saja ckp tentang masjid. lain kali kalau tak habis baca Al-Quran, sembahyang tak tentu ikut suka bila nak solat, hadith nabi tak tau dan tak pernah baca jgn nak berlagak banyak mulut kat mana2 forum. itu menunjukkan kebodohan dan kebangangan anda.