Wednesday, December 9, 2009

Nga Kor Ming BiaDAP: Pertikai Pembinaan Masjid

Pada 8 Disember 2009, di Parlimen, Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping, Timbalan Bendahari DAP Pusat) mempertikaikan kenapa kerajaan BN membelanjakan RM748.26 juta bagi membina 611 masjid antara tahun 2000 hingga 2008. Pada 7 Disember 2009, sahabat Nga iaitu Kula dan Ngeh mempertikaikan terma "Ketuanan Melayu". Dua hari berturut turut, tiga orang biaDAP ini telah mempertikaikan soal bangsa Melayu dan agama Islam.

Nik Aziz tentunya akan membela kenyataan Nga Kor Ming ini. Dalam Harakah yang terbaru, mukasurat 3, Nga Kor Ming telah mempertahankan doa bala dan pecah perut Nik Aziz. Sewaktu Nga Kor Ming mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran, Nik Aziz menyatakan tidak salah kerana ada orang bukan Islam mahu mempelajari dan mendekati Islam. Bila Nga Kor Ming jelas mempertikaikan pembinaan masjid, apakah Nik Aziz berharap Nga Kor Ming akan masuk Islam lagi? Sudah tentu tidak. Perkara ini amat sensitif bagi umat Islam, Nga perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jika tidak, ramai lagi bukan Islam akan mempertikai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perkara 3 Perlembagaan. Kenyataan Nga ini amat racist.

Dalam Sinar Harian, 6 Januari 2008, Nik Aziz mengakui bahawa sepanjang 18 tahun, kerajaan PAS Kelantan tidak membina masjid pun di Kelantan. Nik Aziz menyerahkan tanggungjawab tersebut pada kerajaan pusat BN. Nik Aziz mengakui, sesatunya masjid yang dibina oleh PAS Kelantan ialah di Rantau Panjang, itupun masih terbengkalai sejak 4 tahun lepas. Bagaimana pula dengan tokong besar yang duduk, berdiri dan tidur yang dibina di Kelantan? Inikah yang dinamakan membangun bersama Islam? Tokong dibina tinggi melangit, masjid satu pun tidak dibina, markas PAS dibina besar-besar. Itulah PAS.

Orang-orang Islam perlu bangun dan sedar. DAP sudah semakin kurang ajar dan biaDAP. Satu demi satu hak dan kepentingan orang Melayu dipertikaikan. Mereka berani mempertikai kerana mereka tahu akan ada orang-orang dalam PAS dan PKR yang sanggup bermati-matian mempertahankan mereka. DAP bermain dengan sentimen perkauman dan agama. Tindakan mereka ini perlu dihalang dengan undang-undang yang ada. Mereka bukan lagi hendak berpolitik untuk kepentingan rakyat. Sebaliknya, mereka menggunakan politik untuk bertindak melampau dan biaDAP terhadap kaum pribumi tanah ini. Tuan di tanah ini tetap Raja Melayu. Masanya sudah tiba untuk orang Melayu bersatu demi alif, ba dan ta. DAP sudah terlalu biaDAP. Kalau PAS masih diam, esok lusa, kepala PAS pula akan dipijak oleh golongan biaDAP ini.

5 comments:

Abu Jahal said...

Mahathir rasis. UMNO rasis. DAP baru tanya hak dia sudah kena bantai teruk. Apa la bengong orang orang kerajaan ni. Korang ni mcm lembu yg dicucuk tali. Penulis blog ni memang kaki propaganda dan fitnah. Tak habis habis nak benci dengan DAP. Ko tak tahu ke dalam DAP pun ada melayu ............bengong tui

Pok kor.. said...

salam...
saya rasa tentu ramai melayu kat dalam DAP tu kan..?sebagaimana komen Abu Jahal..
mari kita tengok jawapan ni...

http://pasjawab.blogspot.com/

kitagempur.com said...

Abu Jahal

ko nie Melayu apa? pemimpin haprak korang Anwar AL-Juburi dah tau awal-awal apa perangai DAP ni..aku dah siarkan apa anwar kata tentang DAP...tengok kat portal aku..

Dari Sabah said...

Abu jahal ni memang JAHIL la... bila melayu je tak sokong tapi sokong pulak puak biaDAP tu. apa bercakap tentang melayu tu rasis ka. ingat si biaDAP tu tak rasis. Jahal yang Jahil je yang bengong tahap lembu. kena pelangkong baru tau...

firdaus said...

abu jahal,sesuai dgn nama dia,perangai teruk n hodoh,sumbat je abu jahal ni kat israel..