Wednesday, December 9, 2009

Nazri Tidak Berani Kata DAP Rasis

Nazri Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan silibus Biro Tata Negara pada 8 Disember 2009. Tun Dr Mahathir membalas dengan menggesa Nazri meletak jawatan dan keluar dari UMNO kerana UMNO adalah parti yang terdiri daripada orang Melayu sahaja (baca sini). "Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman, tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh Biro Tata Negara bersifat perkauman" kata Tun Dr Mahathir. Tanya pada Nazri, bilakah kali terakhir dia berkursus dengan BTN? Elok dihantar anaknya ke kursus BTN dulu sebelum sibuk menuduh yang bukan-bukan.

Ketika DAP sedang biaDAP terhadap orang Melayu dengan memijak gambar orang Melayu, mempertikai Ketuanan Melayu, mempertikai pembinaan 611 masjid oleh kerajaan dan membuat kenyataan yang bertentangan dengan Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, Nazri hanya berdiam diri. Tidak berani berlawan dengan musuh sebenar yang lebih bersifat perkauman. Ini tidak, diambilnya keris, ditikamnya bekas gurunya sendiri dari belakang. Rasanya, Nazri perlu mendengar nasihat Tun Mahathir dan keluar dari UMNO. Parti biaDAP tersebut amat rasis. Namun seorang Menteri yang dipilih oleh orang Melayu di Padang Rengas untuk mewakili suara Melayu kecut perut melawan kebiaDAPan DAP. Sila minta maaf kembali pada negarawan negara. Kenyataan Nazri banyak yang mengelirukan. Bermuhasabalah Nazri. Apakah parti yang paling sesuai untuk Menteri seperti Nazri?

10 comments:

bzz said...

Parti apa yg sesuai utk mamat botak nih?

Partyless...

Orang Muda said...

macam hampeh..berani betul adik nik aziz sorg ni...

Orang Muda said...

macam hampeh..berani betul adik nik aziz sorg ni...

YANG GAMBI said...

Bro, beginilah caranya untuk mendapatkan dalam piliharaya, menjual bangsa dan agama..... itu sahaja modal yang ada.....

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Rhino Rin said...

Dia tak berani? Atau sengaja tak boleh! DAP mana mahu burukkan diri sendiri.

Org UMNO said...

Nazri kena p kursus BTN...mana dia boleh komen kalu tak pernah berkursus...compulsorykan semua MP BN p kursus BTN .... baru boleh tahu mcm mana.Nak bgtau Nazri bahawa UMNO = Untuk Melayu Not Others

Muhammad said...

KUNJUNGAN WIDA' KE MASJID AL-FALAH USJ 9
OLEH AL-MUKARRAM AL-QARI
SYEIKH MUHAMMAD JIBREL AL-MISRI





Setelah beliau berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan ibadah Qurban di Masjid Al-Falah ini pada hari Tasyriq yang lalu dan bersama-sama meraikan majlis tersebut di sebelah malamnya, maka beliau sekali lagi mensudikan diri bagi merapatkan silaturrahim dengan warga MAF sekaligus mengakhiri percutian beliau di negara ini selama 2 minggu yang lalu. Sebagai wida' buat kali ini, beliau akan berada di MAF,
.
pada:
Khamis 10 DISEMBER 2009
bersamaan
23 ZULHIJJAH 1430h
selepas solat Maghrib.
.
Kehadiran Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai.
http://pondokhabib.wordpress.com

Panglima Perang Cyber said...

dia ni tak patut dikekalkan jadi menteri..

baik ditukar orang lain.

dulu dia pernah salah dalam parlimen sambil kena minta maaf.

memang dato najib tak payah simpan lagi dia ni.

mengeruhkan lagi suasana dengan mengkritik orang tua seperti Tun Mahathir.

danish said...

hmmm... apa la sgt jadi menteri nih.. hehehe... nazri aziz ok apa.. dia cuma bermulut celupar sikit je tuh... hehehe