Thursday, December 10, 2009

Mulut Nazri Perlu Ditutup Oleh Majlis Tertinggi UMNO

Mulut Keng Yaik dan Nazri perlu dizipkan. Tun Mahathir sudah menggesa agar Nazri keluar dari UMNO. Lebih elok Nazri masuk Gerakan sahaja. Setiap hari kalau Keng Yaik bising-bising lagi pasal Ketuanan Melayu, jangan beri ruang pada Keng Yaik bercakap. Nazri boleh suapkan pau ke dalam mulut Keng Yaik, agar mulutnya diam. Beranikah Nazri buat macam itu? Dengan DAP dan Gerakan, Nazri manalah berani.

Lihatlah bila Kula dan Ngeh mempersoalkan Ketuanan Melayu, Gerakan menyambutnya. Bila Ahmad Ismail dibebaskan, PKR pula cucuk jarum supaya Gerakan melenting. Guan Eng akan tersenyum puas, jika Gerakan berboria mengikut lagu PKR dan DAP di Pulau Pinang.

"Sebenarnya Umno tidak pernah mengambil kira perasaan parti-parti komponen. Hakikatnya juga, kedudukan MCA dan Gerakan dalam BN langsung tidak diberi kehormatan oleh UMNO". Lee Khai Loon, Ketua Penerangan AMK, PKR, (baca sini). PKR pula yang sibuk menggesa Tan Sri Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) agar membantah tindakan Majlis Tertinggi UMNO membebaskan Datuk Ahmad Ismail (Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera). Sebenarnya, PKR yang tidak hormat PAS di Pulau Pinang. Mana janji untuk ADUN Permatang Pasir? Sudah nampak bahawa agenda PKR adalah mahu melaga-lagakan Gerakan dan UMNO di Pulau Pinang. Biarpun sudah diambil tindakan terhadap Datuk Ahmad Ismail, namun PKR menggunakan kesempatan ini bagi memastikan DAP terus untung, jika UMNO dan Gerakan bergeseran sesama sendiri.

Koh Tsu Koon tidak perlu terpengaruh dan termakan dengan gesaan parti lawan. Daripada melayan gesaan PKR dan kenyataan rasis Keng Yaik, lebih baik fokus pada misi tawan kembali Pulau Pinang. Undi UMNO amat penting di Bukit Bendera. Rapatkan barisan.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara, Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin', gesaan Lim Keng Yaik (Bekas Presiden Gerakan) agar ada orang yang berani membantah Ketuanan Melayu (baca sini). Keng Yaik menyatakan tiada mana-mana kaum berhak menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini. Keng Yaik barangkali terlupa bahawa Raja Melayu adalah "tuan" di negara ini. Mengikut Perkara 32 (1), Ketua Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang Dipertuan Agong. Hanya Raja Melayu yang layak menjadi Agong. Keng Yaik kena hormati Perlembagaan Persekutuan. Usah cuba bangkitkan sentimen perkauman. Sebagai warganegara Malaysia, apa yang telah termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati.

Mengapa orang Melayu susah bersatu dalam isu yang membabitkan agama dan bangsa? Harapkan menteri, menteri pula tikam sesama ahli parti sendiri. Kononnya mahu membela keputusan kabinet. Hakikatnya, mahu melepaskan dendam peribadi. Dituduhnya yang bukan-bukan. Nazri tidak usah berbicara hal yang bukan di bawah kainnya sendiri. Majlis Tertinggi UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Nazri. Jika Ahmad Ismail boleh dihukum kerana perkataan "pendatang", Nazri perlu dikenakan tindakan yang sesuai kerana perkataan "bapa rasis". UMNO akan dilihat lemah, jika gagal bertindak secara segera dan konsensus untuk menutup mulut Nazri.

8 comments:

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

YANG GAMBI said...

Bro, inilah yang dikatakan bila Melayu sudah mula hilang telor, bila Melayu sudah mula mabuk kuasa..... apa sahaja mereka akan buat asal dapat jawatan, waima gadai maruah bangsa sekali pun.....

Lebai said...

mulut blogger ni celupar juga. Perlu ditutup ja komputer. Pulau je blog ni

aku_aku said...

Mangkuk ni dah jadi masalah kepada UMNO. Yang dia kalut mengenai BTN tu apa pasal. Bukan bawah bidang kuasa dia. Yang dok memandai bagi komen yang mengharu-birukan buat apa? Marah sebab Najib tak bagi dia jaga BTN kot.

Eloklah kalau Najib buang dia dari kabinet. Kalau dok simpan lagi, lagi banyak masalah akan timbul. Ingat kata Daim, salah satu faktor kemerosotan BN pada PRU-12 adalah kerana PM ketika tu membiarkan Tun DM diserang. Bertindaklah Najib.

aku~bungabangsa said...

hurm...itu lah melayu namanya.walaupun xde kene mengene ngan diri sendiri tapi asik nak menyebok hal orang lain sampai memburukkan lagi keadaan..ape lar nak jadi..jd pemimpin biar lar sentiasa berfikir dulu sebelum berkata..bukan main sedap mulut jek..ish ish ish..

membeli bunga didalam pasar,
Singgah sebentar di kedai nyonya,
isu yang kecik jgn diperbesar
UMNo gak yang goncang pd akhirnya..

Datu Sulaiman said...

Kenapa mesti mahu ditutup mulut Datuk Nazri..beliau adalah aset pembaharuan untuk UMNO. Jika orang seperti ini mahu disekat dalam UMNO alamatnya akan bertambah cepat lagilah UMNO tutup kedai..

Panglima Perang Cyber said...

saya setuju nazri telah melanggar bidang kuasa dia.

dia perlu dibuang dari kabinet dato najib.

mari kita desak dia dibuang segera..

danish said...

Tak perlulah kita desak dia.. dia nih sebenarnya OK, cuma kekadang bercakap terlepas..hehehe..pak menteri kalau silap cakap jadi isu besar... tapi yg sebenarnya kita kena fikir dalam ruang yg lebih besar, jgn amik keburukan dia bulat-bulat sebelum buat keputusan utk menyingkirkannya..

kita lihat kebaikan dia pulak...bukak lagi permohonan 3000 permit teksi..

komen-komen beliau kadang2 agak pedas untuk pembangkang walaupun kekadang beliau terlalu celupar bila mengeluarkan kenyataan termasuk terhadap parti komponen BN sendiri tapi ada kalanya beliau bercakap tentang fakta..

Memang kalau kita lihat keburukan seseorang tuh, kita akan terus bercerita tentang keburukannya sampai laa dia hilang dari pandangan kita... cuma fikirkan kebaikan...hehehe... yo lah..