Mengapa Raja Petra lari ke luar negara sejak 8 bulan lepas? Pada awalnya, katanya lari ke Australia. Kemudian didapati berada di London pula. Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat. Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu. Banyaknya duit Raja Petra, ada orang tolong sponsor ke? Kalau tidak salah buat apa takut sampai perlu lari keluar negara.
Pada 18 Jun 2008, Raja Petra pernah membuat akuan sumpah mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan Altantuya. Sebenarnya, akuan bersumpah itu adalah satu penipuan. Ianya dibuat semata-mata untuk mempengaruhi persepsi publik dan menguatkan dakwaan tentang artikel ‘Let‘s Send the Altantuya Murderers to Hell’ yang ditulisnya pada 25 April 2008. Akibat artikel tersebut Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan. Raja Petra gagal hadir dua kali ke mahkamah pada 23 April 2009 dan 23 Mei 2009. Selepas itu, Raja Petra lari setelah dua kali waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Anwar juga pernah lari dan bersembunyi di Kedutaan Turki bila berhadapan dengan kes liwat. Anwar beri alasan ada orang mahu membunuhnya. Kemudian Anwar tangguh-tangguh kesnya. Bezanya dengan Raja Petra, Anwar langsung tidak berani bersumpah.
Raja Petra pula hanya berani bersumpah palsu sahaja. Bila dipanggil untuk kebenaran diadili, Raja Petra lari. Ini jelas membuktikan sumpah Raja Petra palsu. Orang salah memang suka sembunyi, lari, tangguh kes dan takut bersumpah. Hairan benar, mengapa masyarakat masih lagi percaya pada persepsi negatif yang direka-reka. Kebenaran tidak dipercayai, sebaliknya persepsi pula yang diambil menjadi kepercayaan. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah. Buatlah penilaian dan pertimbangan wajar untuk kebaikan bersama.





11 comments:
itu menunjukkan tidak cerdiknya polis malaysia, dah lama sangat dah tak jugak dapat dikesan dan di tangkapnya RPK.
Satu lagi, asal lari mesti di cop bersalah. ape ke bodohnya kau nak tunggu lagi kalau keadilan dan kesaksamaan undang2 dah tiada. tak sekolah punya mentaliti!! dah tau undang2 zalim kau nak tunggu lagi buat ape, tak cerdik langsung.
RPK ni dibiayai oleh Anwar aljuburi dgn sebahagian dpd wang yg dipinjam dpd merata2 tempat.
Bila Anwar dah ke dalam Penjara SG Buloh nanti, RPK akan kekeringan wang!
Pertuduhan baru boleh buat lagi nih:
DERHAKA DAN SEKONGKOL DENGAN ORANG LUAR UNTUK MEMBURUKKAN KEDAULATAN NEGARA. Bukti dia ialah dari mana dia dapat wang yang banyak untuk membiayai kehidupan mewah dia diluar negara. Siapa yang menyediakan dana. Biar dia jawab di mahkamah nanti.
blogger UMNO ni pembuat fitnah. berani ke kau bersumpah kata dato najib tu benar...hahaha
alahai bodohnya anon 3.37... buat ape penulis nk bersumpah.. kan datuk najib dah bersumpah... tak kan tak leh terima kot... ker hang yang nk tlg bersumpah bagi pihak kaki liwat tu... ada berani ker? hahahaha... ape2 pun.. sama rata sama rasa, depan belakang sama saja..
akai ada kaa bodo sampai tera tuu..
perlop
Yang pastinya Akuan bersumpah RPK tak sehebat sumpah muhabalah saiful,hi..hi..apa kata RPK wat akuan sumpah murhabalah pulak..ada brani? DSAIpun tak berni..
kalu berani sumpah, lepastew nyorok, kira tahap anwar gakla... takut kerana salah... kategorinya sama cuma situasi agak terbalik sikit..betolx? sapa stuju ngan statement aku?
Tapi macam mana boleh jaminkan yang perbicaraan itu adil? Nanti jadi macam anwar ibrahim kena. tumbuk semua.
Tak hairan dia lari. Mungkin dia anggap sistem yang ada tidak dapat jaminkan keadilan untuk dia?
Apa pendapat penulis?
penulis blog ini seorang yang bodoh..
hanya menulis untuk menaikkan kebencian orang ramai, tapi tiada maklumat yang benar ..
Ulama terkemuka Yusuf Qardawi telah menasihatkan anwar supaya tidak bersumpah . sememangnya sumpah2 adalah mainan orang munafik, orang yg selalu menipu.Bilamana bimbang kata2nya tidak dipercyai, maka dia melakukan sumpah..
apa lg bukti yang kita mahu?
kalau 2 laporan perubatan sudah menunjukkan tiada kesan bukti liwat, kenapa masih nak pertahankan yng saiful telah diliwat??
penulis blog ini seorang yang bodoh..
hanya menulis untuk menaikkan kebencian orang ramai, tapi tiada maklumat yang benar ..
Ulama terkemuka Yusuf Qardawi telah menasihatkan anwar supaya tidak bersumpah . sememangnya sumpah2 adalah mainan orang munafik, orang yg selalu menipu.Bilamana bimbang kata2nya tidak dipercyai, maka dia melakukan sumpah..
apa lg bukti yang kita mahu?
kalau 2 laporan perubatan sudah menunjukkan tiada kesan bukti liwat, kenapa masih nak pertahankan yng saiful telah diliwat??
laporan pusrawi palsu lah ngok...yang pergi sembunyi tu apasal. Yang tangguh tu apasal
Post a Comment