
31 Disember 2009, hari terakhir dalam 2009, menyaksikan keputusan mahkamah menyebelahi permohonan Gereja Katholik untuk menggunakan kalimah Allah SWT di negara ini. Jika menurut keputusan mahkamah tersebut,
The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, selepas ini boleh menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka. Malapetaka akidah yang besar bakal berlaku di Malaysia.

Di Forum Restoren, Jalan Margorejo, Surabaya, Indonesia sudah ada gereja yang dinamakan sebagai "Gereja Allah Baik (GAB)". Gereja ini dibuka pada Januari 2001 dengan keahlian awal sejumlah 30 orang sahaja. Kemudian pada 2004, jumlah keahlian kemudian bertambah menjadi 400 orang. Gereja ini dibuka 24 jam. Beberapa lagi gereja yang menggunakan kalimah Allah adalah Gereja Bahtera Allah yang terletak di Cilandak Kota, Jakarta Selatan dan Gereja Sidang Jemaat Allah yang terletak di Tangerang, Bandung. Apa akan jadi kalau GAB, Gereja Bahtera Allah dan Gereja Sidang Jemaat Allah ini membuka cawangannya di Malaysia?

Calvary Church Centre yang terletak di Bukit Jalil. 6 tingkat dan keluasan 600,000 kaki persegi, dipercayai antara yang terbesar di Asia Tenggara. Tidak cukupkah lagi agama Kristian diamalkan secara aman dan damai di Malaysia ini? Tidak perlu lagi mendesak dan menggesa kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah lagi. Apakah mubaligh Kristian sengaja menggunakan isu kalimah ini untuk mencapai agenda-agenda lain di Malaysia?
Sila lihat kes yang berlaku yang di
gereja Gading Tutuka, Surabaya ini pada 3 Jun 2007. Jika ada umat Islam yang marah selepas ini, tentunya pertubuhan hak asasi dan wartawan luar akan melabelkan umat Islam di Malaysia ini sebagai pengganas. Maka senanglah missionari menjajah kembali. Sekarang ini pun, isu kalimah Allah ini sudah pun diperjuangkan oleh NGO dan wartawan asing. Siapakah mereka sebenarnya? Tidak sedarkah bahawa semua ini adalah
grand design missionari Kristian?

Jika umat Islam tidak bersatu. Akan berjayalah missionari Kristian untuk menyelewengkan akidah dan mengembangkan ajaran agama mereka di negara ini. Orang Islam di Malaysia perlu melihat isu ini secara sepakat. Usah menjadi dalang membantu menjayakan missionari Kristian ini. Nilaikanlah isu ini secara bersama dan konsesus demi kesucian agama. Apakah kita mahu lihat di Malaysia ini, kalimah Allah SWT digantung di gereja? Kalimah Allah SWT ditulis dalam Herald Tribune, kemudian kertas tersebut digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Dipijak, dilap atau dibuat untuk perkara tidak sewajarnya. Siapa yang hendak tanggungjawab nanti jika anak cucu di masa depan keliru tentang rumah Allah. Masjid atau gereja katholik?, kerana kedua-duanya ada kalimah Allah. Sebelum segalanya terlambat, marilah kita kemukakan bantahan. Apa salahnya demi agama, ketepikan sekejap perbezaan pendapat. Bersatulah di tahun 2010 ini demi agama Islam.
12 comments:
Hadiah tahun baru yang menggembirakan buat kafir-kafir laknat... PAS hanya diam membisu, tak berani bersuara. Hatta berarak di jalanan... Jika PPSMI, PAS sanggup berarak di jalanan. Tapi dalam hal ini, PAS jadi bisu...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Setuju dengan Exeption....
Ini ke yg dikatakan sbg parti islam SEMALAYSIA...?
Apabila "hak" sebegini,mereka butakan mata...pekakkan telinga...
Hope slps ini masih ada peluang untuk diperbetulkan hal ini.
:(
biar lah dia nak gunakan pun. Tok guru Nik Aziz pun kata boleh. apa masalahnya. BN buat masjid buat apa kalau tiang lagi banyak dari jemaah. BN yang sesatkan orang selama ni. Semalam tgk kat dataran merdeka, ada berpuluh puluh kondom bertebaran. Itu UMNO punya kerja la
Kenapa pemimpin PAS diam membisu. Kita tunggu komen daripada memimpin PAS!
Tahniah kepada Khalid Samad... dan PAS for All. Tidak ketinggalan AI.
Jangan lupa lantik AI sebagai Penaung Gereja Semalaysia, Khalid sebagai Penasihat dan N.Ajis sebagai Mursyidur Khas Gereja tersebut.
Lepas ini "benarkan" perkataan Allah juga digunakan di Tok Kong, Kuil dan Watt Siam.
Inilah akibatnya bila buta Perlembagaan.
Wassalam.
Abu jahal yang bodoh dan laknat...nak jadi barua kristian tu apa hal....dah nak mampus.celaka.
nampaknye melayu dah pecah....
bangsa lain lihat dalam gelak ketawa...
tunggu je mase nak tindas kite...
harap someone ambik tindakan...demi generasi melayu akan datang...
jgan hanye pentingkan diri sendiri...
sumbat semula anwar ibrahim ke dalam sg buluh mansion.. baru aman...ni dah begitu teruk apa ke jadah nya... tak ada sapa pun dah berarak kat jalan aikkkk..kalau pasal ppsmi korang boleh nak berbogel tgh jalan konon..ptuih.... munafik banyak sgt dlm malaysia ni
kita x blh salah kan parti BN atau PAS...kita kena salahkan diri kita sendiri kerana x bersatu dalam hal nk menegakkan agama ISLAM....agama kita sendiri....YA ALLAH....berat sungguh dugaanMU pada tahun baru ni pada umat ISLAM di Malaysia...
berikan kami petunjuk dan hidayah MU..AMIN.
AYUH KITA BERJUANG..KITA PATAHKAN HUJAH KHALID SAMAD.
http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html
woi mangkuk, BN dah lama dah khinat agama. Ko memang tarak malu. kes murtad, buang anak dah lama dah berlaku. apa BN buat
WAHAI PAS YANG PERNAH AKU SOKONG DULU. MANA GIGI DAN TARING ISLAM MU. MANA FATWA MU. MANA HUJAH MU.MANA PANGLIMA PANGLIMA DULU YANG MENJADI HERO DIDALAM SETIAP DEMONSTRASI YANG MEBABITKAN ISLAM DAN KEPENTINGAN ISLAM
KAMU MACAM TARZAN BILA BERHADAPAN DENGAN UMNO, SAUDARA SEAKIDAH MU, TAPI MACAM TIKUS BILA BERHADAPAN DENGAN ANWAR IBRAHIM, LIM KIT SIANG DAN SAUDARA BARU MU YANG TERANG2 MENENTANG AGAMA MU.
MANA AYAT QURAN YANG MEACAM BERTIH GORENG DIBIBIR2 MU ...
MALAYSIA AKAN HANCUR
ISLAM AKAN HANCUR
MELAYU PAS AKAN TINGGAL SERBAN DAN SUGI SAHAJA
MELAYU UMNO HANYA TINGGAL SONGKOK DAN KERIS AJE.
yA ALLAH , GANTIKANLAH PARTI PAS INI DENGAN JAMAAH YANG DAPAT MEMBELA AGAMAMU ....
Post a Comment