Pada 4 Disember 2009, di Jalan Dato Pati', Kota Bharu, Nik Aziz menyatakan "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," (baca sini) . Saranan doa Nik Aziz ini amat keterlaluan. Selepas menggesa orang agar memohon doa bala kepada Perdana Menteri, kali ini hendak minta sampai pecah perut pula. Sehari kemudian, Annual Bakri (Setiausaha Politik Nik Aziz) menafikan "doa pecah perut" itu ditujukan kepada sesiapa (baca sini) .Sebagai seorang yang dianggap Tok Guru, lebih baik menganjurkan doa kesejahteraan kepada semua orang Islam daripada mendoakan sesuatu yang tidak baik kepada orang lain. Apa akan jadi kalau ada pengikut PAS yang taksub dengan gesaan Nik Aziz ini? Bolehkah Nik Aziz mengawal mereka daripada tidak menyebut nama-nama individu? Nik Aziz perlu bertanggungjawab jika "doa bala dan doa pecah perut" ini menjadikan masyarakat bawahan bermasam muka sesama sendiri. Sudah banyak kekeliruan ditimbulkan daripada lidah Nik Aziz. Apakah penasihat Nik Aziz sengaja membiarkan Nik Aziz turun cepat dengan tidak menegur perbuatan Nik Aziz? Demi perpaduan Islam, Nik Aziz perlu letak jawatan. Cukuplah 19 tahun.

Pada 1 Disember 2009, Koid Teng Guan (ADUN DAP Sungai Pinang) mengaku telah menyebarkan SMS yang ditulis dalam bahasa Cina yang menyeru rakyat Pulau Pinang untuk 'kebumikan' BN dan bersembahyang untuk roh mereka pada perayaan 'Qing Ming' itu dipercayai disebarkan kepada lebih 700 individu (baca sini). Pada 24 Julai 2008, Koid 'ditangkap' kerana menghantar soalan bertulis yang ditiru daripada bekas ADUN Datuk Keramat. DAP memang tidak pernah insaf dengan kesalahan yang mereka lakukan. Apakah tindakan Koid ini tidak racist? Ini kerana jika kebumikan "BN" di Pulau Pinang termasuklah sekali UMNO. Sama seperti Nik Aziz, Koid juga perlu letak jawatan. DAP parti biaDAP.





12 comments:
Nik Aziz mana nak berhenti, sebab tu mereka berhimpun. Dia jadi MB hingga ke liang lahad.
Nik Aziz ustaz je, mana tau semua ni, kalau nak pass pereiksa zaman dulu kala pergi je kat sana minta air penawar pada yang percaya tak pi sekolah boleh dapat 5 a. Hhahahahahahahahahahahahah.
salam
lagi lama nik ajis pegang jawatan, lagi ramai la yg sesat.
cerita pasal TGNA x kan abis, mcm cita2 dia tu lah.lagi kita tekan lagi lah di keluarkan alasan itu ini, lagilah mengarut orang tua ni
Kalau doa kezaliman yahudi tak pe gak.Ni mendoakan yang tak baik kepada bangsa sendiri lebih-lebih lagi sesama islam.Dulu UMNO ajak bersatu tak nak.Islam ajak kita bersatu bukannya binasa.Kalau nik aziz nak lihat orang islam binasa disebabkan hanya politik , tu adalah perkara tidak baik.Lepas tu,dia pernah mengeluarkan kenyataan,bahawa penyokong UMNO tidak boleh masuk syurga.Kenapa dia kata begitu ,bukan ke sama ade masuk syurga atau masuk neraka adalah kehendah tuhan.Dia bercakap seolah-olah dia adalah tuhan.Apa punya tok guru macam tu.
doakn agar nik aziz dpt ptunjuk Tuhan...mgkin dia akn brubah n mle sdar...Aminnnn
Kalau kita tak buat salah atau kita sesuatu jujur,amanah untuk rakyat semata-mata kerana Allah apa nak takut?Hanya orangg salah saja yang takut bila di doakan kehancuran..Allah itu Mengetahui akan segala sesuatu..
Pembaca sekelian cuba fikirkan
Semasa UMNO memerintah PAS kata habis tanah rizab Melayu berpindah milik tapi sekarang.
1) Sebaik memerintah ( Menteri Besar plihan sultan kerana undang-undang tubuh Perak), tak pernah terjadi, habis tanah Kg Baru nak diberikan status Pajakan 999 tahun kepada non- bumi. Mengapa yg ini perlu disegerakan. Agenda siapa?
Ini termasuk tanah bekas lombong yg diduduki secara haram.
2) Semasa kempen Parlimen Bukit Gantang, kerana ingin sokongan kaum CINA. Tanah rizab KTM dpd Kuala Sepetang -Taiping dijanjikan pertaruhan kepada pengundi. Siapakah pengundi itu. W/pun tanah diduduki secara haram.
/TOL
3) Rizab sungai yg diduduki oleh kaum nelayan (bukan Melayu) kepunyaan JPS juga nak diberikan hak milik tetap.
Apa ini. Melayu PAS lagi teruk dan terbuka kerana hendak sokogan DAP.
Wallah wuaklam
PAS vs UMNO - Melayu yg dilaga-lagakan
Orag lain untung lebih - kita tak napi ak mereka.
BN memang patut kena doa pecah perut. Puak puak BN kroni besar. Perut penuh dengan rasuah. Penuh dengan duit haram. Elok pecah ja
lebai oii..berape orang dah pecah perut dek buatan nko?...nak buat kajian
orang buat dosa byk mcm ko layak masuk neraka je. ingat doa Nik Aziz makbul. Jangan main main dengan ulama
ulama?yg sibuk nak kejar royalti minyak???sampi saggup pecah perut..abu jahil abu jahil
Post a Comment