Saturday, December 12, 2009

DAP Cari Pasal Dengan Bahasa Pula


Pada 10 Disember 2009, Karpal mencadangkan agar bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi kedua Malaysia. ''Saya menyeru kerajaan untuk menimbangkan dengan mendalam meminda Perlembagaan untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua". kata Karpal di lobi Parlimen. Karpal menjadikan kes Anwar Ibrahim menyaman Tun Dr Mahathir sebagai alasan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan kerana memorandum rayuan dikemukakan dalam bahasa Inggeris. Nampaknya memorandum itu sengaja dibuat dalam bahasa Inggeris. Amat tidak munasabah, tiada seorang pun peguam Anwar yang boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Karpal juga turut mengambil perbandingan Singapura untuk menjadikan Inggeris sebagai bahasa kedua rasmi di negara ini. "Bahasa Inggeris, sama ada di sekolah dan pentadbiran, adalah di peringkat terendah sekarang, tidak seperti di Singapura di mana bahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan. Kita tidak boleh ketinggalan kepada mereka" kata Karpal. Mungkin Karpal terlupa bahawa dia adalah warganegara Malaysia. Rasmi hanya untuk satu bahasa sahaja. Untuk menjadi seorang warganegara Malaysia perlu fasih berbahasa Malaysia. Gesaan Karpal ini sebenarnya mencabar Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

Nga pertahan doa bala dan pecah perut Nik Aziz (Harakah 7-10 Disember 2009, N3). Sebelum itu, Nik Aziz mempertahankan Nga membaca surah "Aura" di Bukit Gantang. Bila Nga mempertikaikan dana pembinaan masjid, ada wakil rakyat PAS yang berhabisan mempertahankan Nga dan menuduh Utusan pula sebagai jahat dan memanipulasikan berita. Jika beginilah sikap orang-orang PAS, jangan marah kalau DAP pula pijak gambar mereka suatu hari nanti. PAS boleh jadi pemaaf kepada mereka yang terang-terang biaDAP pada agama dan bangsa.

"Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut," kata Nik Aziz pada 4 Disember 2009, sambil disambut gelak ketawa penyokong (baca sini). Hendak beri minum arak sampai pecah perut? Minum arak dekat disko golongan sejenis kah? New Sunday Times, 17 Disember 2006, m/s 5. Nik Aziz menyatakan "No alchol served, no mingling or dancing between men and women and no showing of aurat. Welcome to Islamic disco, PAS style". Rupanya di negeri Serambi Mekah pun sudah ada disko. Khabarnya disko itu letaknya di Jalan Zainal Abidin, Kota Bharu. PAS tidak perlu risau kerana DAP tidak akan mempertikai kewujudan disko ini.

Nik Aziz berkata bahawa dia boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk syaitan untuk menang pilihanraya. Sekarang ini "syaitan" yang dianggap oleh Nik Aziz itu telah biaDAP pada agama dan bangsanya sendiri. Nik Aziz tetap juga akan bekerjasama, begitulah sikap seorang yang dianggap Tok Guru.

Pada 8 Disember 2009, di lobi Parlimen, Nga Kor Ming (Ahli Parlimen DAP Taiping, Timbalan Bendahari DAP Pusat) mempertikaikan kenapa kerajaan BN membelanjakan RM748.26 juta bagi membina 611 masjid antara tahun 2000 hingga 2008. Pada 7 Disember 2009, Kula dan Ngeh mempertikaikan terma "Ketuanan Melayu". 10 Disember 2009, Karpal pula mencabar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila mencadangkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negara. Seolah satu perancangan strategik untuk menyerang Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153. Berturut-turut ianya diserang. Semua yang berkaitan dengan orang Melayu dipersoalkan. Orang yang cuba pertahankan hak bangsanya sendiri pula dituduh sebagai perkauman. Mengapa tidak dilabel orang yang mencetuskan isu tersebut sebagai rasis?

6 comments:

Anonymous said...

ya...perlembagaan seperti sudah hilang maruahnya... apa lagi yg mereka nak??
negara yg kucar kacir??ataupun mahukan anak2 mereka hidup susah??

fadzly ex-extenders said...

melayu yang bodoh.. itu je yg mampus saya cakapkan..

Orang Muda said...

weyh karpal..kalau hang berani hang bangun..p balik negara asal hang la...

Anonymous said...

camnela Azrinizam Ibrahim yg anjing ni bole membuat blog anjing mengarut ini...

Anonymous said...

blogger ni syaitan UMNo

Anonymous said...

hei brader di atas...nk menganjingkan org pon... lawan dgn fakta la....stakat cakap kosong bek x payah!!